Jerantut adalah sebuah pekan di negeri Pahang, Malaysia yang agak terkenal dalam kalangan penduduk Malaysia. Ia terletak kira-kira 180 km dari Kuantan dan 200 km dari Kuala Lumpur.   Ia juga merupakan daerah terbesar di negeri Pahang yang mempunyai pelbagai tarikan dan tempat menarik.

tempat menarik di jerantut

Imej via [booking]

Tahukah anda, menurut orang tua-tua dahulu kala, Jerantut diambil daripada perkataan “Jeram” dan “Tut”. Kisahnya apabila seorang lelaki bernama Awang Tut yang sering mengail di kawasan “Jeram” di tengah sungai Pahang manakala sebelum itu Jerantut dikenal orang sebagai Simpang Empat. 

Pada tahun 1914, mereka menukar nama Simpang Empat kepada Jerantut. Pasti anda tak sabar nak lihat, apakah tempat menarik di Jerantut yang sesuai untuk pelancongan dan percutian anda. Jom lihat 13 tarikan dan tempat menarik di Jerantut.

1.  Taman Negara Malaysia

tempat menarik di jerantut

Imej via [blog.tourism]

Taman Negara Malaysia ini dibuka pada tahun 1938 dan anggaran keluasannya adalah sekitar 4,343.   Taman Negara ini terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu. Untuk pengetahuan anda, untuk memulakan pendakian, Kuala Tahan dan Merapoh adalah titik permulaan pendakian di Taman Negara berikutan Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia.  

Terdapat pelbagai flora dan fauna yang dilindungi di sini bahkan haiwan mamalia yang hampir pupus seperti harimau,gajah, pelanduk, tenuk dan selandang turut dipelihara di sini.  

Selain mendaki gunung dan jungle treking, anda boleh menyewa sampan dan bersiar siar di sungai. Sungguh tempat ini memberikan pengalaman pengembaraan yang mengujakan anda.  Pelbagai kemudahan disediakan di sini termasuklah pondok pemerhati yang membolehkan anda melihat haiwan liar dari kejauhan.

 

2.  Galeri Mat Kilau

tempat menarik di jerantut

Imej via [bktrang]

Tempat menarik di Jerantut seterusnya ini bertemakan sejarah. Galeri Mat Kilau yang telah dibina sejak tahun 2015 ini adalah salah satu tarikan pelancong. Galeri ini mempamerkan mengenai sejarah sekitar daerah Jerantut yang kebanyakannya pahlawan-pahlawan melayu seperti Mat Kilau, Pawang Noh, Tok Gajah dan ramai lagi.

Gambar dan barangan lama seperti senjata yang digunakan pahlawan Pahang dahulu kala juga boleh anda lihat di sini. Yang lebih menyeronokkan lagi, pameran di sini memaparkan pelbagai bentuk seperti patung, visual, gambar dan audio untuk menarik minat para pelancong.

Bagi pencinta sejarah, saya syorkan anda datang ke empat ini untuk menimba informasi tentang pahlawan bangsa kita sekaligus dapat memupuk semangat cintakan tanah air apabila mengenang jasa mereka. Galeri ini beroperasi setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang dan bayaran yang dikenakan hanyalah sekitar RM 2.

 

3.  Air Terjun Lata Meraung

tempat menarik di jerantut

Imej via [fakhriahjusoh]

Air terjun Lata Meraung ini sememangnya cukup terkenal di Jerantut dan tidak hairanlah jika ia tergolong sebagai salah satu tempat menarik di Jerantut. Air terjun yang terletak di Hutan Lipur Lata Meraung ini terletak 16 km dan hanya mengambil masa sekitar 15 minit perjalanan sahaja untuk sampai ke sini jika anda datang dari Bandar Jerantut.

Anda dapat bersantai sambil bermandi manda di sini memandangkan suasananya yang dingin, tenang dan damai.  Bukan sahaja suasananya yang berlatar belakangkan alam semulajadi dapat menambat hati pengunjung bahkan airnya yang bersih, jernih serta sejuk membuatkan sesiapa sahaja melihatnya ingin terjun berenang.

Tak dilupakan juga, kawasan ini menyediakan kemudahan yang lengkap seperti tandas, tempat letak kereta dan rumah rehat buat pengunjung. Bayaran yang dikenakan hanya RM 2 buat orang dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak. Memang seronok jika datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan!

 

4.  I City Jerantut

Tempat menarik di jerantut

Imej via [ratusembang]

Jangan menyangka bahawa hanya Shah Alam sahaja mempunyai I  City tetapi Jerantut juga tak kalah hebatnya.  Tempat menarik di Jerantut yang disinari lampu berwarna-warni ini merupakan taman permainan dan taman rekreasi terbaru di daerah Jerantut. 

