Daerah Manjung adalah daerah di bahagian barat daya negeri Perak, Malaysia.  Daerah ini terkenal dengan destinasi Pulau Pangkor yang merupakan tarikan utama di Perak dan menjadi rumah Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Daerah Manjung yang mempunyai penduduk seramai 191 ribu orang ini merupakan pusat bandar utama.  Ia turut lengkap dengan  beberapa kawasan perbandaran dan pekan lain seperti Lumut, Bandar Sitiawan, Pekan Ayer Tawar dan Bandar Pantai Remis.

tempat menarik di manjung

Imej via [asukavi]

Manjung sememangnya terkenal sebagai pusat pelancongan yang mencakupi tempat bersejarah, pantai , tempat rekreasi, tempat membeli belah  dan tempat makan. Maka, tidak hairanlah jika bandar ini menjadi salah satu destinasi pilihan pelancong dari luar atau dalam negara. Berikut adalah senarai beberapa tempat menarik di Manjung yang boleh anda lawati.

 

1.  Pulau Pangkor

tempat menarik di manjung

Imej via [Asia Adventure]

Pulau Pangkor yang merupakan pulau ketiga terbesar di Malaysia ini terletak kira-kira 90 km barat daya dari Ipoh, Perak.  Pulau ini dianggarkan terdapat 25,000 penduduk yang kebanyakannya nelayan. Untuk sampai ke tempat menarik di Manjung ini, anda harus menaiki feri dari pengkalan di Lumut selama 20 minit.  Ia terdiri daripada tiga pantai utama, Emerald Bay, Coral Beach dan Royal Bay.

Pulau Pangkor terkenal dengan air lautnya yang bersih serta pantainya yang cantik. Antara aktiviti pilihan pengunjung di pulau ini semestinya snorkeling, berkayak, memancing dan berkelah. Tak lupa juga di pulau ini juga terdapat beberapa tempat menarik dan bersejarah misalnya batu bersurat Pangkor, kota Belanda, Pantai Puteri Dewi dan kilang memproses ikan bilis yang boleh anda lawati.

 

2.  Pulau Marina

tempat menarik di manjung

Imej via [Buletindunia]

Pulau Marina adalah salah satu pulau buatan manusia di Malaysia yang dibina di pantai Teluk Muruh.  Tempat menarik di Manjung ini bertentangan dengan Pulau Pangkor dan Pangkor Laut Resort, di negeri Perak, Malaysia. Pulau ini meliputi kawasan seluas 316.9 ekar yang terletak 400 meter dari garis pantai utama daratan.

Tahukah anda, Pulau Marina mengambil masa lima tahun perancangan metodologi dan kajian kebolehlaksanaan menyeluruh untuk memastikan bahawa pembuatan pulau tidak akan mengganggu alam sekitar. Pulau Marina juga merupakan pintu masuk ke Pulau Pangkor dengan penubuhan terminal jeti domestik di pulau itu.

Perjalanan ke Pulau Pangkor hanya mengambil masa 10 minit dari Marina Island Jetty. Pantai Marina indah ini pula selalu menjadi tuan rumah kepada acara-acara penting seperti Hari Kemerdekaan, Parade perbarisan dan pesta perbarisan hari republik. Pulau ini amat sesuai untuk dilawati bersama seisi keluarga.

 

3.  Muzium Beruas

tempat menarik di manjung

Imej via [smgr1991]

Muzium Beruas ini terletak di tengah-tengah bandar sekitar 40 km dari Sitiawan dan ditempatkan di bangunan mahkamah yang merupakan peninggalan dahulu. Salah satu tempat menarik di Manjung ini ditubuhkan pada tahun 1995. 

Ia adalah sebuah muzium yang kecil dan luar biasa bagi Malaysia kerana ia menampilkan artifak berusia kira-kira 500 tahun yang hanya berkaitan dengan kawasan Beruas sahaja.  Untuk pengetahuan anda, banyak sumber tempat yang telah digali pada tahun 1991 oleh Projek Penyiasatan Beruas Sejarah.

Barang-barang ditemui dipercayai berasal dari Kesultanan Melayu di Beruas pada abad ke-16. Walaupun muzium ini kecil, namun di dalamnya tersimpan lebih kurang 300 artifak sejarah dan berbaloi untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.  Muzium ini beropersai setiap hari bermula jam 9.30 pagi hingga 5 petang dan masuk adalah percuma.

