Bercuti di Bukit Merah memberi anda keseronokan dan kepuasan dalam melakukan pelbagai aktiviti percutian yang menarik dan tidak dapat anda lupakan.  Bukit Merah yang terletak di negeri Perak Darul Ridzuan ini menjadi salah satu tempat menarik untuk anda, anak-anak dan keluarga untuk bercuti secara santai, penuh aktiviti menarik dan pastinya anda boleh melawat tempat-tempat menarik yang indah dan menyeronokkan.

Imej via [freemalaysiatoday]

Tempat menarik di Bukit Merah yang wajib anda tahu tak lain dan tidak bukan adalah Bukit Merah Laketown Resort Waterpark ataupun taman tema air Bukit Merah yang telah lama ditubuhkan di Perak. Bukit Merah juga terkenal dengan banyak lagi tempat menarik yang boleh anda lawati seperti tempat makan, tempat bersejarah, pantai dan sebagainya.

Mari kita lihat satu persatu tempat menarik dan aktiviti di Bukit Merah wajib anda tahu.

 

1.  Bukit Merah Laketown Resort Waterpark

 

Imej via [mapio]

Siapa yang tidak pernah pergi ke Bukit Merah Laketown Resort Waterpark?  Mungkin anda pernah jejakkan kaki ke Bukit Merah Laketown Waterpark suatu masa dahulu ketika masih kecil, pasti anda masih ingat akan keseronokan beraktiviti di sini.  

Bukit Merah Laketown Resort Waterpark adalah tempat eco pelancongan yang terdiri daripada taman tema air, taman eko dan juga tempat pemulihan orang utan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan untuk semua pelancong.  Semua tempat menarik yang berbeza ini mempunyai aktiviti yang tersendiri untuk anda lakukan. Pastinya perkara wajib anda lakukan di Bukit Merah Laketown Resort Waterpark ini adalah Taman Tema Air Waterpark.

2.  Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort Waterpark

Imej via [Spy.my]

Terdapat banyak kolam mandi yang berombak serta gelongsor air di taman tema air Laketown Bukit Merah.  Mandi-manda di Bukit Merah Laketown Waterpark amat menyeronokkan kerana banyak pilihan tarikan permainan air yang boleh anda gunakan disini seperti water speed slider, kids adventure river, lazy river, boomeerang, waterfall bridge dan sandy beachfront wave pool.

Setelah penat bermain dan bermandi-manda di Taman Tema Air Laketown Bukit Merah, anda boleh memanjakan diri di Spa atau saloon dengan membuat urutan dan rawatan wajah disana.  Anda juga boleh bersenam dan berekreasi di Gimnasium yang disediakan di Bukit Merah Laketown Resort Waterpark.

 

3.  Eco Park Bukit Merah

Imej via [Tourism Perak]

Selain dari aktiviti air di Bukit Merah Laketown Waterpark, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik tanpa mandi manda di Eco Park Bukit Merah.  Untuk pengetahuan anda, Eco Park merupakan sebuah taman yang berkeluasan 4 hektar dan menempatkan pelbagai jenis spesis haiwan seperti burung, buaya dan lain-lain lagi. Siapa kata taman tema kering tanpa air ini membosankan? Inilah tempat menarik untuk anda membawa keluarga bersiar-siar setelah mandi-manda di Taman Tema Air Bukit Merah.

Antara tarikan yang dapat anda nikmati di sini adalah tempat pameran haiwan mamalia, reptilia dan juga taman burung. Anda boleh ke Predator Park, Pets Park, Crocodile Enclosure, Deer Enclosure, Tropical Trek, Nature Trail, Sky Cycle dan juga Sun Bear Enclosure.  Ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang berkunjung ke Eco Park untuk mendapatkan udara segar dan bersiar-siar melihat haiwan di tempat yang ala-ala mini zoo ini.

Anda boleh menikmati makan malam beberapa tempat menarik di sekitar Laketown Bukit Merah. Aktiviti lain yang boleh anda lakukan juga adalah seperti berkayak, menaiki bot dan canoe sekiranya mengambil pakej Theme Combo lawatan ke seluruh Bukit Merah Laketown Resort Waterpark. Sekiranya anda ingin ke taman tema atau eco park sahaja, tiketnya lebih rendah berbanding ke seluruh Theme Park tetapi ia amat berpatutan dan murah.  

