Sungai Petani merupakan salah satu tempat yang boleh dikatakan sering dikunjungi oleh para pelancong dari dalam mahupun luar negara kerana memiliki pelbagai tarikan yang menarik.

tempat makan best di sungai petani

Imej via [says]

Bandar yang terbesar di Kedah ini menyimpan pelbagai tarikan bagi aktiviti perlancongan mahupun tempat makan best untuk anda singgah.  Bercakap mengenai tempat makan di Sungai Petani, jom kita ketahui 15 tempat makan best di Sungai Petani yang sememangnya berbaloi jika anda singgah untuk menjamu selera.

 

1.  Jade Garden Seafood Restaurant

tempat makan best di sungai petani

Imej via [Johor Kaki]

Lokasi tempat makan best di Sungai Petani ini terletak di Lorong Gamelan, Taman Ria Jaya. Ia amat strategik dan sering dikunjungi oleh pelanggan yang tak kira kaum dan agama kerana makanan di sini sememangnya halal. Menunya pula boleh dikatakan sedap-sedap belaka malah terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh anda pilih di sini.

Antara makanan utama yang disajikan di sini bertemakan makanan Asia, Malaysia, masakan cina serta makanan laut yang pasti amat menyelerakan. Menu yang sering menjadi pilihan para pelanggan adalah Lobster, Ketam dan banyak lagi. Kebanyakan pelanggan memberi rating 4 bintang kepada restoran ini kerana servis layanannya amat memuaskan.

Waktu operasi restoran ini adalah dari jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah malam setiap hari.  Jadi, bagi anda yang datang ke Sungai Petani tu, mai la singgah ke Jade Garden Seafood Restaurant ni.

 

2.  Restoran Mae Salong

tempat makan best di sungai petani

Imej via [Crisp of Life]

Restoran Mae Salong yang terletak di Kampung Bata, Sungai Petani ini merupakan salah satu tempat best di Sungai Petani kerana ianya juga mempunyai tarikannya yang tersendiri juga. Restoran yang berasaskan rumah kelong ini mempunyai dekorasi yang cantik serta dihiasi dengan pokok-pokok yang amat menghijau ditambah dengan kolam ikan koi.

Lokasinya yang terletak berhampiran Hotel Park Avenue yang mudah ditemui. Restoran Mae Salong ini menyediakan menu masakan Thai yang pastinya amat menyelerakan.  Cakap sahaja inginkan Tom Yam, Paprik, Som Tum, pasti ada di sini. Harganya pula amat berpatutan.  Restoran ini beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi sehingga jam 11 malam.

 

3.  EUPE Foodcourt

tempat makan best di sungai petani

Imej via [applefish]

Jika anda melalui Jalan Kuda Kepang yang terletak di Sungai Petani ini, pasti anda akan terlihat signboard ‘Pusat Makanan EUPE Foodcourt’ yang terpampang di restoran tersebut.  Ia merupakan salah satu tempat makan best di Sungai Petani wajib ana cuba.

Menu yang terdapat di restoran ini adalah kebanyakannya merupakan masakan Asia, Cina serta Malaysia. Antara menu yang sering menjadi pilihan pengunjung di restoran ini adalah itik panggang, mee kari ikan, mee kari ayam serta banyak lagi.

Rata-rata pengunjung yang hadir memberikan rating yang positif dan harganya pula tidaklah terlalu mahal. Khidmat servis layanan pelanggan pula amat mesra dan boleh dikatakan terbaik di tempat ini. Jika anda melalui kawasan Jalan Kuda Kepang, Sungai Petani ini jangan lupa datang untuk menjamu selera di sini tau.

 

4.  Chennai Curry House

tempat makan best di sungai petani

Imej via [tripadvisor]

Sebut saja Chennai Curry House, pasti penduduk di sekitar Jalan Legenda, Sungai Petani mengenali restoran yang merupakan tempat makan yang best di Sungai Petani ini. Restoran yang diberi nama Chennai Curry House ini menyediakan menu masakan India yang amat lazat. 

Ia bakal membuatkan penggemar masakan ini takkan lepaskan peluang untuk mencubanya. Antara hidangan masakan yang boleh didapati di sini adalah thosai, nan, ayam tandoori, biryani, kambing varuval dan lain-lain lagi.

Pelanggan boleh melihat ruangan dapur restoran ini kerana dinding restoran ini diperbuat daripada kaca. Pelayan pula sememangnya mesra pelanggan walaupun ada di antara mereka tidak fasih bertutur dalam bahasa malaysia dengan baik.  Waktu urus niaga beroperasi adalah dari hari Ahad sehingga hari Jumaat pada jam 7.30 pagi sehingga jam 9.45 malam.

