Terjah ke Vietnam? Mana boleh terjah terus kan? Puan Mazuin Noordin sudi berkongsi pengalamannya yang melancong ke Vietnam tanpa itinerari. Walaupun tanpa itinerari, beliau telah menjadikan ianya satu pengalaman yang menarik dan kepada anda yang ingin ke Vietnam selepas ini boleh mengikut itinerari based on trip beliau.

Danang Beach

Day 1 Hanoi

-Weather 16 degree celcius.
-Airport-Old Quater naik bas No.86 ke Old Quater (anggaran 1 jam)keluar airport dan jalan sebelah kiri bas warna oren, Vnd35k.
-Turun sahaja bas terus ke depan sikit dan belok ke kanan. Anda akann jumpa pintu gerbang kecil, teruskan jalan sikit. Boleh beli tiket ke Sapa di *APT TRAVEL* . Beli tiket malam.
-Sleeper bas (250k)nanti ada orang akan ambil jalan kaki terus ke kaunter BUS SAPA chat Luqng Cao
bas *Inter Bus Lines* jam 10 malam sampai 5.30 pagi.
-Atau anda boleh beli tiket sendiri di kaunter *Inter Bus Lines*.
-Nasihat beli tiket pergi dan balik siap-siap takut tiket habis atau bila beli 1 way masa balik harga tak sama malah lebih mahal.
-Hanoi street Train (port bergambar orang kata kalau dah datang Hanoi. (Kereta api lalu jam 7pm) kami tak tunggu.
-Dari Qld Quater kami naik grab 25k (14 minit).
-Balik dari Street Train kami jalan kaki sampai ke masjid Al-Noor.
-Masjid Al-Noor dari luar tak nampak,kedai halal kena masuk ke dalam sikit (1.2km anggaran 14 minit).
-Singgah di masjid Al-Noor dan makan dikedai halal sebelah masjid

Total costing:
Vnd
RM
1. Bas Airport ke Old Quater 35k
2. Bas Qld Quater ke Sa pa 250k(11usd)*Inter Bus Lines*
3. Grab Old Quater ke Street Train 25k
4. Bas Sa pa ke Hanoi 300k (13usd) bas jam 9pm *Inter Bus Lines*

Dragon Bridge

Day 2 Sa Pa

-Weather 7 ke 4 degree celcius campur hujan dan kabus tebal.
-Sampai jam 4.30am
-Disebabkan kan tak tahu hotel di mana kami naik teksi meter vnd 20k.
-Check in Hotel Little View homestay
-042 Cau May Alley, Sapa City Center, Sapa, Vietnam 333320 (book by Agoda RM149.41 untuk 2 malam)

Review:
*Boleh masak guna dapurnya,bilik kami pilih view tapi bulan 12 view nampak kabus sahaja. Haha.
-Bilik sgt bersih,owner peramah sangat.
-Cuma kena turun naik tangga untuk ke homestay ini.
-Sewa motor termasuk petrol vnd 200k sewa untuk 12 jam.

Tempat Lawatan:

Kampung Cat-Cat / Cat Village
E.F Vdn70k
-Sewa Baju Vdn50k
-Parking motor vnd10k
-Review: Memang tempat ini lawa sungguh tapi turun tangga naik tangga. Good luck ya! Dan kalau tak larat dah naik tangga ada motor disediakan untuk bawa anda ke atas. Bayaran 50k untuk 1 biji motor

Heaven Coffee
-Parking motor Vnd10k
-Minum air kopi ais Vnd40k
Review: Kopi dia sedap sangat anda perlu cuba. Untuk view memandangkan saya datang bulan 12 memang dapat kabus tebal sahaja.

Quang Truong Square
-Tempat ini merupakan Shopping Mall dan laluan naik train ke peak Fansipan.

Total costing:
Vnd
RM
1. Hotel 2 malam RM149.41.
2. Sewa Motor vnd100k.
3. Petrol vnd100k.
4. Parking Motor vnd20k.
5. E.F vnd70k.

