Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Anda sedang mencari tempat untuk berbulan madu? Mari kami kongsikan beberapa tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon. Tidak kiralah pengantin baru ke lama, apa salahnya untuk berbulan madu.

 

tempat honeymoon menarik di malaysia

Imej via [lushome]

1.  Pulau Langkawi, Kedah

tempat honeymoon di malaysia

Imej via [pentasalam]

Jika inginkan detik-detik romantis dan istimewa bersama yang tercinta, anda boleh menaiki Stardust Cruise yang menjanjikan pengalaman yang unik dilengkapi beberapa pakej menarik seperti makan malam romantik di atas kapal layar sambil menerokai panorama keindahan tropikal Pulau Langkawi dan pemandangan indah sewaktu matahari tenggelam.

Tempat honeymoon di Malaysia ini pasti cantik dan mempunyai memori yang boleh anda pahatkan bersama yang tersayang. Jika anda dan pasangan bertuah, anda mungkin juga boleh menyaksikan ikan lumba-lumba. Terdapat resort yang romantik seperti The Andaman Resort yang boleh anda pilih sebagai penginapan bulan madu.

Keindahan pantainya yang jernih dan pasir seputih mutiara menjadikan ia salah satu resort tumpuan ramai. Di sini, anda juga dapat memanjakan diri dengan spa yang tersedia, urutan badan dan mandian bunga.

 

2.  Pulau Pangkor, Perak

tempat honeymoon di malaysia

Imej via [blog.tourism]

Tersenarai antara Pulau tercantik di Malaysia, Pulau Pangkor merupakan destinasi percutian yang sangat sesuai untuk berbulan madu. Apa yang membuat pulau ini unik adalah kerana kecantikan batu karangnya dan ikan-ikan yang berwarna-warni.

Kepada pasangan dua sejoli yang dua-dua gemarkan sukan air, terdapat pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan bersama seperti menaiki banana boat, jetski, parasailing dan banyak lagi.

Anda juga berpeluang untuk memberi makan kepada burung hornbill di sekitar pulau dan untuk lebih romantik boleh juga bersia-siar sekitar pulau bersama pasangan dengan menaiki motosikal di tempat honeymoon di Malaysia ini.

 

3.  Cameron Highlands, Pahang

tempat honeymoon di malaysia

Imej via [japantimeline]

Cuaca yang sejuk dengan ekosistem yang menghijau di Cameron Highlands membuatkan ia menjadi salah satu tempat sempurna untuk berbulan madu. Tempat ini pasti membuatkan buah-buah cinta anda makin segar sesegarnya buah strawberi yang tumbuh ranum di sini.

Anda dan pasangan boleh melawat ladang teh dan merasai sendiri pengalaman memetik buah strawberi di samping berfoto mesra sebagai kenangan yang boleh dipahatkan bersama pasangan.

 

4.  Pulau Mabul, Sabah

tempat honeymoon di malaysia

Imej via [cari destinasi]

Pulau ini diiktiraf sebagai salah satu destinasi terbaik untuk menyelam di dunia dek kerana kejernihan airnya. Pulau Mabul ini sangat sesuai dijadikan destinasi bulan madu buat pasangan yang menggemari aktiviti snorkelling dan menyelam.

Terdapat resort yang dinamakan Mabul Water Bungalows yang terapung di atas air sebagai daya tarikan pelancongan di sini untuk dijadikan tempat penginapan. Selain ia unik sebagai tempat honeymoon di Malaysia, anda jua boleh melihat panorama ketika matahari terbenam selain turut menyediakan rawatan spa untuk merehatkan diri anda.

                     

5.  Kinabatangan, Sabah

tempat honeymoon di malaysia

Imej via [bikeandtours]

Untuk menikmati keindahan alam yang sedikit berbeza bersama pasangan, anda mungkin boleh melawat ke River Safari di Kinabatangan yang merupakan tempat honeymoon di Malaysia yang menarik. Bagi pencinta alam, aktiviti ini sangat sesuai dilakukan bersama.

Menyusuri tasik Kinabatangan ini dengan menaiki bot pasti memberikan satu pengalaman yang menakjubkan kerana anda dapat melihat hidupan liar dengan lebih dekat.

Haiwan unik yang boleh dijumpai di sepanjang sungai ini termasuklah Orang Utan, Red Leaf Monkey dan Badak Sumbu Sumatra.

 

6.  Casabrina Vacation Villas, Raub, Pahang

tempat honeymoon di malaysia

Imej via [tripadvisor]

Jika anda tercari-cari tempat yang suasananya agak mewah tetapi mempunyai keindahan alam semulajadi, Casabrina Vacation Villas adalah tempat honeymoon di Malaysia yang tepat.  Lokasinya kira-kira sejam dari kesibukan kota, anda akan dapat menemukan sebuah resort yang tersergam indah dan mewah di tengah-tengah kehijauan hutan Pahang yang indah. Resort ini sangat sesuai untuk pasangan yang inginkan lebih privasi sambil menikmati percutian bulan madu.

