Alamak, sekali tengok ingatkan anak dara mana, rupanya pelakon dan juga penyanyi popular, Erra Fazira. Tidak dinafikan kejelitaan Erra masih belum luak walaupun sudah dua kali bergelar janda dan memiliki seorang anak hasil perkongsian hidupnya dengan bekas suami, Engku Emran.

Menerusi laman Instagram miliknya, Erra telah berkongsi gambar selfie yang diambil mungkin dalam bilik tidurnya ketika baru hendak melelapkan mata akibat kepenatan seharian dengan pelbagai program. Ia mungkin salah satu cara bagi Erra untuk mengubat kesunyiannya apatah lagi dia kini solo.

Namun ada sumber gosip menyiarkan kenyataan bahawa Engku Emran dan Erra mungkin bakal kembali bersatu. Ini kerana ada sumber menyatakan Engku Emran mungkin merindui Erra apabila dia sering berkongsi gambar kenangan bersama Erra menerusi laman sosial miliknya. Adakah mungkin?

Apapun, jom kita layan beberapa foto selfie Erra:

gambar selfie erra fazira gambar selfie erra fazira di bilik tidur 1 gambar selfie erra fazira di bilik tidur 5 gambar selfie erra fazira di bilik tidur 2 gambar selfie erra fazira di bilik tidur 3 gambar selfie erra fazira di bilik tidur 4

p/s: Jangan terlebih layan sudah….. huhu


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.