Seramai 15 pelajar lelaki yang sedang mengikuti program perkhemahan di Kem Pengakap Bukit Katil di sini cedera disambar petir ketika berteduh di bawah khemah masing-masing sewaktu hujan lebat semalam. Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, pelajar yang menganggotai Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) dari Sekolah Menengah St. Francis, Bandar Hilir berusia 15 hingga 17 tahun tersebut menerima rawatan di jabatan kecemasan, Hospital Melaka.

Difahamkan, sebelum kejadian, semua pelajar yang berjumlah 584 orang dari sekolah seluruh negeri Melaka sedang menjalani sesi perkhemahan di kawasan terbabit sebelum hujan lebat dan petir berlaku. Seorang mangsa, Mohd. Faisal Othman, 15, berkata, ketika kejadian dia dan rakan yang lain diarah masuk ke dalam khemah yang menempatkan enam pelajar lain kerana hujan lebat.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.