Taman permainan yang terletak berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut ini berjaya menambat hati para pengujung untuk datang bersantai bersama keluarga pada waktu malam. Lampu-lampu pada waktu malam adalah tarikan tempat ini terhadap pengunjung.

Majlis Daerah Jerantut berjaya menyediakan kawasan santai dan rehat ini dengan segala kemudahan. Macam-macam aktiviti di sini yang wajib anda cuba seperti kereta api mini, buaian besar yang dikenali sebagai eye on Jerantut dan juga tidak ketinggalan gerai-gerai untuk anda menjamu selera.

 

5.  Tekam Plantation Resort

tempat menarik di jerantut

Imej via [smarti.myservices]

Jika anda bercadang ingin menginap di Jerantut untuk beberapa hari, saya syorkan agar anda memilih Tekam Plantation Resort sebagai pilihan destinasi penginapan. Resort ini terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit dan getah yang pastinya menawarkan suasana yang sangat indah berlatar belakangkan alam semulajadi pohon.

Tak hanya khidmat penginapan yang mereka sediakan, malah aktiviti kekeluargaan seperti mandi-manda di kolam renang yang luas, berbasikal di sekitar kawasan ladang, memancing dan banyak lagi.  Salah satu tarikan utama tempat menarik di Jerantut ini ialah pemandu pelancong  akan membawa pelawat untuk lawatan pendidikan ke tempat menarik sekitar kawasan ini seperti Gua Kota Gelanggi, Gua Gunung Senyum, serta ladang getah dan minyak.

Anda juga dapat menyaksikan penuaian kelapa sawit, melihat proses menoreh getah atau memetik daun koko dan kopi.  Masa yang paling sesuai untuk melawat resort ini adalah semasa musim buah dari Julai hingga September.  Ini adalah masa di mana buah-buahan seperti durian dan rambutan akan tumbuh banyak berbuah.

 

6.  Taman Warisan Gua Kota Gelanggi

tempat menarik di jerantut

Imej via [brad.erva-doce]

Satu lagi tempat menarik di Jerantut berkonsepkan alam semulajadi yang saya cadangkan ialah Taman Warisan Gua Kota Gelanggi.  Beberapa buah gua seperti Gua Angin, Gua Batu Sanding, Gua Tongkat, Gua Kelawar, Gua Kota Balai dan Gua Penyu termasuk di dalam kawasan Taman Warisan ini.  Tahukah anda di tempat inilah yang terkenal dengan mitos Sang Kelembai.

Selain berjalan kaki, anda juga boleh memasuki gua-gua ini dengan kereta. Jika anda meneroka gua ini, anda akan bertemu dengan gua yang berbentuk pintu gerbang, di dalamnya terdapat alur air yang mengalir air jernih lagi sejuk. Taman ini mula dibuka pada jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari.  Bayarannya pula seharga RM 5 bagi dewasa dan RM 3 bagi kanak- kanak.

 

7.  Gunung Tahan

tempat menarik di jerantut

Imej via [tamannegaratravel]

Mari kita menakluk puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan dengan ketinggian 2,187 m!  Jika anda cukup berani untuk naik dan turun gunung, menyeberangi sungai, melakukan perjalanan jarak jauh dan berkhemah tempat menarik di Jerantut, Gunung Tahan di Jerantut ini mungkin akan memberi pengalaman terbaik untuk anda lalui.

Di sini, terdapat beberapa laluan yang perlu anda tempuhi.  Pendaki perlu mendaki, berjalan kaki sejauh 65 km dari Kuala Tahan ke puncak Gunung Tahan.  Gunung Tahan yang dikatakan tempat menarik di Jerantut ini terletak kira-kira 53km dari Kampung Kuala Tahan, Jerantut atau 32km dari Kuala Juram, Merapoh.

100% pengunjung yang datang ke sini adalah pengunjung yang akan mendaki gunung ini sebagai pengembaraan baru buat mereka.  Persediaan perubatan dan latihan yang mencukupi sebelum trekking adalah penting untuk mencapai rancangan ekspedisi anda. Bersedia dan berseronoklah dengan pengembaraan anda.

 

8.  Tasik Bera

tempat menarik di jerantut

Imej via [thequantumsingularity]

Tasik Bera adalah sebuah sistem tasik air tawar semula jadi yang terletak di barat daya Pahang, Malaysia. Struktur geografi lokasi tempat menarik di Jerantut ini memanjang dengan jarak 35 km dan lebar 20 km  ke saluran Sungai Pahang.  Tasik yang dinobatkan sebagai tasik terbesar di Malaysia ini merupakan penempatan bagi orang asli.

