Bercuti di Jepun adalah impian ramai terutamanya anda yang sukakan pelbagai suasana dan aktiviti yang menarik. Tidak dinafikan, anda membuat pilihan yang betul dengan memilih Jepun sebagai destinasi percutian kali ini.  Mungkin anda selalu mendengar nama bandar seperti Tokyo, Hokkaido dan lain-lain lagi, tetapi tidak Okoyama. Sedangkan Okoyama mempunyai tempat menarik khas untuk percutian. Jom kita lihat pula 17 tempat menarik di Okayama.

1.  Saijo Inasari-san Myokyoji Temple 

tempat menarik di okayama

Imej via [japanhoppers]

Dengar kata, Saijo Inasari-san Myokyoji Temple ini adalah kuil yang paling besar di Okayama.  Di sini, anda boleh melawat ke dalam kuil walaupun beragama Islam. Tiada masalah untuk mengambil gambar, membeli barang-barang yang dijual berdekatan kuil ini dan budaya orang yang mengunjungi tempat ini. Sebagai sesi pembelajaran sejarah, tidak mengapa untuk anda ke sini.

2.  Maniwa Aso-Viva School

tempat menarik di okayama

Imej via [gramho]

Tempat menarik di Okayama yang sesuai dilawati oleh anda sekeluarga adalah Maniwa Aso-Viva School. Apa yang akan anda belajar di sini? Tak sangka rupanya anda boleh belajar cara buat aiskrim yang sedap sangat. Terdapat beberapa orang guru akan mengajar cara buat aiskrim dengan betul. Ini betul-betul menarik, macam lawatan sambil belajar pula.

3.  Food Sample Experiences

tempat menarik di okayama

Imej via [abc]

Food Sample Experiences adalah tempat menarik di Okayama boleh anda kunjungi sebagai salah satu destinasi perlancongan. Anda boleh mendapatkan pengalaman menyedia dan mencipta makanan sample seperti sushi, kimchi dan makanan Jepun yang lain.  Makanan sample ini sering digunakan sebagai food tester di kedai makanan yang high class gitu.

Anda boleh cuba buat sendiri food sample ini, pasti amat seronok! Selain tempat ini, anda boleh kunjungi ke La Luce Dolce juga untuk mempelajari cara buat sample makanan daripada guru yang pakar dan berpengalaman.

4.  Kurashiki Bikan Area – Sightseeing spot

tempat menarik di okayama

Imej via [okayama-japan]

Kurashiki Bikan Area adalah kawasan yang boleh anda melihat-lihat dan bergambar. Keunikan dan kecantikan bangunan dan pemandangan di sini amat menakjubkan dan tidak dinafikan.  Bangunan indah umpama zaman British kekal di sini, pokok yang unik serta tasik yang membolehkan anda bergambar atau menaiki sampan juga terdapat di sini.

5.  Mitsui Outlet Kurashiki

tempat menarik di okayama

Imej via [tripadvisor]

Jika anda teringin nak membeli belah, Mitsui Outlet Kurashiki ini adalah destinasi tepat buat anda. Pelbagai barangan yang boleh anda dapatkan di sini seperti barang gadjet, kraftangan, barang elektrik, jam, pakaian dan lain-lain lagi. Dengar kata, harganya juga murah dan berpatutan. Apa kata anda masuk ke sini dan selidik, jika murah terus beli!

6.  Hiruzen

tempat menarik di okayama

Imej via [visitwestjapan]

Hiruzen adalah tempat menarik di Okayama boleh anda lawati untuk pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Hiruzen terkenal dengan sambutan Hiruzen Snow Festival. Lokasinya terletak di utara prefektur Okayama, Maniwa City.  Umumnya, tempat ini dipenuhi dengan bukit-bukau, padang rumput dan rumput hijau yang indah.

Ketika musim salji, sambutan Hiruzen Snow Festival akan diadakan, bermaksud setiap tahun namun mempunyai tarikh-tarikh yang tertentu. Oleh itu, aktiviti di sini juga melibatkan rekreasi luar seperti bermain salji, mencipta rumah igloo, pertunjukan membuat igloo, berlatih dan bermain salji serta banyak lagi.

Sepanjang berada di sini, anda boleh menginap dan bermalam di  Kyukamura Hiruzen Kogen. Baju untuk melakukan aktiviti salji juga disediakan oleh pihak resort.  Aktiviti paling menyeronokkan adalah bermain ski. Peminat sukan musim sejuk pasti akan bermain ski di sini kerana lokasinya juga amat sesuai untuk dijadikan tempat berlatih dan bermain di cerun. Pada musim panas, tempat ini juga boleh dikunjungi untuk mendapatkan haba dan anda boleh menikmati produk tenusu tempatan juga.

