Berita mengenai Restoran Nasi Kandar Line Clear diserbu MPPP memang menjadi perhatian ramai. Mereka ingin tahu kenapa restoran yang cukup popular dengan hidangan nasi kandar ini ditutup oleh pihak berkuasa.

Adakah kerana masalah permit? Masalah kebersihan? Dibawah ammboi senaraikan 12 perkara tentang Restoran Nasi Kandar Line Clear diserbu MPPP:

1. Restoran Nasi Kandar Line Clear di Pulau Pinang diserbu oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan peralatan berniaga dirampas pada jam 4 pagi, 19 Januari 2015.

12 PERKARA TENTANG RESTORAN NASI KANDAR LINE CLEAR DISERBU MPPP

2. Dalam kejadian 4 pagi itu, beberapa orang pelanggan sedang menjamu selera ketika serbuan dilakukan.

3. Pada 3 Jun 2014, Nasi Kandar Line Clear pernah dinyatakan bakal dilarang beroperasi pada masa hadapan.

4. Keadaan ini berpunca selepas berlakunya pertelagahan antara saudara yang mahu menuntut waris perniagaan daripada keluarga asas.

5. Nasi Kandar Line Clear salah satu restoran muslim india yang terkenal di Pulau Pinang menghadapi masalah berkaitan perlesenan dengan MPPP dan berhadapan risiko ditutup.

6. Keretakan dalam gaya pengurusan secara bergilir-gilir yang telah diamalkan sejak tahun 1980an, telah memaksa Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengeluarkan kata dua kepada keempat-empat rakan kongsi, yang kesemuanya adalah sepupu.

12 PERKARA TENTANG RESTORAN NASI KANDAR LINE CLEAR DISERBU MPPP 2

7. Ahli keluarga selalunya akan mengambil alih giliran untuk menjalankan bisnes Nasi Kandar Line Clear tapi pengusaha sekarang, Abdul Hamid tidak menyerahkan bisnes itu sejak 2011.

8. Dalam perjanjian oleh keempat-empat pengusaha, yang mana mempunyai pertalian darah, mereka akan mengambil giliran untuk menguruskan restoran itu. Walau bagaimanapun, salah seorang daripada mereka telah gagal mematuhi perjanjian tersebut.

9. Abdul Hamid sepatutnya menjalankan bisnes itu dari tahun 2008 sehingga 2010 dan kemudian Sahubarali akan mengambil alih pada 2011. Tapi beliau enggan menyerahkannya.

10. Isu itu timbul apabila perjanjian lisan di kalangan ahli keluarga, yang telah dikatakan bersetuju untuk menjalankan perniagaan secara perkongsian dengan mengambil giliran untuk menjalankan perniagaan, mula dingin selepas dua pengasas asal, saudara SN Seeni Pakir dan SN Sekandar, meninggal dunia.

12 PERKARA TENTANG RESTORAN NASI KANDAR LINE CLEAR DISERBU MPPP 3

11. Membalas tindakan Abdul Hamid, mereka yang lain telah membuat satu gerai disebelah restoran sedia ada menyebabkan kawasan di situ tidak bersih dan kotor.

12. MPPP berkata, pihaknya bertindak jam 4 pagi (19 Januari 2015) selepas mendapati restoran itu menjalankan perniagaan tanpa lesen pada sejak awal tahun ini.

12 PERKARA TENTANG RESTORAN NASI KANDAR LINE CLEAR DISERBU MPPP 4

Gambar diatas adalah keadaan restoran selepas peralatan berniaga diangkut pihak berkuasa. Daripada pemerhatian kami, ia berpunca daripada masalah keluarga itu sendiri yang akhirnya mungkin memusnahkan perniagaan keluarga mereka. [sumber asal: thevocket.com]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.