12 Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Safee Sali | 12 perkara menarik yang perlu anda tahu mengenai pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali antaranya anak kelahiran Kajang ini mengakui suka termenung dan memikirkan masa depannya ketika waktu lapang. Jika anda ingin tahu apa lagi 12 perkara menarik mengenai pemain Kelab Pelita Jaya Indonesia ini, jom lihat senarai di bawah.

12 PERKARA MENARIK YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI SAFEE SALI

1. Safee suka berkaraoke dan lagu wajib yang akan dinyanyikannya ialah lagu, Ratuku nyanyian Awie.

2. Safee suka dengan apa saja berkaitan automotif dan memberitahu kereta idamannya ialah Lamborghini.

3. Safee gemar makan makanan yang pedas.

4. Jika tiada latihan bola, Safee gemar bermain golf dan membeli-belah.

5. Bapa kepada dua anak ini mengakui gemar memandu dengan laju.

6. Selain koleksi jam tangan, Safee turut gemar mengumpul botol minyak wangi.

7. Safee mengakui meminati Dato’ Siti Nurhaliza sejak dari kecil lagi dan memberitahu teringin sangat untuk bertemu dengan penyanyi tersohor tersebut.

8. Walaupun berbadan sasa, jangan tidak tahu Safee seorang yang takut dengan lipas. Namun, duta Mamee ini sangat sukakan kucing.

9. Seorang yang sangat menggemari cerita lawak.

10. Sejak bermain bola sepak, Safee telah dua kali mengalami kecederaan di lutut dan menjalani pembedahan.

11. Seorang yang sensitif, soft spoken dan tak suka marah, tapi awas, jangan sesekali buat jejaka ini marah.

12. Ciri-ciri wanita idaman Safee ialah memahami, penyabar, berambut panjang, berkulit putih, tinggi serta periang.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.