7.  Korakuen Okayama

tempat menarik di okayama

Imej via [all-free-photos]

Jika di Malaysia, kita terpegun dengan taman-taman bunga atau taman botaninya, di Okayama pula pasti kita akan terkejut melihat keindahan taman landskap yang dikatakan tercantik di Jepun.  Korakuen Okayama ini terdiri daripada beberapa spot cantik seperti kolam ikan, tea house, shrine, kolam bunga lotus dan lain-lain lagi. Dari taman cantik ini, anda juga boleh melihat Okayama Castle yang indah.
Datanglah pada musim bunga, pasti anda takkan kecewa melihat pemandangannya. Untuk pengetahuan anda, dulunya tempat ini dibina sebagai tempat kunjungan tetamu penting bagi keluarga pemerintah. Setelah itu, ia dimiliki oleh Okayama prefecture dan telah dibuka sepenuhnya untuk orang awam sekaligus ia telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang indah dan menakjubkan.

8.  Okayama Castle

tempat menarik di okayama

Imej via [jcastle]

Okayama Castle adalah tempat menarik di Okayama khas untuk anda yang meminati sejarah dan kebudayaan. Istana yang sama fungsinya seperti muzium ini memaparkan pelbagai barangan sejarah dan kebudayaan Jepun. Anda bukan sahaja boleh bergambar di sini, tetapi juga boleh mencuba pakaian wira mereka serta bermain permainan tradisional Jepun dan lain-lain lagi.

9.  Kurashiki Bengal Cat’s Forest

tempat menarik di okayama

Imej via [brangista]

Peminat kucing pasti takkan lepaskan peluang untuk ke Kurashiki Bengal Cat’s Forest ini. Anda boleh melihat dan bermain dengan kucing bengal di sini. Pelbagai jenis baka kucing yang unik pasti mencuit hati anda. Jangan lupa juga berkunjung ke cafe bengal cat ini untuk berehat dan menikmati hidangan, 16 ekor kucing bengal juga akan turut temani anda.

10.  Kurashiki Bikan Historical Quarter

tempat menarik di okayama

Imej via [japan-guide]

Storehouse atau perkataan ‘kura’ ini telah membentuk satu tempat menarik di Okayama iaitu Kurashiki Bikan Historical Quarter.  Ia merupakan sebuah tempat terkenal untuk para pedagang singgah kerana mereka akan menyimpan hasil pertanian mereka.
Dalam kawasan Kurashiki, terdapat beberapa tempat yang boleh anda singgah seperti kedai-kedai yang menjual cenderamata, kafe, pameran seni dan juga pelbagai jenis muzium. Antara muzium yang boleh anda kunjungi adalah Muzium Ohara, Muzium Permainan dan juga Muzium Folkcraft. Jika ada masa, anda perlu berkunjung ke semua tempat-tempat berdekatan ini.
Jangan lupa bersiar-siar dan duduk di tepi canal di kawasan Kurashiki Bikan Historical Quarter ini.  Pasti tenang menikmati keindahan tempat menarik di Okayama ini. Mungkin anda ingin melihat bot di sepanjang sungai berdekatan storehouse ini, lepak sahaja di Kurashiki Bikan Historical Quarter.

11.  Bandar Yubara

tempat menarik di okayama

Imej via [okayama-japan]

Bandar Yubara terletak di dalam kawasan Okayama, Jepun. Beberapa tempat pelancongan mesra muslim boleh anda kenal pasti dengan menggunakan Yubara Onsen Guided Walk for Foreign Tourists (Muslim).  Antara tempat menarik di Okayama sesuai untuk muslim adalah Pondok onsen (air panas), Sungai Yubara dan juga Yubara Onsen (Kolam air panas Yubara).
Di Pondok Onsen, anda berpeluang untuk merendam kaki dan tangan, pasti lega dan sedap rasanya bersantai dengan cara berendam. Di Sungai Yubara pula terdapat giant salamander. Begitu juga dengan Yubara Onsen yang membolehkan anda berendam di kolam air panas.

12.  Kids Snow Park

tempat menarik di okayama

Imej via [nks.iamdn]

Ramai lagi yang belum sedia tahu dengan tempat menarik di Okayama ini. Selain sesuai untuk anak-anak, anda boleh menghabiskan masa bersama anak tanpa bimbang akan keselamatan mereka. Kids Snow Park sememangnya adalah khas untuk anak-anak bermain salji. Sistem keselamatannya juga terjamin.
Sebagai orang dewasa, tak salah jika anda nak bermain permainan sukan salji di sini. Antaranya adalah seperti membina orang salji, aktiviti gelongsor salji, melempar salji, membina orang-orang dari salji dan lain-lain lagi.