Hang Mua

Heaven Coffee Sapa

Day 3

Sapa-Hanoi
-Untuk ke Fansipan kami jalan kaki dari guesthouse ke Sapa Plaza boleh beli tiket dalam mall.
Fansipan
-Naik train dari Sapa Plaza vdn50k untuk 2 way untuk ke Sun World Fansipan Legeng boleh jalan-jalan bunga kalau ada budget.
-Sambung dari Fansipan Legeng naik cable car vnd700k. Kami tak sampai ke peak Fansipan sebab kena naik tangga dalam 700 anak tangga.
-Review: View sampai ke atas banyak awan karpet dan macam biasa ada tokong buddha diatas.
-Malam ke Hanoi bus jam 10 malam, tiket bas, minta owner guesthouse belikan. Tiket bus kami tak beli 2 way konon nak gamble sahaja. Nyaris ada tiket balik. So kalau anda datang ke Sa Pa, sila beli tiket pergi dan balik ok?

Total costing:
Vnd
RM
1. Train 2way vnd50k
2. Cable Car 2way vnd700k
3. Tiket dari Sa Pa Ke Hanoi 290k (sleeping bas)

Makanan Halal di restaurant Cosiana.


Day 4

-Hanoi-Ninh Binh (Day Trip)
-Sampai dari Sa Pa jam 4.30am.
-Turun sahaja dari bas tak perlu risau ada sahaja teksi menanti anda.
-Hanoi to Ninh Binh naik train (Vnd100k) kami pilih train saja nak layan view, kalau nak naik bas dari Sa Pa ada sahaja.
-6.00am naik train sampai jam 8.30am.
-Keluar dari train nanti ramai akan offer teksi, kami buat pilihan untuk jalan kaki (ala-ala acah macam orang putih). Sesampainya kami di sana, jumpa *Viet Nhat Travel*. Jadi, kami rent Motor dan boleh letak beg di hotel nya secara free. Rental Motor vnd100k.
-Untuk tiket bas dari Ninh Binh ke Hoi An,kami beli di tempat yang sama harga – vnd390k.
-Naik bas Jam 8.30 malam sampai. *Camel Bus (bus yang takde port nak cucuk cable).

Boat tour Tam Coc kayuh mengunakan kaki (195k)
Review: Best
S-aya cari tempat hanya berdasarkan aplikasi Instagram.
-Hang Mua (100k).
-Naik motor dan follow google map.
-Naik tangga dalam 500 anak tangga.

Total Costing:
Vnd
RM
1.Train vnd100k
2.Rental Bike 🛵 vnd100k
3.Petrol vnd50k
4.Tour Boat vnd195k
5.Hang Mua vnd100k
Review: Di Ninh Binh ini banyak tempat yang naik sampan tapi harga saya tak pasti berapa sebab
saya ambil yang kayuh guna kaki, tapi kalau nak rare pergi yang lagi satu, Trang An (200k). Tempat cerita King Kong. Haha.


Day 5

Hoi An – Da Nang
-Sampai jam 12.30pm (Train).
-Check-in Hotel: Blue Lake homestay (book last minit, Agoda Rm41.80).
-Hoi An Old Quater
Review: Tempat ini kalau tengok macam pergi Melaka. Ada sungai dan penuh dengan lampu-lampu warna-warni. Kalau siang nampak bangunan dia warna kuning. Kalau malam pula penuh dgn lampu-lampu.
-Barang kulit murah-murah boleh beli.
-Bandar Hue tak dapat pergi sebab hujan.

Total costing:
Vnd
RM
1. Hotel
2. Sewa Motor vnd120k
3. Petrol vnd60k(isi penuh)
4. Parking Motor 10k

Hoi An dan Da Nang perjalanan dalam masa sejam.


Day 6

Hoi An-Da Nang-Dalat
-The Water Mountain vnd40k
-Parking Motor 10k
Review: Banyak tokong dan tangga, saya hanya bergambar di port yang lawa sahaja.
-Dragon Bridge. Parking motor bawah jambatan.
Review: Kagum.
-Danang Beach Parking motor vnd10k
-Basketboat(dia minta 200k tapi kami minta 125k sahaja)
Review: Banyak tempat yang boleh anda pilih. Enjoy sangat naik boat yang bulat disana mereka suka menyanyikan lagu Korea.

