Nampaknya kes culik dan rogol semakin menjadi-jadi. Biasa kalau kita dengar, kanak-kanak bawah umur diculik, dirogol, dibunuh dan sebagainya. Namun menurut laporan berita terbaru, seorang gadis berusia 21 tahun dibawa lari dan dirogol oleh dua lelaki dalam pacuan empat roda.

Memetik sumber berita Harian Metro, seorang gadis yang bakal mendirikan rumah tangga menempuh detik cemas apabila dilarikan dua lelaki berkopiah sebelum dipercayai dirogol di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda, di Jaya Gading, Kuantan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa dibawa lari dua lelaki tidak dikenali terbabit ketika sedang berbual dengan tunangnya di taman permainan di Sungai Isap Jaya, di sini, dengan menaiki kenderaan berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian seorang daripada suspek keluar dari kenderaan dinaiki mereka lalu memegang tangan dan memaksa gadis itu masuk ke dalam kenderaan menyebabkan mangsa menjerit meminta bantuan.

Pada masa sama, tunang mangsa berusia lingkungan 20 tahun cuba menghalang namun gagal apabila suspek bertindak agresif dengan menolak lelaki itu sebelum suspek membawa lari mangsa dengan menaiki kenderaan berkenaan.

Difahamkan, kali terakhir mangsa menghubungi ahli keluarganya menggunakan telefon bimbit ketika menghala ke Jaya Gading, di sini, sebelum suspek merampas telefon miliknya dan memutuskan talian.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian mangsa dibawa lari dua lelaki menaiki sebuah pacuan empat roda berwarna putih.

bakal pengantin diperkosa jaya gading

Menurutnya, mangsa ditemui orang awam dalam keadaan menangis serta tidak terurus di Jaya Gading sebelum dibawa ke Balai Polis Jaya Gading untuk siasatan lanjut berhubung kejadian itu, awal pagi semalam, kira-kira tujuh jam selepas kejadian. Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menemui kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki suspek milik seorang kontraktor dilaporkan hilang pada bulan lalu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.