Sebenarnya banyak tempat menarik di Pulau Redang ni. 

Merata! Anda cuma tinggal cari dan pergi aje. Nak pemandangan cantik, pantai biru yang jelas, makanan sedap? Semua ada, kami dah ‘carigali’ semua.

Jom tengok satu-satu, dekat mana tu ya?

Tempat Istirahat Menarik

Nak ke tempat bercuti mestilah cari tempat yang tenang untuk berehat. Apalah cuti tu kalau penat tapi tak boleh berehat dengan selesa?

  1. Redang Island Resort

Bermalam di sini dengan keluarga anda. Pemandangan hutan dan bukit yang tenang, pantai yang berpasir biru, ada pula swimming pool untuk anda kalau nak berenang di air yang tenang.

Tempat Menarik di Pulau Redang

(Gambar dari Facebook Rasmi)

Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan balkoni sendiri dan banyak lagi kemudahan untuk anda.

Makanan di sini juga sedap malah servis daripada staf yang mesra, siapa je yang taknak ke sini?

Lawat laman web rasmi di sini.

  1. The Taras Beach & Spa Resort

Satu tempat tapi semua ada. Yang nak cari satu tempat rehat yang ada semua kemudahan macam pakej diving, ada spa nak berurut, bilik yang selesa, atau villa untuk keluarga yang besar, boleh ke sini. 

Tempat Menarik di Pulau Redang

(Gambar Dari Facebook Rasmi)

Cas semula diri anda, pulang ke tempat kerja dengan 100% semangat selepas bercuti di sini.

Laman web rasmi di sini.

  1. Sari Pacifica Resort & Spa Redang Island

Nakkan kelainan untuk bermalam? Cuba tengok Seafront Villa Room yang berhadapan dengan pantai dan Lagoon Villa Room di resort ini. 

Tempat Menarik di Pulau Redang

(Gambar Dari Facebook Rasmi)

Teringin snorkeling? Pakej percutian khas memanggil anda dari sini. 

Laman Web Rasmi Di Sini

  1. Laguna Redang Island Resort
Tempat Menarik di Pulau Redang

(Gambar Dari Facebook Rasmi)

Tengok balkoni je mesti anda nak ke sini kan? Matahari terbenam di sini dengan segelas air sejuk, pasti tenang.

Kalau di Pulau Redang ni banyak resort yang menawarkan pusat menyelam, termasuklah di sini. Pantai cantik, mesti ada sahaja yang nak teroka.

Solo atau berkeluarga, singgah sebentar di spa, urutan di spa refleksiologi, facial, satu pakej yang sesuai untuk self-care.

Laman Web Rasmi Di Sini.

  1. Redang Bay Resort
Tempat Menarik di Pulau Redang

(Gambar Dari Facebook Rasmi)

Anda suka bercuti sambil beraktiviti? Siapa sahaja pasti sukakannya. Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang anda di sana.

Anda boleh tour, jungle trekking, snorkeling, hiking, apa sahaja yang boleh membuatkan anda rehat sebentar dari kebingitan kota.

Laman Web Rasmi Di Sini.

Tempat Makan Menarik Di Pulau Redang

Kami dah carikan untuk anda food hunt. Dari Tripadvisor, Facebook dan Google, kami dah kumpulkan tempat yang anda boleh pergi kalau nak rasa makanan dari Pulau Redang.

  1.  Aima Grill Fish Restaurants
Tempat Menarik di Pulau Redang

(Gambar Dari Tripadvisor)

Cuba anda google tempat makan menarik di Pulau Redang, restoran ini akan berada di atas sekali. Cadangan dari Tripadvisor juga rata-rata suka dengan masakan laut di sini. Sedap dan fresh!

  1. Hazeme Seafood Restaurant

(Gambar Dari Tripadvisor)

Kalau setakat pergi tempat menarik di Pulau Redang tak makan makanan dekat sini memang rugi.

Ikan besar-besar ada fresh untuk anda. Tak nak cuba ke?

  1. Medan Selera Laguna Redang 
Tempat Menarik di Pulau Redang

(Gambar Dari Facebook)

Medan Selera di sini ada pelbagai pilihan untuk anda pergi dan makan. Bufet yang menyediakan pelbagai jenis makanan dari tempatan ke antarabangsa, makan malam BBQ yang dihidangkan panas-panas.

Tempat Beraktiviti Menarik Di Pulau Redang

Pulau Redang, dikelilingi pasir putih dan pantai biru yang penuh dengan khazanah alam. Flora Fauna dia dalam laut atau di hutan bukit, pasti anda tak mahu melepaskan peluang untuk berada di sini.

  1. Tanjung Lang

Tanjung ni bukan tanjung biasa, tanjung ini berpenyu terumbu. Pasti anda nak tengok terumbu karang di sini, cantik berwarna merah, biru nampak jelas walaupun hanya snorkeling. 

  1. Tanjung Tokong

Di sini anda boleh terserempak dengan ikan bara kuda, ikan yang nampak lutsinar di bawah air, dengan sedalam sebanyak 38 meter, terumbu karang yang lembut dan keras. 

  1. Aquarius Redang Dive Centre
Tempat Menarik di Pulau Redang

(Sumber Gambar)

Menyelam sendirian atau dengan beberapa rakan, Aquarius Redang Dive Centre memberikan anda pakej persendirian yang lebih privasi.

  1. Taman Marin Pulau Redang
Tempat Menarik di Pulau Redang

(Sumber Gambar)

Apa yang anda boleh buat di sini selain snorkeling? Ada muzium kecil untuk anda pergi dan juga pelajari proses pulihara dan pelindungan untuk hidupan marin akuatik.

  1. Stesen Penyelidikan Penyu Chagar Hutang

(Sumber Gambar)

Kalau sebelum ini anda hanya melihat penyu di National Geographic, anda kini boleh sertai misi menyelamatkan penyu di sini.

  1. Sungei Redang

(Sumber Gambar)

Sungai ini diapit dengan dua buah bukit yang hijau. Pokok Periuk kera, hutan yang tebal dengan pokok bakau, Pulau Redang bukan hanya sekadar pantai yang biru.

Kedai Cenderamata? Ada di sini

Jangan balik dulu! Kongsi kenangan anda di sini dengan barang ole-ole dari Terengganu. Nak berikan key chain penyu pada kawan officemate? Cuba cari di sini.

  1. Pasar Payang
Tempat Menarik di Pulau Redang

(Sumber Gambar)

Pasar pilihan untuk anda membeli ole-ole dari Ganu. Kepok lekor, kain batik, kain sarung, key-chain yang anda nak berikan dekat saudara dan jiran pun ada. 

  1. More More Tea In

(Sumber Gambar)

Kedai warna jambu berbingkai biru satu spot menarik untuk anda ber-OOTD. 

  1. Redang Island Sun Batik Gallery
Tempat Menarik di Pulau Redang

(Gambar Dari Facebook)

Pergi ke Terengganu tak sah kalau tak cuba canting batik dahulu sebelum balik. Di sini, anda boleh mencanting sendiri batik yang anda inginkan di atas kain ataupun t-shirt yang anda sendiri boleh beli.

Nah, dah puas tengok semua tempat menarik ni? Mesti dah ready nak siapkan barang dan pergi terus kan? Kami dah kumpulkan tempat menarik ni, anda apa lagi, pergilah ke sana bersama keluarga atau solo trip sahaja!

Nota Ammboi: Nak tak saya kongsikan kisah saya bermalam di bilik hotel ini pada harga RM2 untuk 2 hari?

Penulis: bomstart

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.