Kawasan ini kaya dengan hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan, ekosistem yang menyokong kepelbagaian kehidupan haiwan dan tumbuhan.  Sekunjungnya anda ke  tempat menarik di Jerantut ini, anda boleh mengambil foto dan merakam momen-momen indah memandangkan kawasan sekitar tasik ini sangat cantik.

 

9.  Pasar Besar Jerantut

tempat menarik di jerantut

Imej via [Mapio]

Tempat membeli-belah di Jerantut ini dikatakan setanding dengan Pasar Siti Khadijah di Kelantan dan Pasar Payang di Terengganu. Destinasi yang juga merupakan tempat menarik di Jerantut ini pastinya membuatkan anda rambang mata melihat barang-barang yang dijual.

Harganya juga sangat berbaloi dan berpatutan untuk anda dapatkan.  Pelbagai barangan dijual di sini seperti bahan mentah, pakaian, perhiasan, aksesori, makanan dan lain-lain lagi. 

 

10.  Kuala Gandah Pusat Pemuliharaan Gajah

tempat menarik di jerantut

Imej via [pojiegraphy]

Ditubuhkan pada tahun 1989, Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah di Pahang yang terletak di dalam Rizab Hidupan Liar Krau ini juga berada dalam kategori tempat menarik di Jerantut.   Pusat ini bertujuan untuk memelihara habitat gajah daripada diancam kepupusan.

Sepanjang tiga dekad yang lalu, lebih daripada 700 gajah liar telah berjaya dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai seperti Taman Negara.  Di pusat ini, anda akan disajikan dengan aktiviti seperti menonton dokumentari, perbincangan pemuliharaan bagi memperkenalkan latar belakang dan kebolehan gajah dengan latihan dan lain-lain lagi. 

Seterusnya, anda juga dibenarkan melihat dan memberi makan gajah yang dipelihara di pusat pemuliharaan ini. Pusat ini dibuka setiap hari pada pukul 10.30 pagi hingga 4 petang.

 

11.  Gunung Senyum

tempat menarik di jerantut

Imej via [catatanperjalanancikadilla]

Selain Gunung Tahan, Gunung Senyum juga terkenal dalam kalangan pendaki dan pelancong.  Gunung setinggi 486 meter ini diselitkan dengan flora atau tumbuhan herba yang sangat bernilai buat pengubatan sepanjang perjalanan mendaki gunung ini.

Hampir 25 buah gua dengan pelbagai nama yang unik dan klasik juga terdapat di sini. Namanya yang unik ini yakni Gunung Senyum juga sebenarnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

12.  Gua Kota Balai

tempat menarik di jerantut

Imej via [facebook]

Gua Kota Balai adalah sebuah Gua di Jerantut Pahang yang telah dijadikan sebagai salah satu kawasan rekreasi atau peninggalan untuk anda bersiar-siar.  Di samping menimba ilmu pengetahuan tentang sejarah gua ini, anda boleh mendapatkan suasana tenang dan privasi di sini.

Pada tahun 1970-an, aktiviti penggalian dan pengambilan najis kelawar secara besar-besaran telah dijalankan.  Untuk pengetahuan anda, pada masa ini sebuah tangga gua telah dibina olehpengusaha yang mengambil najis kelawar ketika itu.  Justeru, nama Gua Tangga diberi sempena tangga besi yang ada di situ.

 

13.  Lata Berkoh

tempat menarik di jerantut

Imej via [travelblog]

Lata Berkoh adalah kawasan mandi-manda atau air terjun yang terdapat berdekatan dengan Taman Negara Pahang.  Sebagai sebuah tempat menarik di Jerantut, ramai penduduk sering datang bermandi-manda di sini.

Air yang jernih di Lata Berkoh ini membolehkan anda melihat ikan kelah yang makin pupus. Namun, ikan kelah terjaga rapi di Lata ini dan pasti akan berenang bersama-sama anda di dalam air nanti. Anda boleh menaiki bot untuk ke lata yang lebih dalam dan ke pesisiran kawasan air ini.

tempat menarik di jerantut

Imej via [lelong]

Demikianlah 11 tempat menarik di Jerantut boleh anda kunjungi. Jerantut sangat terkenal dengan destinasi pelancongan yang bertemakan alam semulajadi. Moga artikel kali ini bermanfaat dan menjadi panduan buat perjalanan percutian anda. Jemput baca tempat menarik di Yan Kedah dan tempat menarik di Sungai Petani pula.

 

Rujukan

  1.  Wikipedia
  2. Team Travel
  3. Google Top Sights

 

 

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.