Ada antara korang yang plan nak travel bawa baby? Atau pun nak travel dengan orang yang tengah mengandung? Tuan Mohd Amir Izzat ada sharekan sedikit tips berdasarkan pengalaman dia.

Tips travel ke Seoul,Korea bersama Bayi dan Preggy Lady 32 week ( 7 bulan ) secara backpackers.

Alhamdulillah , kami baru sahaja pulang dari Bumi Korea tempoh hari, kami disana selama 5 hari 4 malam. Saya bersama isteri dan anak yang masih berusia 5 bulan manakala member saya Nurhasbullah membawa isterinya yang sarat mengandung usia kandungan 32 week yakni 7 bulan serta anak mereka yang masih berusia 1 tahun 3 bulan.

Pada mulanya kami book tiket flight ke korea dari tahun lepas lagi, ketika itu isteri member aku ni belum pregnant lagi, tup tup, awal tahun ini aku dapat tahu isteri dia pregnant, aku pun mula rasa cuak sebab boleh ke isteri dia survive di Korea nanti. Macam – macam hal aku berfikir ketika itu.

Aku slow talk dengan member aku ini cakap tak payah bawa isteri dia, nanti jadi apa-apa susah. Tapi isteri dia cakap siapa yang mengandung sekarang ini, dia sanggup ambil risiko walau apa pun yang terjadi. Haha. Dia cakap dia nak pergi juga, so nak tak nak, member aku kena bawa jugalah isteri dia. Andai itu dapat menggembirakan hatinya, so aku mula mengalah dan terima seadanya. Haha.

Tapi Alhamdulillah, sepanjang di Korea, isteri dia memang cukup kuat even banyak berjalan ke sana ke mari naik turun tangga dan sebagainya. Berbakul-bakul aku puji bini member aku ini.

Oleh itu, aku tertarik untuk bertanya apa persediaan dia dan petua dia, maka inilah hasilnya yang aku dapat kongsikan.

Ini hanyalah tips, bukan bermakna aku sarankan perempuan mengandung untuk travel, kalau boleh kita elakkan sebab kalau jadi apa-apa di luar negara, insurance tak cover untuk kos bersalin. Ingat itu.

Jadi, andai kata korang nak pergi travel tapi isteri tengah pregnant dan dia nak ikut juga, inilah tips-tips yang korang perlu ambil tahu dan juga aku sertakan tips-tips travel bersama baby.

Wanita mengandung

Perkara wajib yang anda perlu prepare ?

1-Surat dari Doktor

-Pregnant from 1 week – 27 week tak perlu surat dari doktor, just perlu inform kepada staff airlines sahaja, nanti staff akan minta anda isi R&I Form.

-Pregnant 28 week – 35 week wajib ada surat dari doktor dan R&I Form.
**Kalau anak kembar dibenarkan up to 32 week sahaja.

-Minta surat daripada doktor sebulan sebelum travel, tak boleh minta awal sangat sebab doktor nak memastikan kesihatan ibu dan kandungan itu sama ada benar-benar sihat atau tidak.

-Surat doktor ini hanya valid untuk travel selama 1 week sahaja. Kalau travel melebihi 1 week sila minta another letter dari doktor.

-Jika pregnant melebihi 35 week, anda tidak dibenarkan untuk fly.

2-Bawa minyak urut dan ubat secukupnya

-Biasalah perempuan mengandung jika ada merasa tak sedap badan, kaki lenguh, sakit belakang, pening kepala dan sebagainya. Oleh itu, bawalah minyak urut, minyak cap kapak, koyok, bag plastik jika terasa nak termuntah.

3-Bawa instant food dan bekalan air minuman secukupnya

-Apabila travel memang ibu preggy ini akan cepat berasa lapar dan dahaga. Jangan biarkan perut mereka kosong. Kesian anak dalam kandungan tersebut.

4-Insurance Travel

-Even insurance tak cover kos pregnant , sekurang-kurangnya ia boleh cover perkara lain.