4.  Pusat Pemuliharaan Orang Utan Bukit Merah

Imej via [arab2u]

Salah satu kawasan menarik dalam Laketown Resort Bukit Merah adalah Pusat Pemuliharaan Orang Utan.  Tempat ini juga digelar Bukit Merah Orang Utan Island Foundation dimana tempat ini dijadikan sebagai tempat pemulihan serta penjagaan spesis orang utan yang sudah jarang dilihat pada masa sekarang.  

Anda boleh melawat orang utan dan boleh mendapatkan pelbagai ilmu berkaitan orang utan disini. Menaiki bot pergi dan balik dengan kos serendah RM30 sahaja membolehkan anda memanjangkan tempoh masa percutian anda untuk berkunjung ke sini.  Jambatan kecil dengan jeti sedia ada ini memudahkan anda untuk menaiki bot ke Pulau Orang Utan.

 

Kemudahan Yang Disediakan di Bukit Merah Laketown Resort Waterpark

Imej via [Asia Web]

Bukit Merah Laketown Resort Waterpark bukan sahaja menyeronokkan dari segi tempat percutian dan aktiviti yang boleh anda lakukan, tetapi ia juga memudahkan segala urusan anda kerana terdapat pelbagai kelengkapan dan kemudahan seperti surau, tandas, restauran, tempat mandi dan sebagainya. Kemudahan yang disediakan memberi keselesaan kepada anda dan memudahkan mereka yang membawa anak-anak dan keluarga bercuti di sini.  

5.  Jeti Tasik Bukit Merah

Imej via [flickr]

Jeti Tasik Bukit Merah akan anda lalui untuk menaiki bot ke tempat-tempat berhampiran atau meronda-ronda kawasan Tasik Bukit Merah.  Anda juga boleh bergambar di sekitar Jeti Tasik Bukit Merah yang cantik dan indah serta bukit-bukau hijau yang kelihatan dibelakang tasik.  Jeti Tasik Bukit Merah menjadi pusat perjalanan untuk anda yang perlukan bot atau kenderaan untuk terus ke destinasi percutian anda di Bukit Merah.  Selain dari bot, anda boleh meluangkan masa bersama keluarga anda untuk menaiki basikal yang disewakan untuk meronda pada petang hari.

 

6.  Kampung Air

Imej via [malaysiahotel]

Sepanjang berada di Bukit Merah, Kampung Air boleh anda lawati pada siang atau malam hari. Kampung air merupakan tempat persinggahan atau lokasi pemandangan di tepi Tasik Bukit Merah yang indah serta anda boleh melihat pemandangan dari chalet yang disediakan iaitu Water chalet, Kampung Air. Selain bermalam, bersiar-siar dan menikmati hidangan lazat tengahari dan malam disini, Kampung Air sering dijadikan lokasi untuk majlis, reunion, family day dan sebagainya.

 

7.  Le Lac Cafe

Imej via [aryshafayyadh]

Le Lac Cafe adalah restoran terbaik yang menyajikan pelbagai jenis sajian dan masakan seperti makanan western, masakan panas dan lain-lain lagi.  Ramai pelancong yang menggemari makanan panas nasi goreng pelbagai variasi serta chicken chop. Le Lac Cafe sangat indah dengan pemandangan menarik di sekeliling kafe.  Anda boleh melihat pemandangan Tasik Bukit Merah sambil menikmati hidangan lazat secara bersantai disini. Le Lac Cafe ini terletak di Marina Village, Bukit Merah Laketown Resort berdekatan dengan waterpark serta tempat-tempat menarik yang lain.   

 

8.  Ripples Hawker Centre

Imej via [exploringmalaysia]

Ripples Hawker Centre merupakan food court kedai makan yang terkenal di Marina Village, Bukit Merah Laketown Waterpark. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan tradisi dan menarik dari pagi, tengahari sehingga malam seperti nasi lemak, nasi goreng, ais kacang, roti canai, nasi ayam dan sebagainya.  Ripples Hawker Centre juga menawarkan hidangan makanan dengan kadar harga yang berpatutan dan murah untuk anda.