 

5.  Big Mouth Republic Restaurant

tempat makan best di sungai petani

Imej via [lonesome traveler]

Lokasi restoran Big Mouth Republic yang terletak di Taman Sejati Indah, Sungai Petani ini amat strategik dan menarik. Ia merupakan salah satu tempat makan best di Sungai Petani yang menyajikan hidangan western food dan oriental cuisine.  Pastinya ia menambat citarasa penggemar masakan ini.

Untuk pengetahuan anda, satu hidangan memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang untuk menghabiskannya, namun jika anda jenis ‘big mouth’ pasti hidangan ini tidak menjadi masalah buat anda. Pasti anda sudah tahu kenapa restoran ini dinamakan Big Mouth Republic kan? Ia kerana hidangan di sini amat banyak dan harganya pula berpatutan.

Antara menu yang sering menjadi pilihan adalah chicken chop, fish chip, meat ball dan banyak lagi masakan barat yang lain. Boleh dikatakan servis khidmat pelanggan juga sememangnya terbaik. 

 

6.  Pallet Cafe

tempat makan menarik di sungai petani

Imej via [EmoBananaBoy]

Restoran yang dibuka pada tahun 2015 diberi nama Pallet Cafe ini merupakan salah satu tempat makan yang best di Sungai Petani harus anda cuba.  dalam hidangan yang sedap-sedap serta gaya hidangannya yang hipster. Layanan pekerjanya amat memuaskan dan sedia membantu para pelanggan yang hadir disini. Makanan yang ditawarkan adalah masakan barat seperti chicken chop, lamb chop dan sebagainya.

Bagi anda yang bercadang nak membuat majlis reunion dan perjumpaan keluarga, saya cadangkan anda memilih restoran ini. Restoran ini dipenuhi pelanggan pada waktu malam, jadi anda kena pilih masa yang sesuai bagi mengelakkan tidak dapat tempat untuk menjamu selera disini. Waktu beroperasi adalah dari jam 12 tengah hari sehingga jam 11 malam.

 

7.  Yoshiya Japanese Restaurant

tempat makan best di sungai petani

Imej via [iblogmyway]

Yoshiya Japanese Restaurant ataupun Restoran Jepun Yoshiya ini merupakan salah satu tempat makan best di Sungai Petani dalam hidangan masakan Jepun. Restoran yang terletak di Lorong 24, Sungai Petani ini sering menjadi tumpuan para peminat masakan Jepun terutamanya Sushi.

Antara hidangan lain yang terdapat di sini adalah Salmon Teppanyaki, Teriyaki Salmon, Bubur Salmon, Sayur Goreng dan sebagainya.  Harga hidangan di sini amat berpatutan dan hidangannya pula cepat habis.  Anda harus datang awal jika ingin merasai hidangan yang anda gemari di sini. Waktu mereka beroperasi adalah dari jam 11 malam sehingga jam 11 pagi.

 

8.  Nasi Lemak Cinta Sayang

tempat makan best di sungai petani

Imej via [my.openrice]

Tidak banyak yang harus saya perkatakan mengenai salah satu tempat makan best di Sungai Petani ini.  Hidangan Nasi Lemak di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang yang terletak di Lagenda Heights, Sungai Petani ini memang sedap!

Bagi penduduk setempat pula, bila sebut sahaja mengenai Nasi Lemak Cinta Sayang, mereka akan bercakap mengenai kesedapan Nasi Lemaknya yang sungguh menyelerakan. Di sini terdapat pelbagai pilihan lauk seperti ayam goreng, kari daging dan sebagainya.

Terdapat juga hidangan lain buat anda selain dari nasi lemak. Antaranya adalah Bihun Goreng, Mee Goreng dan pelbagai menu lain lagi. Layanan yang diberikan tidak mengecewakan serta kualiti penjagaan kebersihan amat bagus. Jadi, jika anda datang ke Jalan Lagenda, jangan lupa singgah ke Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang ini.

 

9.  Hussain Nasi Kandar

tempat makan best di sungai petani

Imej via [google]

Jika ditanya kepada para penduduk di sini untuk mencari tempat makan yang best di Sungai Petani, pasti rata-rata akan mengesyorkan Nasi Kandar di Restoran Hussein Nasi Kandar.   Restoran ini amat popular bagi penggemar Nasi Kandar di Kedah.

Tempat makan best di Sungai Petani ini sama juga dengan restoran nasi Kandar yang lain kerana ia turut menyediakan pelbagai hidangan yang sedap-sedap.  Antara hidangan yang disediakan adalah pelbagai jenis kari, sambal sotong, sambal telur, nasi biryani, ikan keli, puyuh goreng, daging masak kurma dan sebagainya.

Restoran ini dibuka setiap hari pada jam 6 pagi sehingga jam 11 malam.  Amat sesuai untuk anda bersarapan pagi serta makan malam bersama keluarga tersayang di sini.  Layanan yang diberikan boleh dikatakan bagus dan amat rugi jika anda tidak mencuba nasi kandar mereka jika datang ke Sungai Petani ini.

