Melancong adalah salah satu pengalaman yang terindah di dalam kotak memori sesiapa sahaja. Jika anda seorang yang suka melancong, artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk merancang jadual perjalanan atau mungkin juga boleh memberi anda sedikit idea ke mana harus dituju selepas ini.

tempat menarik di filipina

Imej via [nasionalisme]

Pernah dengar tentang negara Filipina? Mengikut kajian, terdapat lebih kurang 52 juta orang Filipina yang memilih bahasa Inggeris sebagai bahasa dominan dan ia menjadi negara berbahasa Inggeris terbesar yang kelima.  

Jadi, anda tidak perlu risau masalah komunikasi jika anda bercadang untuk bercuti ke Filipina. Mari kita ikuti beberapa tempat menarik di Filipina yang menjadi tarikan ramai pelancong.

 

1.  Pulau Boracay

tempat menarik di filipina

Imej via [siputhijau]

Anda hanya pernah mendengar akan tempat menarik di Filipina ini tetapi pernahkah anda menjejakkan kaki ke sana? Jika belum, inilah masanya untuk beriadah dan melancong disamping menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi. Apa yang menarik sangat tentang Pulau Boracay ini?

Apabila bercerita atau menyebut tentang Pulau Barocay, sudah pastilah keindahan pantai, pasir putih serta kejernihan air lautnya terlakar di bayangan bukan?  Ya! Tepat sekali apa yang anda bayangkan. Bagi peminat hindustan, ala-ala dalam cerita Kaho Na Pyar Hai itu. Selain bergambar sebagai kenangan, tempat menarik di Filipina ini sangat sesuai sebagai destinasi bulan madu atau  video shooting.

Antara aktiviti gempak dan menarik yang anda boleh cuba di Pulau Boracay ini adalah perkhemahan, parasailing, banana boat, skuba, snorkeling, bola tampar pantai dan menjelajah pulau-pulau kecil.  Bagi pencinta alam dan laut, anda boleh beraktiviti laut dan bersukan di sini menikmati sendiri keindahan pulau Barocay ini.

2.  Pulau Mactan

tempat menarik di filipina

Imej via [Tripadvisor]

Jika anda ke Filipina, Pulau Mactan adalah salah satu tempat percutian yang wajib anda lawati. Pulau ini adalah salah satu tempat menarik di Filipina yang menjadi lokasi utama rekreasi ketika anda ke Filipina. Pulau ini kaya dengan pantai yang biru jernih air lautnya dan pasir pantai putih serta menjanjikan pemandangan yang indah.

Pulau Mactan sangat terkenal sebagai tarikan pelancongan bertaraf dunia.  Anda digalakkan datang sendiri untuk menikmati dan mengamati kecantikan Pulau Mactan ini. Untuk pengetahuan anda, Pulau Mactan ini adalah seluas 65km, dengan melalui Jambatan Fernan atau Jambatan Mandaue, anda dapat merakam detik-detik percutian terindah ketika di sana.

 

3.  Kota Vigan

tempat menarik di filipina

Imej via [tempatwisataunik]

Tempat menarik di Filipina iaitu Kota Vigan ini merupakan Kota lama di Filipina dan juga dikenali sebagai Kota Tua Viga. Kota ini telah tersenarai dalam kategori warisan dunia oleh UNESCO kerana keunikan seni bina Kota ini yang tidak ada duanya di kawasan Asia Tenggara, bahkan mungkin Asia Timur.

Ia dibina hasil air tangan di antara arkitek Sepanyol dan juga arkitek Filipina. Jumlah keseluruhan bangunan yang terdapat di kota ini adalah sebanyak 187 bangunan dan rata-rata kesemuanya digunakan sebagai penginapan dan restoren. Anda disarankan menaiki pesawat untuk menjimatkan masa di mana anda boleh mendarat di Bandar Laoag.  

