Jom jalan-jalan mencari tempat menarik di Butterworth.

Butterworth merupakan bandar yang terletak di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Bandar ini disambung dengan Jambatan Pulau Pinang dan feri dari atau ke Pulau Pinang.

tempat menarik di butterworth

Imej via [TripAdvisor]

Jika anda mencari destinasi percutian yang mempunyai tempat menarik dan makanan yang sedap, anda tidak akan kecewa memilih Pulau Pinang sebagai destinasi percutian seterusnya. Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang sesuai untuk dilawati dan untuk merasai makanan yang sedap. Kali ini, jom lihat tempat menarik di Butterworth!

1.  Rope Walk Taman Selat

tempat menarik di butterworth

Imej via [Foursquare]

Tempat menarik di Butterworth ini merupakan tempat membeli belah menarik yang serupa dengan Wakaf Che Yah di Kelantan. Banyak barangan yang anda boleh beli dan dapatkan di sini seperti baju juga makanan tradisional menarik. Memang anda boleh ke sini dan lihat apa barangan yang anda boleh beli di sini.

Lokasinya terletak di Taman Selat, Jalan Selat (Jalan Pantai), Butterworth, Pulau Pinang 12000, Malaysia. Rope Walk Taman Selat terletak berhampiran stesen bas, stesen keretapi dan stesen feri Pulau Pinang dan ini memudahkan pelawat menggunakan pengangkutan awam untuk dikunjungi. Rope Walk Taman Selat sama seperti kerja Rope Lorong Kulit.

2.  Rapid Ferry (Feri Pulau Pinang)

tempat menarik di butterworth

Imej via [Wikipedia]

Alang-alang melancong tu, cuba alami kemeriahan suasana laut di Pulau Pinang. Anda boleh naik feri untuk ke Georgetown daripada Butterworth. Walaupun ada jalan lain seperti jalan darat, tetapi menaiki feri dan melihat sendiri pemandangan cantik ketika dalam perjalanan amat memuaskan.

Memang sangat-sangat berbaloi untuk anda cuba sendiri. Selain daripada menaiki jambatan untuk merentas laut untuk ke pulau ini, anda juga boleh menaiki feri. Feri Pulau Pinang ini merupakan perkhidmatan yang paling lama beroperasi di negara kita. Ferry yang mula membawa penumpang pada tahun 1920 ini berkhidmat dari terminal Sultan Abdul Halim di Butterworth ke terminal ferry Raja Tun Uda di George Town Penang.

3.  Penang Bird Park

tempat menarik di butterworth

Imej via [timeout]

Taman burung ini merupakan taman burung pertama dan terbesar di Malaysia. Ia mula dibuka pada tahun 1988 dengan seluas 5 ekar tanah. Lebih daripada 300 spesis burung terdapat di sini dan 150 daripadanya adalah spesis dari negara Malaysia kita.

Dikatakan burung yang paling kecil didunia ialah Bee Hummingbird, dengan saiz hanya 57 mm. berat lebih kurang dalam 1.6 g sahaja. Anda boleh berkunjung ke tempat menarik di Butterworth ini untuk melihat semua jenis burung di sini. 

4.  Butterworth Art Walk

tempat menarik di butterworth

Imej via [travel2penang]

Seperti yang anda boleh bayang kan. Apa yang berlaku di sini, ialah satu lorong yang kiri kanannya dikelilingi oleh lukisan kesenian. Ada yang menunjukkan kebudayaan Malaysia kita, ada juga yang menunjukkan kemodenan dan kemajuan.

Dikatakan, tarikan Butterwoth Art Walk ini masih lagi tidak mendapat sebegitu baik sambutan seperti yang diharapkan. Justeru, kami ingin menjemput anda untuk beri support untuk menjayakan produk ini sebagai salah satu tumpuan orang ramai. Sebenarnya, ia juga adalah tempat menarik di Butterworth best untuk anda kunjungi.

5.  Pantai Bersih

tempat menarik di butterworth

Imej via [penang-traveltips]

Pantai bersih ini terletak di Butterworth, Penang. Selain daripada pemandangan hebat, tempat ini terkenal dengan makanan laut segarnya. Sekiranya anda menuju North Express, beralih ke Jalan Besar dan Pasifik akan berada di sebelah kiri anda. Terus memandu dan anda akhirnya akan melalui tol untuk Butterworth Outer Ring Road (BORR) dengan keluar Prai. Pengumpulan tol adalah RM1.30.

Sebaik sahaja anda berada di Butterworth anda akan terus menggunakan BORR sehingga keluar Bagan Ajam dan anda perlu membayar RM1.20 untuk keluar. Ikuti tanda keluar Pantai Bersih dan anda akan sampai ke beberapa restoran makanan laut.