 

4.  Kota Belanda

tempat menarik di manjung

Imej via [tripadvisor]

Fort Dutch atau Kota Belanda adalah sebuah kubu di Pulau Pangkor, Daerah Manjung, Perak, Malaysia. Kota Belanda yang merupakan tempat menarik di Manjung untuk anda kunjungi ini berbentuk seperti runtuhan bangunan atau kubu lama.  Runtuhan itu adalah sisa-sisa peninggalan Belanda ketika dalam usaha untuk mengawal perdagangan di semenanjung Melayu.

Belanda memanggilnya sebagai Fort Wallh.  Kubu itu dibina semula oleh jabatan muzium Malaysia pada tahun 1973 dan telah diwartakan sebagai monumen kuno dan tapak bersejarah.  Sebuah taman kecil dan beberapa kedai cenderahati telah dihasilkan di sekitar kawasan itu untuk pelawat. 

Tanpa disedari, Kota Belanda ini merupakan salah satu tumpuan pelancong di Pulau Pangkor dan berdekatan dengan Manjung. Kebanyakan pelancong datang ke sini untuk bergambar dengan monumen-monumen sejarah.

 

5.  Daddy Cafe

tempat menarik di manjung

Imej via [tripadvisor]

Jika anda mencari tempat makan sambil menikmati keindahan pantai, Daddy Cafe pastinya menjadi pilihan anda.  Kafe Hangout di tepi pantai ini bukan sahaja menjanjikan makanan tempatan kepada anda bahkan western food juga ada disediakan di sini. Antara makanan pilihan yang terkenal di kafe ini adalah Chicken Chop, Mango Salad dan Beef Rendang.

Layanan yang diberikan juga amat berkelas.  Saya syorkan kepada anda datang ke sini sebaiknya pada waktu senja, anda dapat menyaksikan matahari terbenam di layar langit yang indah disamping menjamu selera makanan yang sungguh lazat.  Pemandangan di tempat menarik di Manjung ini sungguh mengasyikkan. Rasa nak lepak lama-lama sahaja!

 

6.  Lumut Waterfront Esplanade

tempat menarik di manjung

Imej via [Lumuda]

Lumut Waterfront  yang mempunyai keluasan sekitar 3.3 hektar ini terletak berdekatan dengan Terminal Jeti Lumut. Taman ini dilengkapi dengan taman rekreasi, taman esplanade , esplanade wing dan dataran putra. Ia direka dengan reka bentuk moden dan futuristik serta berkonsepkan maritim. Uniknya, tempat menarik di Manjung ini membolehkan anda melihat kapal perang kerana ia berdekatan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Taman dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menjadikannya sesuai untuk datang bersiar-siar dan berekreasi bersama seisi keluarga. Tak hanya itu, bahkan disini juga ada ditawarkan pusat penerangan memandangkan kawasan ini adalah pintu masuk utama ke Pulau Pangkor.

 

7.  Taman Paya Bakau (Mangrove Park)

tempat menarik di manjung

Imej via [tripadvisor]

Taman Paya Bakau ini diwujudkan bagi memelihara habitat beberapa spesis haiwan dan ia sangat penting untuk ekosistem terutamanya kawasan perairan pantai.  Selain menjadi tempat anda beriadah dan bersantai, hutan ini juga menjadi rumah kepada flora dan fauna.  Jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat biawak, monyet, burung dan beberapa lagi jenis haiwan yang bermukim di sini.

Tempat menarik di Manjung ini sangat sesuai bagi anda yang menyukai aktiviti lasak terutamanya jungle trekking.  Selain itu, anda harus mencuba jambatan gantung taman paya bakau yang pastinya mencabar keberanian anda.  Anda boleh melihat keindahan hutan sambil menaiki jambatan beramai-ramai dengan keluarga anda. Pasti amat meriah sekali!

 

8.  Frenzy Waterpark Lumut

tempat menarik di Manjung

Imej via [anakperak]

Jika anda bosan mandi manda dan berkelah di laut, kali ini saya tawarkan Frenzy Water Park bagi peminat permainan air. Walaupun di Ipoh sudah ada Lost World Of Tambun, taman tema air di Lumut ini tidak kalah hebatnya. Yang uniknya tentang tempat ini adalah kerana ia direka berkonsepkan rancangan realiti Wipeout di saluran televisyen AXN. Apa lagi, memang bestlah mandi-manda dan bermain air di sini!