  • Tips

 Anda boleh menyewa kereta atau menaiki bas untuk ke Kota ini dari Manila. Ia akan mengambil kira-kira 7 ke 10 jam jika anda menaiki kenderaan darat.  Arkitekstur yang sarat dengan nilai-nilai sejarah di Kota ini akan membolehkan anda merasai kehidupan seperti berada padaabad ke-16.  Jom jalan-jalan di sini.

 

4.  Tubbataha Reef

tempat menarik di filipina

Imej via [vigattintourism]

Selain keindahan daratan, Filipina juga dikagumi kerana memiliki taman bawah laut umpama syurga. Anda dapat melihat pelbagai kumpulan ikan dan bermacam jenis terumbu karang yang berwarna-warni jika berkunjung ke tempat menarik di Filipina ini.

Pengalaman untuk melihat sendiri keindahan taman bawah laut Tubbataha Reef ini pasti menggamit memori anda. Bagi pencinta snorkeling, ini adalah destinasi yang paling sesuai untuk anda menikmati hidupan dasar laut yang indah.  Tubbatah Reef ini terletak di tengah Laut Sulu Filipina iaitu sebuah lokasi yang dilindungi.

Penggemar fotografi atau videografi pasti takkan lepaskan peluang merakam saat mereka berenang-renang ditemani oleh sekumpulan ikan dan berlatar-belakangkan terumbu karang.  Untuk pengetahuan anda, tempat ini juga merupakan lokasi pembiakan hidupan laut yang ajaib dan unik seperti terumbu karang, manta rays, penyu laut, clownfish, lionfish, jerung dan banyak lagi.

 

5.  Muzium Nasional Filipina

tempat menarik di filipina

Imej via [katalogwisata]

Tahukah anda bahawa Muzuim Nasional Filipina ini merupakan muzuim tertua? Ini kerana usianya yang sudah menjangkau 1 abad lebih.  Tempat menarik di Filipina ini dibina sekitar tahun 1901. Bagi penggemar sejarah,  datang dan melawat muzuim ini, anda akan dapat mempelajari mengenai sejarah budaya Filipina.

Pelbagai barangan bersejarah yang dipamerkan di muzuim ini sedikit sebanyak dapat menyuntik nila-nilai sejarah dalam diri kita. Oleh itu, anda boleh menjadikan tempat ini sebagai salah satu destinasi pelancongan apabila ke Filipina kelak. Lukisan gergasi juga dapat dilihat di muzium ini seperti Spoliarium hasil lukisan Juan Luna dan juga artifak-artifak sejarah yang lain. 

Kebanyakan artifak yang dianggarkan berusia sekitar 890 ke 710 sebelum masihi ini adalah harta peninggalan Spanish Galleon San Diego, kapal Balangay atau Butuan dan juga lukisan-lukisan lain milik Filipina.

 

6.  Chocolate Hills, Bohol

tempat menarik di filipina

Imej via [KKday]

Dengar sahaja namanya pasti anda berfikir bahawa tempat ini adalah tempat untuk borong coklat, tempat penghasilan coklat atau seangkatan dengannya. Tempat menarik di Filipina ini digelar sebagai “Keajaiban Kelapan Dunia” kerana ciri-ciri unik dan keindahan semulajadinya memang menakjubkan.

Terdapat lebih daripada seribu bukit yang menyamai Chocolate Hills tersebar di kawasan seluas 50 kilometer persegi di Bandar-bandar Carmen, Batuan dan Sagbayan di Bohol. Dari sini, terhasilnya landskap megah yang mungkin membuat anda berfikir ia adalah ciptaan buatan manusia tetapi sebenarnya tidak kerana ianya 100% adalah semulajadi.

Nama Chocolate Hills ini teradaptasi dan diinspirasikan melalui rumputnya yang hijau yang boleh menjadi coklat ketika musim kering atau musim panas dan ianya akan kelihatan seperti coklat.