 

10.  Kedai Makan Pokok Ceri

tempat makan best di sungai petani

Imej via [inazalina]

Jika anda mahukan tempat makan yang best di Sungai Petani yang menyediakan sarapan pagi yang sedap, anda boleh mencuba masakan di Kedai Makan Pokok Ceri yang terletak di Taman Desa Indah, Sungai Petani. Kedai makan ini dikatakan kedai makan Melayu yang terbaik di Sungai Petani.

Antara menu utama di sini ialah Roti Jala, Lempeng, Nasi Lemak, Ikan Keli Goreng dan banyak lagi hidangan lain yang menarik untuk dicuba.

 

11.  Medan Selera Jam Besar

tempat makan best di sungai petani

Imej via [tripadvisor]

Cakap saja tentang medan selera, pasti membuatkan anda terbayangkan pelbagai jenis makanan yang enak-enak kan? Medan Selera Jam Besar di Sungai Petani juga merupakan tempat makan best di Sungai Petani wajib anda cuba.

Terdapat pelbagai jenis masakan panas, masakan cina, masakan arab dan pelbagai lagi jenis hidangan yang boleh didapati di sini. Untuk makan di sini, anda kena datang sedikit awal kerana pengunjung disini begitu ramai setiap hari dan ianya dibuka setiap hari pada jam 6 petang sehingga jam 12 tengah malam.

 

12.  Restoran Le Boss

tempat makan best di sungai petani

Imej via [inazalina]

Restoran Le Boss yang terletak di Jalan Lagenda Height ini juga merupakan salah satu tempat makan best di Sungai Petani bagi mereka yang sukakan makanan yang sedikit mahal dan bergaya. Walaupun mahal tetapi kuantiti hidangannya amat banyak. Jadi, bagi anda yang makan dalam kuantiti yang sedikit, mungkin anda takkan dapat menghabiskannya.

Menu yang disediakan di sini adalah masakan barat dan masakan Malaysia. Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 11 pagi sehingga jam 11 malam. Tetapi pada hari Jumaat, restoran ini dibuka pada jam 3 petang.

 

13.  Naim Gulai Sembilang

tempat makan best di sungai petani

Imej via [menarikdi]

Jika anda seorang yang gemarkan Gulai Ikan Sembilang, apa kata jika anda datang ke Kampung Sungai Pial yang terletak di Sungai Petani ini. Dikatakan tempat makan best di Sungai Petani ini merupakan Gulai Ikan Sembilang yang tersedap di Sungai Petani. Rugi jika anda tidak mencubanya.

Selain itu, terdapat juga masakan tempatan lain di sini. Antaranya ialah ulam-ulaman, udang goreng tepung, sotong goreng tepung dan sebagainya. Jika anda datang hari minggu, terdapat juga dessert tradisional iaitu bubur kacang hijau yang sedap.

 

14.  Nasi Kandar Subaidah

tempat makan best di sungai petani

Imej via [tastyornot]

Jika anda tidak sempat untuk singgah ke restoran Hussain Nasi Kandar, jangan kecewa kerana di Jalan Sejati terdapat satu lagi restoran Nasi Kandar yang boleh dikatakan menarik juga iaitu di restoran Nasi Kandar Subaidah. Ia juga merupakan tempat makan best di Sungai Petani.

Menunya pun sama saja dengan restoran Hussain Nasi Kandar tetapi jumlah pelanggannya tidaklah sehebat di restoran Hussain Nasi Kandar. Servis pelanggan di sini amat mesra dan terbaik.  Amat rugilah jika anda tidak mencubanya.

 

15.  Arnold Cycling Cafe

tempat makan best di sungai petani

Imej via [nazrulakram]

Arnold Cycling Cafe merupakan cafe yang paling best yang terdapat di Sungai Petani. Terletak di Jalan Kampung Baru, Central Square Shopping Center, tempat makan best di Sungai Petani ini menyediakan hidangan yang berasaskan kopi dan teh yang sememangnya sangat sedap.

Suasana cafe ini sememangnya sangat cantik dan terdapat tempat ruangan dimana anda boleh mengadakan meeting bersama kawan-kawan dan kawan sekerja. Jadi, jika anda mempunyai meeting di Central Square, jangan lupa untuk memilih Arnold Cycling Cafe sebagai tempat utama anda. Rating yang diberikan oleh para pengunjung pula adalah 5 bintang.

tempat makan best di sungai petani

Imej via [my.openrice]

Terdapat banyak tempat makan best di Sungai Petani sesuai untuk anda kunjungi bersama seisi keluarga. Jom singgah di tempat makan best di Sungai Petani ini! Jemput baca tempat menarik di Kuantan, tempat menarik di Sibu dan tempat menarik di Hong Kong pula.

 

Rujukan

  1. Trip Advisor
  2. Saji
  3. Inazalina

 

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.