13.  Cha Cha Kimono

tempat menarik di okayama

Imej via [setouchifinder]

Amat menarik sekali untuk anda berkunjung ke sini. Pelancong atau orang luar kebanyakannya akan menghabiskan masa di sini. Apatah lagi jika anda suka bergambar, seorang instafamous dan lain-lain lagi. Ini kerana Cha Cha Kimono menawarkan pengalaman yang sangat berharga dimana anda boleh memakai kimono dan bersiar-siar di sekitar banda Okayama.
Cha cha kimono bukan sahaja menawarkan anda memakai kimono semata-mata, tetapi mereka juga mengajar anda untuk memakai kimono dengan cara yang betul. Sungguh menarik bukan?

14.  Cafe Tenjin

tempat menarik di okayama

Imej via [japantravel]

Cafe Tenjin adalah sebuah kafe makanan yang menawarkan beberapa jenis menu untuk anda cuba. Tetapi, kebanyakan pelancong berkunjung ke sini kerana suka aktiviti yang ditawarkan di sini. Anda boleh mencuba aktiviti seperti membuat key holder sendiri dengan menggunakan produk kulit Tochigi yang dihasilkan di Jepun sendiri.
Siapa yang akan mengajar anda menghasilkan key holder? Sudah pasti seorang guru yang amat berpengalaman. Anda boleh belajar melakukannya minimum seramai 2 orang dan maksimum adalah sebanyak 12 orang. Menariknya! Macam-macam boleh anda pelajari di Okayama ini.

15. Kido Airaku

tempat menarik di okayama

Imej via [heartmybackpack]

Kido Airaku adalah sebuah restoran tetapi terkenal dengan kelas membuat sushi dalam kalangan pelancong luar. Ya, kebanyakan pelancong akan berkunjung ke sini untuk belajar membuat sushi.  Ia adalah salah satu budaya Jepun yang amat terkenal di dunia.

Untuk pengetahuan anda, cikgu berpengalaman akan mengajar anda untuk membuat 7 jenis sushi dengan jumlah 11 sushi.  Bukan sahaja belajar cara dan resepi sushi, tetapi anda juga akan belajar cara membentuk sushi dan makan sushi menggunakan chop stik dengan betul.

Selain mendapat pengalaman yang amat berharga, anda juga pasti pandai makan guna chop stik selepas menghadiri kelas ini. Amat teruja sekali jika dapat menyertainya. Anak-anak pun pasti suka!

16.  Boken No Mori Hiruzen

tempat menarik di okayama

Imej via [malaysiabackpackers]

Tempat menarik di Okayama seterusnya adalah Boken No Mori Hiruzen. Umpama taman negara, hutan ini membolehkan anda melakukan aktiviti lasak dengan pelbagai kemudahan yang telah disediakan di sini.  Terdapat banyak cabaran untuk anda lalui seperti melalui jambatan kecil yang tinggi dan cabaran-cabaran lain lagi.

Anda tak perlu risau jika tidak dapat melaluinya kerana anda akan dibantu oleh pelatih yang berpengalaman dalam mengendalikan aktiviti lasak di sini. Selain itu, anda boleh menikmati udara segar di hutan yang hijau ini. Jom berkunjung ke sini untuk beriadah dan mencuba sesuatu yang mencabar!

17.  Sungai Okayama

tempat menarik di okayama

Imej via [neverendingvoyage]

Sekiranya anda sukakan alam semulajadi, tempat menarik di Okayama ini penuh dengan keindahan flora dan fauna.  Anda boleh melakukan aktiviti rekreasi seperti merentasi sungai atau river tracking, mandi-manda, berkelah dan macam-macam lagi.  Untuk merentasi sungai ini dan memasuki kawasan ini, anda akan menghabiskan masa di sini selama 4 hingga 5 jam.

Anda akan melalui pelbagai check point yang disediakan. Semua kawasan perhentian sepanjang pengembaraan ini amat unik dan menarik. Jangan lupa pakai life jacket dan topi keselamatan yang telah disediakan!

Itulah dia 17 tempat menarik di Okoyama sesuai untuk percutian anda. Bukan sahaja belajar memasak dan bersiar-siar, banyak lagi aktiviti menarik anda boleh lakukan di sini. Jom baca juga tempat menarik di Norway, tempat menarik di Flores dan tempat menarik di Oman.

Rujukan:

  1. kisahemasputih
  2. pojiegraphy
  3. malaysiabackpackers

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.