 

7.  Banaue Rice Terraces, Ifugao

tempat menarik di filipina

Imej via [ theculturetrip]

Khazanah Negara Filipina ini bukanlah bukit semata–mata. Bukit ini dijadikan kawasan tanaman padi yang bertingkat dan kerana itu pemandangannya luar biasa cantik.  Anda juga dapat merasai sendiri aktiviti penduduk setempat yang digelar Kaum Ifugao di situ. 

Jika bernasib baik, anda akan berpeluang menemui Mumbaki iaitu doktor tradisional kaum mereka atau juga lebih dikenali sebagai dukun atau bomoh. Anda dapat menyaksikan sendiri upacara roh untuk mengubat pesakit.  Kawasan tanaman padi bertingkat ini telah diusahakan sejak 2,000 tahun yang lalu untuk penduduk tempatan bercucuk tanam dan menuai hasil di sekitar bukit dan gunung itu.

  • Tips

Tempat menarik di Filipina ini sesuai dilawati sama ada oleh ahli fotografi, pelukis ataupon orang biasa.  Untuk ke kawasan ini, anda boleh menggunakan khidmat pemandu pelancong di Terminal Ohayami dengan anggaran 500peso atau bersamaan dengan lebih kurang RM40.

 

8.  Manila Ocean Park

tempat menarik di filipina

Imej via [ZeoTrip]

Taman Laut Manila ini merupakan destinasi yang paling sesuai bagi para pencinta hidupan laut. Ianya  terletak di Ibu Kota Filipina dan telahpun beroperasi sejak tahun 2008 lagi.  Tempat menarik di Filipina ini merupakan Akuarium gergasi yang memiliki jumlah air sedalam 8000m3 dengan kedalamannya 25 meter.

Wah! Tidak hairanlah jika ia dipanggil sebagai akuarium gergasi. Di sini, anda juga berpelunag untuk menyaksikan pertunjukan obor-obor yang tidak kurang juga menariknya. Manila Ocean Park ini dibuka pada setiap hari bermula seawal jam 10 pagi dan tutup pada jam 9 malam.

  • Tips

Bagi ibu bapa yang merancang untuk membawa anak-anak pergi bercuti, mungkin tempat ini boleh menjadi salah satu destinasi pelancongan supaya anak anda dapat merasai keseronokan menyaksikan hidupan laut dan haiwan.

9.  Mount Apo, Mindanao

tempat menarik di filipina

Imej via [kidapawanblog]

Gunung Apo yang terkenal sebagai puncak tertinggi di seluruh kepulauan Filipina ini merupakan gunung yang paling banyak dikunjungi dek kerana tempat ini amat menarik.  Selalunya, ia didaki oleh para peneroka gunung tidak kira orang tempatan mahupun orang luar. Suku kaum Mindanao iaitu Bagobo menamakan gunung ini sebagai Apo yang bermaksud “Datuk”.

Gunung ini sebenarnya gunung berapi tetapi ia tidak aktif malah ia memiliki kawah berapi yang sangat lebar berisikan air danau Venado.  Terdapat banyak laluan untuk mendaki gunung ini namun harus diingatkan, gunung ini tidak mudah untuk didaki kerana mempunyai hutan yang berlumut, jalan yang curam dan batu-batu besar.

Kolam-kolam sulfur juga boleh anda temui di kawasan gunung Apo ini, ia merupakan rumah sang Helang iaitu pemakan monyet khas Filipina. Helang yang mendiami gunung ini adalah helang yang terbesar di dunia dan merupakan burung kebangsaan rakyat Filipina.

 

10.  Gigantes Island

tempat menarik di filipina

imej via [triptheislands]


Panorama Pulau Gigantes mempunyai keunikan dan keindahannya yang tersendiri.  Terdapat banyak gua yang tersembunyi di antara batu-batuan yang besar dan ada di antaranya yang dikenali sebagai Gua Pawikan.  Tempat menarik di Filipina ini membolehkan anda menikmati udara segar di atas rumah api di samping menikmati panoramanya yang indah mempesona.