 

9.  Joran Bukit Merah Laketown

Imej via [Facebook]

Tahukah anda terdapat sebuah kolam pancing Bukit Merah Laketown yang boleh anda luangkan masa untuk memancing dan melihat orang memancing sepanjang berada di sana.  Joran Bukit Merah Laketown yang merupakan sebuah kolam pancing terbesar di Bukit Merah terbuka untuk mereka yang berminat menyertai pertandingan memancing di kolam air tawar.

Sekali sekala melancong ke kawasan ini, singgahlah di Joran Bukit Merah Laketown bagi melihat keadaan serta suasana tempat yang memberi keseronokan kepada kaki pancing.  Untuk pengetahuan anda, cabaran memancing bagi kaki pancing di Bukit Merah Laketown sering diadakan setiap bulan bagi mencari pemenang terbaik dan memberi saguhati cabutan bertuah untuk mereka yang bertuah dan terpilih.  Pasti amat meriah sekiranya anda dapat hadir ke pertandingan kaki pancing Joran Bukit Merah Laketown ini.

 

10.  Kuala Gula

Imej via [Suara Perak]

Tempat menarik dan aktiviti di Bukit Merah wajib anda tahu seterusnya adalah Kuala Gula.  Kuala Gula bukanlah 100% berada di Bukit Merah, tetapi ia hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja dari Bukit Merah.  Perjalanannya tidak jauh dan memenatkan kerana anda boleh menaiki kenderaan biasa untuk datang ke sini.

Kuala Gula adalah tempat terhasilnya sebuah kuala yang indah berupa pantai yang membolehkan anda melihat serta menaiki bot ke destinasi anda. Disini juga anda dapat melihat keindahan flora dan fauna iaitu pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan seperti spesis burung yang cantik, monyet dan lain-lain lagi. Tempat terkenal yang wajib anda lawati adalah Bird santuari di Kuala Gula. Lebih dari 160 spesis burung eksotik yang boleh anda lihat disini penuh dengan warna-warni dan bunyi-bunyi kicauan burung.  

 

11.  Marina Village, Bukit Merah Laketown Resort

Imej via [Perak Attractions in Malaysia]

ai yang tidak tahu bahawa Bukit Merah Laketown Resort bukan sahaja sarat dengan aktiviti seperti mandi-manda dan permainan air, tetapi anda juga boleh menikmati percutian anda dengan membeli-belah atau shopping di festival market place di Marina Village.  Marina Village membolehkan anda mencari barangan seperti buah tangan, pakaian, barangan berharga, baju dan macam-macam lagi.

Anda juga boleh menikmati kelazatan makanan dan minuman seperti ais krim yang beraneka perasa, buah-buahan segar untuk dimakan serta banyak lagi makanan termasuklah makanan berat dan juga dessert.  Tambahan pula, anda pasti letih dan puas berjalan di sepanjang lokasi jualan menarik seperti sudut Galaxy Games, Wonderland, Internet Station, Treasures dan lain lagi.  

Banyak hotel yang boleh anda dapatkan di Marina Village, Bukit Merah ini malah tidak terkecuali, hotel-hotel disini semuanya eksklusif, menarik dan benar-benar memberi keselesaan kepada anda semua. Tak perlu lagi anda mencari tempat penginapan yang jauh dan mahal, dengan bermalam di Marina Village, anda lebih selesa dan jimat!

Imej via [Traveltourz]

Hampir 10 tempat menarik di Bukit Merah wajib anda lawati dan pelbagai aktiviti boleh anda lakukan di sini.  Kesemua tempat menarik di Bukit Merah ini berada dalam lingkungan kawasan yang berdekatan sahaja iaitu di daerah Bukit Merah. Bukit merah yang berada di kawasan Gunung Semanggol, Perak ini sesuai sebagai tempat percutian rekreasi dan istirehat untuk anda dan keluarga. Jom ke tempat menarik di Bukit Merah! Anda juga boleh lawati 17 Tempat Menarik di Negeri Perak dan Tempat Menarik di Seberang Perai.


Penulis: Zushazrina Zulkifli

Freelance Writer Malaysia yang suka berkongsi pelbagai info dan ilmu.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.