 

7.  Bandar Melaka

tempat honeymoon di malaysia

Imej via [cybevasion]

Bandar yang kaya dengan sejarah ini sangat sesuai sebagai destinasi bulan madu buat pasangan yang gemar mendalami budaya dan tradisi masyarakat tempatan. Tarikan utama di sini adalah anda boleh bersiar-siar di sekitar Bandar dengan menaiki beca yang berwarna-warni dan dihias cantik. Banyak hasil kraftangan penduduk tempatan yang anda boleh bawa pulang sebagai cenderamata atau kenangan.

8.  Kundasang, Sabah

tempat honeymoon di malaysia

Imej via [woodethic]

Pengantin baru yang berasal dari Semenanjung harus datang bercuti ke sini. Pelbagai tempat menarik yang wajib dilawati di Kundasang ini. Tempat pertama yang harus dilawati apabila ke Kundasang ini adalah Desa Cattle Dairy Farm yang juga terkenal dengan nama “Little New Zealand”.

Ia sesuai untuk bergambar dengan pasangan tercinta seakan-akan anda berada di New Zealand.  Selepas mini New Zealand ini, anda juga mungkin boleh melawat Kinabalu Park kerana ianya Tapak Warisan Dunia Pertama di Malaysia.

Tempat menarik lain di Kundasang adalah seperti Kundasang War Memorial, Mini Strawberry Farm, Vegetable Market Farm, Poring Hotspring, Taman Arnab dan banyak lagi. Suasana di sini juga agak sejuk!

 

9.  Frasers Hill, Pahang

tempat honeymoon di malaysia

Imej via [pahang.attractionsin]

Bukit Fraser ini adalah tempat yang sangat menarik untuk dilawati terutamanya untuk pengantin baru. Ia dikategorikan sebagai tempat honeymoon di Malaysia juga. Suhunya yang sejuk sekitar 17-24°C menjadikan ia menarik sebagai salah satu tempat percutian yang romantis.

Banyak aktiviti menarik di sini yang boleh anda lakukan berdua seperti bersampan sambil bagi makan ikan di Allen’s Water dan bird watching. Aktiviti lain pula seperti pergi ke The Paddock untuk menunggang kuda dan memanah.

10.  Genting Highlands, Pahang

tempat honeymoon di malaysia

Imej via [cepamagz]

Tahukah anda, Genting Highlands ini juga dikenali sebagai kota keriangan kerana selain daripada memiliki cuaca yang sejuk dan berkabus, ianya dilengkapi dengan taman tema indoor dan outdoor. 

Tarikan lain di sini adalah Genting Premium Outlet iaitu syurga membeli-belah. Pengantin perempuan pasti tersenyum bahagia jika dapat ke sini kerana pelbagai jenama terkenal seperti Butik Coach, Michael Korrs, Louis Vuitton, dan Victoria Secret boleh dijumpai di sini.

11.  Pulau Perhentian, Terengganu

tempat honeymoon di malaysia

Imej via [dxcoffee]

Pulau di tempat honeymoon di Malaysia ini terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Besar.  Jika anda menyukai night life dan tempat yang sedikit happening, Pulau Perhentian Kecil adalah jawapannya.

Tetapi jika anda lebih memilih ketenangan dan mahu snorkelling sepanjang hari maka sebaiknya memilih Pulau Perhentian Besar.

Terdapat juga aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini seperti scuba diving, melawat Kincir Angin D’Lagoon dan melihat habitat penyu.

 

12.  Pulau Redang, Terengganu

tempat honeymoon di malaysia

Imej via [adventoro]

Seperti pulau-pulau yang lain, Pulau Redang juga menyajikan aktiviti air seperti snorkeling dan scuba diving. Bezanya di Pulau Redang ini mempunyai lebih banyak pantai yang indah yang boleh dilawati dan diterokai seperti Pantai Pasir Panjang, Pantai Telok Kalong, Pantai Teluk Dalam, Pantai Pasir Mak Simpan dan Pantai Pasir Mak Kepit.

 

13.  Pulau Lang Tengah, Kuala Terengganu

tempat honeymoon di malaysia

Imej via [kokitabtravel]

Pulau ini kurang popular berbanding pulau-pulau yang lain namun pulau ini sebenarnya adalah pulau yang tercantik di Malaysia. Air lautnya jernih bak Kristal, pantainya putih bersih bak mutiara dan hutan tropika yang menghijau indah yang tidak diterokai.

Disebabkan pulau ini tidak begitu terkenal maka tidak ramai yang berkunjung ke sini maka jika saya adalah pengantin baru, saya akan memilih tempat ini sebagai destinasi bulan madu kerana bukan sahaja kurang orang malah lebih privasi dan suasananya lebih tenang kerana tidak sesak.

Jika sukakan ketenangan dan dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi maka anda wajib honeymoon di sini.

 

14.  Pulau Sibu, