1,407 Telefon Samsung Galaxy Note II Ditemui Semula | Ini pula laporan mengenai kes curi telefon pintar, Samsung Galaxy Note II. Menurut laporan mStar Online hari ini, pihak polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri 1,407 telefon pintar terbaharu jenis Samsung Galaxy Note II bernilai RM3.23 juta setelah tertangkapnya 13 orang, termasuk dalang sindiket itu dalam tempoh sembilan hari.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata kesemua mereka adalah empat wanita dan sembilan lelaki yang berumur antara 22 dan 43 tahun. Beliau berkata daripada 13 ditahan itu, seorang daripada mereka berusia 42 tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang pada Isnin.

“Polis melancarkan operasi pada 23 Okt setelah mendapat maklumat dan mereka ditahan di 11 lokasi di sekitar kawasan MAS Kargo di Sepang, kawasan perumahan di Nilai, Puchong, Sepang dan pasar raya menjual peralatan elektronik di Bukit Bintang,” katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Pada 20 Okt lepas, sekumpulan penjenayah menyamar sebagai wakil syarikat perkhidmatan pengangkutan untuk melarikan telefon pintar itu dari pusat simpanan kargo di Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Syed Ismail berkata hasil daripada tangkapan tersebut, polis menemui 71 buah telefon pintar itu manakala selebihnya masih dikesan.

Beliau berkata dalang sindiket itu adalah petugas sebuah syarikat perkhidmatan pengangkutan yang dipercayai mempunyai maklumat dalaman mengenai telefon pintar itu. Katanya polis turut menemui sebuah lori, yang digunakan untuk melarikan telefon pintar terbabit di Sepang dan lori berkenaan dilaporkan dicuri di Brickfields pada 18 Okt lepas.

Katanya antara mereka yang ditahan itu terdapat seorang wanita yang membeli 80 telefon pintar itu dengan harga RM104,000 dan menjualnya kepada orang ramai dengan harga RM1,850 seunit. Sehubungan itu, polis masih mencari empat lagi suspek kes berkenaan iaitu U.Chalan, 23, beralamat No 17, Jalan Cheko, Jalan Klang Lama, di sini, dan N. Selvakumar, 32, beralamat PT10642, Taman Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan. Dua lagi adalah adik beradik lelaki iaitu J. Aravindan, 29, dan J. Pratib beralamat No 7745, Taman Desa Jasmin 2, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika membeli telefon pintar berkenaan dengan harga murah kerana harga pasaran adalah RM2,299 dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mereka membeli telefon curi.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.