5-Angkat punggung ketika flight nak mendarat

-Ini petua dari doktor juga sebenarnya, sewaktu kapal terbang nak mendarat mesti akan ada sedikit gegaran, sebab itulah ibu preggy kena angkat sedikit punggung itu supaya kandungan tidak terjejas dek gegaran itu ya. Suami kena ambil peranan saat ini untuk backup isteri.

6-Berjalan mundar-mandir dalam flight

-Jika penerbangan melebihi 4 jam ke atas, jangan duduk sahaja sampai mendarat, perlulah bangun dan jalan-jalan makan angin dalam kapal terbang. Duduk lama-lama pun tak elok sebenarnya bagi kandungan itu.

7- Niat kita bermusafir untuk menikmati ciptaanNya dan baca Al-Quran

-Hanya Allah yang menentukan segala hal, kita sebagai hambaNya kena sentiasa memohon dan memberikan kita kesihatan yang baik, mintalah kita dijauhkan dari perkara yang tak diingini , hanya padaNya kita berserah. Masa terluang bukalah apps Al-Quran dalam phone kita itu. Tak susah kan?

Bayi berusia 2 tahun ke bawah

Perkara wajib yang korang perlu prepare?

1-Pampers dan Baby Wipes ( wet tissue )

-Ini saya akui. Pakaian baby adalah paling banyak yang kita perlu bawa dari pakaian kita, jadi pandai-pandailah korang bajet untuk pakaian korang kalau tak nak bawa beg banyak-banyak.

-Perjalanan harian ketika travel, bawalah satu bag kecil khas untuk kelengkapan bayi. Dalam beg itu letak pampers dalam 3-5 keping, tak perlu pun letak banyak-banyak sebab kita travel sehari pun paling lama 12 jam. Satu pampers boleh tahan 4-6 jam.

2-Minyak Telon , pelembap bibir vaseline dan ubat secukupnya

-Minyak telon juga sangat penting untuk keselesaan bayi, sebelum keluar dari hotel itu, sapulah minyak telon itu di kaki, perut, belakang badan bab. Setiap kali nak tukar pampers, letaklah minyak telon itu ya. Supaya bayi selesa dan tak meragam kesejukan tambah-tambah di Korea waktu musim sejuk macam saya pergi ini. Cuaca hampir 16-10 degree celcius pada waktu siang manakala malam pula bawah 10 degree.

-Sediakan payung sebelum hujan, ubat seperti ubat batuk, selsema, cool fever dan sebagainya perlulah ada takut kemungkinan anak kita dijangkiti demam atau batuk selsema. Lagipun nak beli ubat di sana memang mahal.

-Pelembap bibir wajib bawa ya, suhu di Korea waktu ini memang sejuk. Kalau tak pakai boleh jadi pecah atau kering bibir itu. Mak ayah pun kena pakai juga.

3-Baju dan seluar dan bag plastik

-Sebab itu saya katakan tadi baju seluar baby memang perlu bawak lebih, dengan cuaca sejuk di Korea kita kenalah pakaikan baby kita baju dua hingga tiga lapis, kesianlah anak kita nanti kalau mengigil kesejukan. Keluar hotel pergi jalan-jalan seharian itu jangan lupa bawa baju dan seluar bayi lebih 3 helai ye letak dalam bag khas, manalah tahu bayi kita berak tembus habis terkena seluar dan baju baby. So kita boleh tukar baju yang baru, baju yang terkena najis tu kita cuci kasi hilang bau dan letak dalam bag plastik dan ikat. Balik rumah nanti cucilah.

4-Jaket dan snow cap

-Ini pun wajib pakai untuk baby, ingat pakai 3 lapis baju baby dah ckup selesa panas? Still sejuk tau! Tambah-tambah kalau angin menyapa kuat, ibu abah dia pun terketar-ketar apatah lagi baby sekecil ni. so pakai saja jaket untuk baby untuk menambah kehangatannya. Manakala snow cap pula, pilihlah yang jenis boleh tutup sampai ke telinga tu, dengan cuaca sejuk macam tu kalau telinga baby tak tutup memang boleh jadi pedih tau, kesian baby. Telinga mereka nipis lagi bukan telinga tebal macam kita ini.