6.  Pasar Malam Bagan Ajam

tempat menarik di butterworth

Imej via [OnlyPenang]

Rasanya tak cukup, kalau kita datang ke mana-mana tempat tanpa singgah ke pasar malam tempatan kan?  Sudah pasti, di sini kita akan nampak pelbagai makanan tradisi orang tempatan. Ada review mengatakan pasar malam ini mudah untuk dapat parking, bila anda sampai ke sana, mungkin boleh bantu pastikan untuk kami.

Pasar malam ini dibuka setiap malam hari Selasa. Anda boleh menikmati makanan yang pelbagai di sini. Apa kata anda luangkan masa ke tempat menarik di Butterworth ini?

7.  Restaurant Pen Mutiara

tempat menarik di butterworth

Imej via [penmutiara]

Sekiranya anda ingin membawa keluarga ataupun rakan niaga ke restoran yang moden yang menghidangkan masakan Melayu tradisi asli, Restoran Pen Mutiara adalah tempatnya. Restoran yang mewah, bergaya dan kontemporari ini adalah tempat menarik di Butterworth yang boleh anda kunjungi.

Lokasinya cuma 10 minit dari tempat perkilangan Bayan Lepas Free Trade Zone dan 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Di Restoran Pen Mutiara, anda akan menikmati makanan laut yang segar kerana lokasi berdekatan dermaga Batu Maung.

Tangkapan laut segar termasuklah ikan bawal, siakap, senangin, udang, kerang, dan sotong dihantar terus dari dermaga ke dapur Restoran Pen Mutiara setiap hari! 

Jelas inilah tempat kunjungan wajib bagi penggemar makanan laut. Jangan lupa mencuba hidangan istimewa disini iaitu kari kepala ikan segar. Selain pelbagai masakan Melayu yang asli, restoran ini juga dapat menyiapkan kegemaran Thailand seperti kerabu mangga dan sup tomyam.

8.  Temple Of Nine Emperor

tempat menarik di butterworth

Imej via [penang]

Temple of Nine Emperor yang dikatakan sebagai tempat menarik di Butterworth ini adalah salah satu kuil terbesar di Penang. Didedikasikan kepada Sembilan Maharaja Tuhan-tuhan Tao, ia telah melalui beberapa pengubahsuaian selama bertahun-tahun. Ia bermula sebagai tebal kecil di atas tanah yang disewa pada tahun 1971 dan telah siap pada tahun 2000, dengan kos RM7 juta.

Sang Nine Emperor Gods, yang dipercayai tinggal di bintang-bintang adalah anak-anak Bapa Kaisar Zhou Yu Dou Fu Yuan Jun dan Ibu Big Dipper Dou Mu Yuan Jun (Ratu Syurga).  Populariti mereka telah merosot sejak dieksport keluar dari wilayah selatan China tetapi di Pulau Pinang ada satu kumpulan kecil yang masih menghormati dewa-dewa ini.

9.  Air Hitam Dalam Educational Forest

tempat menarik di butterworth

Imej via [Wikimapia]

Air Hitam Dalam Educational Forest yang lebih dikenali sebagai Hutan Lipur Air Hitam Dalam adalah paya air segar dengan saiz kira-kira 11 hektar. Tempat menarik di Butterworth ini terletak di Daerah Seberang Perai Utara Pulau Pinang atau Wilayah Utara Wellesley. 

Mudah sahaja untuk ke sini. Anda boleh meninggalkan Lebuhraya Utara / Selatan di jalan keluar 165 ke Sungai Dua dan mengikuti arah GPS. Terdapat dua laluan akses dimana satu agak membingungkan melalui Kampung (tempat letak kereta lama) dan satu lagi tempat letak kereta atas dari Jalan Kubang Semang (P3) (tempat letak kereta baru). 

10.  Thean Hock Keong Temple

tempat menarik di butterworth

Imej via [pinterest]

Kuil Thean Hock Keong di Bagan Ajam adalah salah satu kuil tertua di Butterworth, Pulau Pinang. Ia diasaskan pada Tahun Anjing, 1888. Yang terkenal Pulau Pinang Khoo Thean Teik adalah seorang penyokong utama yang menyumbang kepada pembinaannya.

Candi Thean Hock Keong kini selesai pada 3 Januari 1997. Bahagian luarnya adalah granit yang diukir secara hiasan. Terdapat dua pavilion di mahkamah depan yang dibangkitkan.

11.  Char Kuey Teow – Telur Ayam Di Basuh

tempat menarik di butterworth

Imej via [OnlyPenang]

Char Kuew Teow Sungai Dua merupakan kedai Char Kuew Teow yang yang famous kat Penang. Char Kue Teow Sungai Dua, Butterworth ini terletak berhampiran Lebuh Raya Utara Selatan yang memudahkan sesiapa saja yang ingin ke sini. Tapi jalan ke kedai ini agak sesak sedikit kerana terlalu banyak kedai makan di kawasan ini.

