Tahukah anda yang negara China mengharamkan filem-filem berkaitan “perjalanan melalui masa” (time travel) atas alasan ia menyebabkan terhasilnya gambaran-gambaran sejarah yang “tidak serius”.

Berikut adalah perkara-perkara lain yang diharamkan di beberapa negara lagi di seluruh dunia:

  1. Afrika Selatan: Rakyat dilarang mengambil gambar dan menyiarkan di media akan kediaman presidennya Jacob Zuma.
  2. Korea Utara: Jeans berwarna biru (bukan hitam) kerana ia dikatakan berkait rapat dengan Amerika Syarikat.
  3. Monaco: Rakyat Monaco dilarang berjudi di Monte Carlo Casino kerana dikatakan Prince Charles III bimbang rakyatnya akan menghabiskan kesemua wang mereka di sana. Tetapi orang luar dibenarkan berjudi di situ.
  4. Thailand: Filem Anna and the King, lakonan Jodie Foster dan Chow Yun Fatt. Filem ini dikatakan menghina keluarga diraja dan mencacatkan sejarah negara.
  5. Korea Selatan: Permainan video selepas tengah malam. Undang-undang yang dikuatkuasakan pada tahun 2011 ini menghalang mereka yang berusia di bawah 16 tahun bermain video dari pukul 12 malam sehingga 6 pagi. Ia diwujudkan bagi menyekat ketagihan permainan video dalam kalangan rakyat Korea Selatan.
  6. Jepun: Menari di tepat-tempat awam. Undang-undang yang dikuatkuasakan pada tahun 1948 ini bertujuan untuk melindungi moral orang awam. Hanya kelab yang mempunyai lesen khas untuk menari sahaja dibenarkan berbuat demikian, itupun sehingga tengah malam sahaja.
  7. Burundi: Ketika negara ini mengalami ketegangan etnik, rakyatnya akan keluar berjoging secara berkumpulan bagi mengelakkan diserang puak militia. Tetapi pada Mac 2014 presidennya Pierre Nkurunziza mengharamkan joging sama sekali kerana mendakwa ia digunakan sebagai penyamaran untuk mereka yang mahu merancang aktiviti-aktiviti subversif.
  8. Romania: Pada tahun 80-an pemimpin Romania Nicolae Ceausescu mengharamkan permainan Scrabble kerana ia bersifat ‘subversif’ dan ‘jahat’. Tetapi pengharaman itu kini sudah dimansuhkan.
  9. Iran: Warganegara lelaki diharamkan berambut panjang atau berambut pacak.
  10. Amerika Syarikat: Kinder Surprise Egg coklat yang mempunyai permainan kecil di dalamnya amat popular di banyak negara tetapi diharamkan di Amerika Syarikat. Sebab: Kebimbangan anak-anak tercekik. Beberapa tangkapan telah dilakukan ke atas mereka yang cuba membawa masuk Surprise Egg ini ke AS dari Kanada.

CNSPhoto-Schmidt-Kinder

Dipetik dari BuzzFeed


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.