Sebut sahaja cincau rasanya semua orang kenal kot. Ammboi pasti ramai yang menggemari agar-agar yang popular dikalangan rakyat Malaysia dan juga negara Asia yang lain.

Air Cincau dikenali ramai kerana khasiatnya yang dikatakan menjadi penyejuk badan. Dalam pada itu, cincau juga boleh sahaja dicampurkan dengan pelbagai jenis minuman antaranya dengan air sirap bandung, air tembikai susu dan sebagainya.

11 KHASIAT DAN BAHAN DISEBALIK CINCAU YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU 3

Tapi tahukah anda apa sebenarnya bahan asas cincau ni? Selain daripada itu, adakah cincau ini benar-benar berkhasiat sebagaimana yang dihebahkan?

Memetik sumber THR Gegar menerusi Wikipedia, bahan asas cincau adalah tumbuhan keluarga mint iaitu Mesona Chinesis yang mengandungi kalium karbonat. Pokok ini banyak tumbuh dikawasan seperti di Asia Tenggara dan juga banyak di negara China dan Taiwan.

11 KHASIAT DAN BAHAN DISEBALIK CINCAU YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU 2

Dalam proses membuat cincau, tumbuhan ini dipercayai dimasak dengan campuran tepung tapioca atau agar-agar powder supaya menjadi jelly cincau. Cincau hitam merupakan bahan ramuan jenis agar-agar yang sangat di minati dan biasanya dicampurkan dalam minuman cincau.

Minuman Cincau bukan sahaja menyejukkan badan tetapi secara ilmiah banyak khasiat lain diperolehi daripada cincau. Lazimnya cincau akan menurunkan panas dalam, mencegah gangguan sistem pencernaan dan memudahkan untuk buang air besar.

Cincau juga mampu untuk mengatasi masalah perut kembung. Cincau turut dikatakan ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan kurangkan kadar kolesterol.

11 KHASIAT DAN BAHAN DISEBALIK CINCAU YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU

Selain itu katanya cincau mengatasi masaalah sakit perut (diare), mengurangkan masalah batuk dan mengelakkan sembelit serta paling menakjubkan ia didakwa sebagai bahan antikanser.

Daripada kajian makmal mendapati tumbuhan cincau ini mengandung zat sejenis karbohidrat yang mampu menyerap air sehingga daunnya menjadi padat.

Wah, banyak betul khasiat cincau kan. Kepada anda yang belum tahu atau sudah tahu selepas baca info ini harap boleh kongsikan dengan menekan butang SHARE dibahagian tepi untuk maklumkan kepada orang lain pula.

Semoga perkongsian ini beri manfaat kepada kita semua.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.