Total costing:
Vnd
RM
1. Bas vnd350k Hoi An to Dalat
2. Basketboat vnd125k
3. The Water Mountain vnd40k
4. Parking Motor 20k

Day 7

Da lat
-Sampai jam 9.00am.
-Check in Thien Kim Guesshouse.
-Sewa Motor 150k skuter.
-2 kali isi petrol 70k.
-Lavender Dalat 50k
-Parking free
Review: Lavender cantik-cantik sahaja. Ada tasik yang sangat cantik. Buat photoshot pun lawa rezeki di hujung-hujung dapat juga tengok Grass Pink.
-Dalat Farm Milk free beli susu fresh 22k
-Parking free
Review: Perjalanan dalam sejam,ada 4 jenis bunga tapi tengok musim juga. Susu segar sangat sedap dari susu segar Kundasang.
-Hydrangea garden 15k
-Parking free

Total costing:
Vnd
RM
1. Bas
2. Hotel
3. Sewa Motor vnd150k
4. Petrol vnd70k
5. Fees vnd65k


Day 8

Da Lat
-Sewa Motor vnd150k
-Crazy house (vnd50k)
Review: Tengok hasil rumah yang sangat pelik dan ukuran didalam rumahnya sangat cantik.
-Datalan waterfall ke Trout Moi hanya 150k 2 way (ada 2 tau dekat situ). Lagi satu kalau tak silap agak mahal sikit.
-Parking motor 3k
Review: Enjoy this moment,kita boleh control dengan sendiri secara manual dan melihat pemandangan waterfall yang sangat cantik.
naik motor dari Crazy house dalam 12 minit
Me linh coffee garden
Review: Dari bandar ke Coffee Garden dalam sejam kalau naik motor. Sepanjang perjalanan
view sangat cantik.
-Bunga sakura
Review: Bunga sakura ini paling awal keluar bunganya berbanding negara-negara lain. Selalunya hujung bulan 1 dah ada sampai hujung bulan 2.
-Restoran Kampung Pandan
Review: Best! Hari ke 8 baru saya dapat merasa minum Teh tarik dan makan kari. Memang sedap dari Fatimah. Dulu kalau datang Dalat asyik pergi Fatimah, sekarang kalau pergi Dalat confirm nak makan di Kampung Pandan.
-Night Market – Jalan cuci mata sahaja,
Review: Tempat ini banyak jual baju winter dan pasar malam terbesar juga.

Total costing:
Vnd
RM
1. Bas
2. Hotel vnd200k
3. Sewa Motor vnd150k
4. Petrol vnd70k
5. Fees vnd200k


Day 9

-Dalat-Mui ne (naik bas jam 8.00am sampai 12.00pm *Bus An Phu Travel*)
-Mui ne-Ho chi minh (naik bas malam *AN PHI Travel*) 12am sampai jam 5.30apm
-Bus Dalat Mui Ne vnd 120k
-1/2 day trip Mui ne vnd150k
-Bus sleeping Mui ne to Hcm vnd160k
-Kami beli di kaunter hotel terus untuk semua diatas.

Total costing:
Vnd
RM
1. Bas Dalat ke Mui Ne 120k
2. Bas Mui Ne Ke Ho Chi Minh vnd160k
3. Fees
Review: For me Mui Ne, kalau tak singgah pun takpe sebab tempat yang dibawa semua main pasir sahaja. Mui Ne pantai lebih kurang sahaja kalau pergi Danang atau Nha Trang.


Day 10

Ho Chi Minh
-Sampai jam 5.30 am dari Mui Ne.
-Naik Grab ke hotel vnd20k
-Check In ke Xavier hotel.
-Russian Market (Naik Grab 125k)
-Tempat banyak baju winter.

Total Costing:
Vnd
RM
1.Hotel Rm72
2.Grab 125k

Day 11

Ho Chi Minh
-Park Tea tingkat 4 jalan kaki dalam 1.4 km.
-Sampai ada 2 pilihan naik lif bayar 3k.
-Kalau naik ke atas guna tangga free.
-Port tea 100k saya ambil perisa strawberry.
-Musium kalau malam sangat cantik penuh dengan lampu jalan kaki sahaja, tugu tengah renovate jadi tak dapat bergambar.
-Balik ke airport kami naik Grab 100k sahaja guna point biasa harga teksi 200k.

*11 hari di Vietnam. Anda bila lagi? Dengan rujukan di atas, cepat-cepatlah book tiket flight ke Vietnam. Spend masa terluang anda dengan travel ke tempat-tempat tersebut boleh menghilangkan stress dan sebagainya. Have a safe trip!


Penulis: Siti Khadijah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.