Blow up gergasi dan halangan dibina di atas air membuatkan anda boleh melompat dan bermain. Pasti mengujakan dan menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan buat anda.  Harga tiket buat pengunjung dewasa sekitar RM 20 manakala kanak-kanak pula RM 15.  Mereka beroperasi setiap hari kecuali selasa bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 7 malam.

 

9.  Teluk Batik

tempat menarik di manjung

Imej via [flickr]

Teluk Batik yang terkenal dengan keindahan pantainya ini terletak 7 km dari pelabuhan jeti Lumut.  Pantainya yang sepanjang 2 km ini menjadi pilihan pelancong dek kerana lokasi menarik ini berlatar belakangkan hutan hujan tropika serta bukit yang nian menghijau. Aktiviti wajib di sini tak lain dan tak bukan adalah berenang, banana boat, snorkeling, berkayak dan macam-macam lagi permainan pantai.

Struktur pantai yang landai, ombak yang agak tenang, air laut yang cukup bersih menjadikannya destinasi popular untuk mandi-manda. Bagi anda yang ingin menyewa pelampung dan kerusi malas juga ada disediakan dengan harga yang berpatutan. Teluk Batik juga menyediakan beberapa tempat penginapan seperti Calet Kenangan Pak Mat, Teluk Batik Resort, Virgo Batik Resort buat anda. 

Lebih menariknya di sini adalah restoran makanan lautnya yang menyajikan juadah segar yang menyelerakan. Makanan seafood yang segar dari laut menjadi keunikan dan keseronokan menikmati makanan di sini.

 

10.  Air Terjun Ulu Licin

tempat menarik di manjung

Imej via [suaraperak]

Pantai sudah, taman tema air sudah, tempat menarik di Manjung kali ini pula adalah air terjun. Air terjun Ulu Licin ini terletak kira-kira 5 km dari pekan Beruas. Bagi mereka yang menyukai suasana alam semulajadi yang tenang, anda pasti teruja jika datang ke sini.

Air terjun ini berkonsepkan kehijauan dan air yang sejuk di mana ia sesuai untuk anda bermandi manda dan berkelah sambil merehatkan fikiran. Selain mandi manda dan berkelah, pengunjung biasanya melakukan jungle trekking, berkemah dan bbq. Sekali sekala datanglah bercuti ke tempat menarik di Manjung ini untuk menghilangkan stress bekerja!

 

11.  Bazar Lumut

tempat menarik di manjung

Imej via [maisinggah]

Bazaar Lumut berdekatan dengan Lumut Waterfront. Datang dan singgahlah sebentar melihat pelbagai barangan seperti hasil kraftangan, cenderahati, pakaian dan macam-macam jenis hasil laut dengan harga yang berbaloi. Sekali anda menjejakkan kaki ke sini pasti rambang mata melihat barangan yang dijual untuk membeli belah.

Anda boleh mendapatkan barang-barang di sini sebagai cenderahati dan buah tangan untuk keluarga, orang tersayang atau rakan sepejabat anda. Percayalah, akan ada juga barang yang menambat hati anda untuk dapatkan di sini.

 

12.  Teluk Rubiah

tempat menarik di manjung

Imej via [mygeoview]

Satu lagi pantai yang dikatakan sebuah tempat menarik di Manjung ini terletak di Seri Manjung, Perak.  Anda boleh bermandi-manda dan memancing di laut atau Teluk Rubiah ini.  Ia juga adalah salah satu pilihan pantai terbaik di Manjung yang boleh anda lawati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Terdapat chalet yang berbentuk rumah tradisional untuk anda menginap di sini. Di samping itu, Teluk Rubiah Beach dan Golf Resort juga memberikan anda suasana kolam indah untuk berenang di air jernih dan cantik serta tempat menjamu selera yang menarik.

tempat menarik di manjung

Imej via [Gilahartanah]

Demikianlah beberapa tempat menarik di Manjung yang saya syorkan kepada anda. Manjung berserta daerah berdekatannya terkenal dengan tempat-tempat bertemakan pantai dan laut. Destinasi kali ini sesuai dijadikan pilihan untuk datang bercuti bersama keluarga dan rakan. Anda juga boleh melihat tempat menarik di Pulau Redang dan tempat menarik di Beaufort Sabah.

 

Rujukan

  1.  Wikipedia
  2. Team Travel
  3. Tripadvisor

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis sepenuh masa yang aktif berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.