5-Botol susu dan Pek susu

-Bagi baby yang bukan full breastfeeding pastikan bawa kelengkapan susu ni ye, air panas korang boleh dapatkan di Nursery room, restaurant, dan lain-lain.

6-Cover kain breastfeeding

-Bagi baby yang full breastfeeding macam anak aku ni yang masih berusia 5 bulan, kain cover ini memang wajib bawa, sebab setiap 2 jam memang dia akan merengek nak susu, dah kalau korang waktu itu dalam subway train takkan nak selak depan orang ramai, mahu terbeliak mata orang Korea even tak nampak sangat terbeliak tu. Haha. Jadi kain cover tu la penyelamat maruah bini hangpa. Sebenarnya di dalam subway station ni memang disediakan nursery room, so jangan risaulah.

7-Baby stroller

-Di korea ni kalau korang jenis travel berjimat sememangnya Subway Train pilihan paling tepat sebab ianya sangat murah. Tapi yang lecehnya ianya sedikit jauh untuk transfer line train tu. Tambah-tambah kena hadap tangga. Dah la bawak stroller lagilah leceh nak angkat bagai.

-Jangan risau jangan gusar, setiap subway station ada lift khas untuk warga emas, OKU, ibu mengandung, baby stroller. So, hangpa naik turun je lift yang disediakan tu, kalau rasa lambat atau terlalu ramai orang beratur dalam lift tu boleh la gunakan escalator, tapi yang ni saya tak galakkan la sebab ikutkan rule memang tak boleh dan boleh jadi risiko lain. So terpulang pada hangpa la, saya sarankan guna je lift tu. Biar lambat asal selamat.

8-Bawa mainan atau patung teddy bear

-Yang ini memang kena ada, sebab kalau dia duduk dalam stroller tanpa mainan dia memang dia cepat bosan, so bagi je toy untuk dia melepaskan geram dan bermain dengan toy itu. Kalau baby bosan tentu akan merengek, bila merengek faham-faham lah, kita yang susah.

9-Baby Carrier

-Jujur cakap, aku tak pakai pun baby carrier tu sepanjang perjalanan di Korea ni, kalau dia merengek tak nak duduk dalam stroller, dukung la dia kejap, bukan berat sangat pun, lagipun agak leceh nak pakai dan nak buang baby carrier tu. Tapi kalau korang nk pakai juga okay je, terpulang pada keselesaan korang la.

10-Pilih Flight waktu malam

-Mostly aku bawak anak aku ni naik flight waktu malam, sebab masuk ja dalam kapal dia terus tidur. Memang senang nak handle la, kita pun boleh tidur dengan aman. Tapi kalau pilih flight petang atau pagi, hadaplah sendiri memang waktu dia berjaga dan aktif, kenalah melayan dia nanti tak layan dia merengek pula, kesian penumpang-penumpang yang lain.

11-Tekanan Udara dalam flight

-Semasa kapal nak terbang tu pasti akan terasa sedikit dengung di telinga kan, anak kita pun tak terkecuali tau, saat itu sila bagi anak kita minum susu atau tutup telinganya.

12-Sabar dan berdoa

-Karenah baby ni kadang-kadang boleh kita jadi bebal, jadi kalau kita tak sabar, jenis cepat serabut, harap sangat-sangat supaya mengawal emosi korang tu, bersabarlah melayani karenah anak kita ye, sabar itu indah dan Allah bersama dengan orang yang bersabar.

Setakat ini sahaja tips yang aku dapat kongsikan semoga ianya bermanfaat dan menjadi rujukan pada traveller di luar sana.







Rujukan:

Kaki Travel

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.