Terdapat banyak pulau nan indah di Sabah, tidak terkecuali dengan Pulau Banggi. Namun, ramai tak mengetahui akan kewujudan pulau ini. Ia merupakan pulau ketiga terbesar di Malaysia selepas Pulau Langkawi dan Pulau Borneo.

Dengan keluasan 440.7 km persegi, ia memiliki pelbagai jenis tempat menarik untuk anda kunjungi. Ia berlokasi di utara Sabah dan berhampiran dengan Teluk Marudu.  Jom lihat antara tempat menarik di Pulau Banggi ramai tak tahu.

1.  Pekan Karakit

tempat menarik di pulau banggi

Imej via [abunuha]

Pekan Karakit adalah sebuah pekan utama yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti pangkalan Polis PGA, Pejabat Daerah Kecil Banggi, Balai Polis, Klinik kesihatan, SMK Banggi dan lain-lain lagi.

Penduduk kawasan ini adalah kira-kira 1,000 orang penduduk dan kebanyakannya adalah kaum Ubian dan Dusun Bonggi juga kaum bajau dan banyak lagi. Sudah pasti kawasan ini sarat dengan budaya masyarakat tempatan. Anda boleh singgah ke gerai makan berdekatan atau gerai jualan di sini.

2.  Pulau Patanunan

tempat menarik di pulau banggi

Imej via [facebook]

Rupa-rupanya, Pulau Patanunan ini berada berhadapan dengan Pekan Karakit. Hanyalah 500 meter dari tanah besar Kerakit sahaja. Pulau ini agak kecil dan membolehkan anda menaiki bot selama 5 minit ke sini. Ia bukanlah pulau kosong tetapi mempunyai hampir 30 sehingga 50 orang penduduk.

Pulau ini merupakan salah satu tempat menarik di Pulau Banggi yang menjadi pilihan utama pelancong luar.  Anda juga boleh menaiki bot bersiar-siar dan singgah di pulau-pulau lain seperti Pulau Linggisan, Pulau Maliangin dan lain-lain lagi.

3.  Bukit Sinambung

tempat menarik di pulau banggi

Imej via [nyero]

Tempat menarik di Pulau Banggi seterusnya adalah Gunung Sinambung.  Tingginya adalah 529 meter yang mana anda akan mendaki kira-kira selama 2 jam untuk sampai ke puncak.  Ia terletak dalam kawasan Kampung Kalangkaman Banggi.

Selain mendaki, anda boleh menikmati pemandangan indah gunung ini disamping menghirup udara segar. Sediakan kelengkapan secukupnya untuk mendaki, pastinya aktiviti ini menjadi aktiviti menyeronokkan buat anda!

4.  Pulau Maliangin Banggi

tempat menarik di pulau banggi

Imej via [toppeaktravel]

Pulau Maliangin Banggi ini merupakan salah satu tempat menarik di Pulau Banggi yang sangat indah.  Air laut yang sangat jernih biru kehijauan ini amat bersih dan sesuai untuk anda bermandi-manda.

Pulau tercantik di Pulau Banggi ini juga memiliki khazanah flora fauna lautan iaitu terdapat hidupan laut, terumbu karang dan coral yang sangat menakjubkan. Nelayan juga mudah mendapat ikan dari lautan ini. Berdekatan pantai, terdapat resort yang boleh anda menginap.

5.  Pulau Sibogo Banggi

tempat menarik di pulau banggi

Imej via [facebook]

Jika anda seorang penggemar makanan laut, Pulau Sibogo Banggi ini adalah lokasi terbaik harus anda kunjungi. Ia adalah sebuah centre point atau pusat perikanan dan penternak yang dimiliki oleh Haji Muhamad Noor iaitu usahawan penternak ikan yang berjaya.

Anda boleh ke sini untuk membeli ikan-ikan dan lobster yang sangat berpatutan harganya. Malah, ia terbuka kepada orang kampung dan juga nelayan yang ingin mendalami ilmu perniagaan ikan.

6. Terminal Feri Banggi

tempat menarik di banggi

Imej via [rompin77]

Terminal Feri Banggi bukan sahaja lokasi yang membolehkan anda menaiki feri dan membeli tiket, tetapi terdapat tarikan lain di sini. Anda boleh melihat para nelayan membawa naik ikan dan melihat pelbagai jenis ikan dan hidupan laut dijual beli. Para penduduk sering ke sini untuk membeli ikan dengan harga yang cukup murah.

7.  Pantai Pulau Banggi

tempat menarik di pulau banggi

Imej via [satusabah]

Pantai Pulau Banggi adalah pantai yang terbesar di Sabah dimana ia juga adalah pulau ketiga terbesar di Malaysia. Suasana yang hijau dan segar sekitar kawasan ini amat menenangkan. Anda boleh melihat pemandangan alam yang indah dan bot-bot berlabuh di feri berdekatan tempat menarik di Pulau Banggi ini.

8.  Kampung Bayangan Laut

tempat menarik di pulau banggi

Imej via [youtube]

Kampung Bayangan Laut letaknya berdekatan dengan lautan dan pantai bayangan di Pulau Banggi.  Ia dikelilingi rumput hijau serta  rumah-rumah kampung. Anda juga dapat merasai tiupan angin sepoi-sepoi bahasa di sini.

9.  Banggi Resort

tempat menarik di pulau banggi

Imej via [mysabah]

Jika ingin bermalam di sini, rasailah suasana tidur di rumah atap ini! Ia adalah Resort Banggi yang ditubuhkan oleh kaum masyarakat Banggi. Untuk bermalam, harganya semurah RM25 untuk 1 malam. Jom rasai pengalaman tidur di rumah atap dan ditemani bunyi unggas malam!

10.  Pantai Kobong Laut

tempat menarik di pulau banggi

Imej via [nayie03]

Cantik pemandangan tempat menarik di Pulau Banggi ini! Anda boleh melihat pemandangan matahari terbenam dan matahari naik sambil bergambar di sini. Pantai Kobong Laut ini juga berdekatan dengan Kampung Kobong Laut. Diluar kawasan pantai, ia adalah kampung yang boleh anda ronda-ronda melihat kawasan perumahan kampung pula.

11.  Kampung Lok Tuhog

tempat menarik di pulau banggi

Imej via [pokcikmz]

Bagaikan tempat beriadah dan santai, tempat menarik di Pulau Banggi ini boleh anda singgah untuk menjamu selera atau bersiar-siar. Anda dapat melihat cara hidup masyarakat kampung ini, semuanya masih lagi tradisional dan klasik.

12.  Pantai Kampung Lok Agung

tempat menarik di pulau banggi

Imej via [inchenaim]

Kampung Lok Agung berdekatan dengan pantai yang sangat indah ini. Tempat menarik di Pulau Banggi ini membolehkan anda melakukan aktiviti menangkap ikan, siput, sotong, udang dan macam-macam lagi hidupan laut. Tambahan lagi jika laut surut.  Menarik jika dapat rasai pengalaman kutip siput dan sotong di sini kan?

Itulah dia 12 tempat menarik di Pulau Banggi yang ramai tak tahu. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Bintan, tempat menarik di Narita, tempat menarik di Can Tho dan tempat menarik di Chiang Rai.

Rujukan:

  1. facebook
  2. inchenaim
  3. nayie03

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.