  • Tips

Cara untuk anda datang ke sini amat mudah.   Anda boleh datang dari Terminal Manila ke Bandar Iloilo dan seterusnya ke Estancia.  Kemudiannya, anda boleh menggunakan perkhidmatan menjelajah pulau dengan kos lebih kurang RM400 sahaja. Murah kan?

11.  Fortune Island

tempat menarik di filipina

Imej via [cellcode]

Selain dipanggil sebagai Pulau Fortune, ia juga turut dikenali sebagai Greece Batangas yang kini menjadi sebuah destinasi pelancongan yang terbaik dan mendapat tumpuan ramai. Pulau Fortune ini terletak di Brgy dan tarikan utamanya adalah tiang Acropolis dan Grecian yang terletak benar-benar di puncak bukit Pulau Fortune. 

Patung San Diego Galleon juga boleh didapati di pulau ini dan ia sering menjadi tumpuan pelancong untuk sesi bergambar.  Jika anda mempunya kesempatan untuk meluangkan lebih sedikit masa di pulau ini dan menunggu sehingga hari malam, anda akan berpeluang menikmati suasana malam yang indah dan tak dapat anda lupakan.

 

12.  Enchanted Kingdom, Santa Rosa, Laguna

tempat menarik di filipina

Imej via [thepoortraveler]

Selain menikmati keindahan alam, Filipina juga mempunyai tempat menarik yang berkonsepkan taman tema hiburan.  Pelancong yang membawa anak-anak terutamanya bolehlah berkunjung ke Enchanted Kingdom ini. Ianya terletak di Santa Rosa, Laguna dan telah dibuka serta beroperasi sejak 19 October 1995 iaitu sekitar 23 tahun yang lalu.

Terdapat banyak tarikan di dalam Enchanted Kingdom ini seperti 2 roller coaster dan 2 water rides.   Tak cukup itu, ia turut mempunyai lebih dari 30 tarikan permainan. Berdekatan dengan Enchanted Kingdom ini juga terdapat pelbagai tempat penginapan yang disediakan, jadi mudahlah untuk anda bergerak ke taman tema hiburan ini.

  • Tips

Tiket untuk pas seharian adalah lebih kurang sebanyak RM62-74 sahaja. Memang berbaloi kerana anda boleh menikmati kesemua taman hiburan tanpa had.  Terdapat juga movie 5D untuk anda layan hiburan di sini. Pastikan anda membeli tiket awal atau beli secara online untuk mendapatkan diskaun hebat. 

 

13.  Kayangan Lake, Coron

tempat menarik di filipina

Imej via [trover]

Tempat menarik di Filipina adalah Tasik Kayangan yang dikatakan tasik ajaib perlu anda kunjungi.  Dengan kejernihan airnya yang sangat indah, pasti lakaran mempesona terukir saat anda berkunjung ke sini bersama keluarga tersayang.  Tasik ini boleh diakses dengan mendaki selama 10minit. 

Perairan Tasik Kayangan yang jernih ini terletak di dalam dinding gunung. Di bawah airnya adalah seperti sebuah kawasan muara.  Terdapat sedikit laluan kayu dan platform untuk anda meletakkan barangan anda jika anda mahu berenang ke dalam tasik ini.

tempat menarik di filpina

Imej via [ lifestyle]

Jika anda bercadang untuk bercuti ke Filipina, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi tempat-tempat yang saya nyatakan di atas. Rancanglah jadual perjalanan anda dengan baik mulai sekarang dengan mengikuti tips dan maklumat tempat menarik di Filipina yang kami sediakan. Jom lihat tempat menarik di Puchong dan tempat menarik di Jerantut pula.


Rujukan

1. Tripfez
2. Says
3. exploregunung

 


Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis sepenuh masa yang aktif berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.