Dengan tagline “Telur Ayam Di Basuh”, kedai ini sentiasa di penuhi pengunjung dan dibuka pada pukul 5 petang hingga pukul 3 pagi. Terdapat tiga jenis masakan disini iaitu Char Kuew Tiaw Udang; iaitu kecil, besar dan special, Nasi Goreng Udang dan juga Udang Goreng Sepinggan. Harganya memang berpatutan dan ini antara char kue teow yang  tersedap yang pernah aku makan.

12.  Restoran Ida Mee Sungai 2

tempat menarik di butterworth

Imej via [ceriterakami]

Sungai Dua di Penang bukan sahaja terkenal dengan char kuey teow tetapi terkenal juga dengan sebuah restoran yang menghidangkan mee udang. Sekiranya anda bermalam di hotel atau homestay sekitar Butterworth dan inginkan destinasi terdekat untuk mencuba mee udang yang sedap, restoran Ida Mee Udang Sungai Dua adalah yang sangat disyorkan.

Sekiranya anda melalui Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Kedah, destinasi ini sangat mudah untuk diakses dan berdekatan sahaja dengan Sungai Dua Toll plaza. Selain mee udang, tempat menarik di Butterworth ini juga menyediakan menu masakan panas lain yang tidak kurang menariknya seperti mee goreng udang, kuey teow goreng, satay dan sebagainya.

13.  Adam Char Kuey Teow

tempat menarik di butterworth

Imej via [cipol]

Sekiranya anda bermalam di hotel atau homestay sekitar Butterworth dan inginkan destinasi terdekat untuk mencuba char kuey teow, bolehlah datang ke Restoran Adam Char Kuey Teow di kawasan Butterworth ini. 

Tempat menarik di Butterworth ini sesuai juga untuk dijadikan lokasi R&R untuk berehat dan makan sebelum meneruskan perjalanan. Ia juga berdekatan dengan Restoran Ida Mee Sungai Dua.  Anda semua boleh merasai antara dua restoran ini kerana kedua – duanya sedap.

14.  Taman Rimba Bukit Mertajam

tempat menarik di butterworth

Imej via [penang-traveltips]

Tempat menarik di Butterworth ini selalu dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pengunjung luar dari negeri Kedah dan Perak. Ia mempunyai daya tarikan yang tersendiri dengan adanya anak-anak sungai, air terjun, kolam-kolam mandi, kawasan perkelahan, taman permainan kanak-kanak dan pelantar pemandangan.

Keunikan Taman Rimba Bukit Mertajam ini dapat dilihat dengan wujudnya pelbagai jenis flora seperti pokok Meranti Seraya, Meranti Rambai Daun, paku pakis dan pokok bunga-bunga hutan. Manakala fauna terdiri daripada burung-burung, rama- rama dan serangga ‘exotic’.

Pelbagai kemudahan yang disediakan di Taman Rimba seperti kawasan untuk perkelahan, pekhemahan, merentas denai hutan, kolam mandi dan tempat penginapan untuk anda. Bagi yang gemar dengan aktiviti cabaran fizikal,  anda boleh mencuba aktiviti merentas denai hutan.

15.  Masjid Jamek Kubang Buaya

tempat menarik di butterworth

Imej via [penang-traveltips]

Dari Terminal Ferry Butterworth, pergi ke Jalan Bagan Luar yang terus ke Jalan Kampung Gajah. Perhatikan Masjid Jamek Kubang Buaya selepas stesen minyak Shell terletak di sebelah kiri jalan. Masjid ini merupakan masjid tertua di daerah Butterworth. 

Tempat menarik di Butterworth ini terletak di Jalan Kampung Gajah, 12300 Butterworth, Pulau Pinang. Setelah anda sekeluarga melawat tempat-tempat menarik di kawasan berdekatan Butterworth, anda boleh singgah di masjid ini untuk rehat dan solat.

tempat menarik di butterworth

Imej via [Maisinggah]

Kesimpulannya, terdapat banyak tempat menarik di Butterworth untuk anda lawati dan bercuti. Para pencinta alam semulajadi pasti tak sabar untuk menikmati keindahan pemandangan alam semulajadi yang sangat mengagumkan. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk melancong di Butterworth dan rasai sendiri ketenangan laut dan alam semula jadi.

Jom baca juga tempat menarik di Pasir Gudang, tempat menarik di Selangor dan tempat menarik di Bintulu.

Rujukan:

  1.  Teamtravel
  2.  Wikipedia
  3.  Maisinggah

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.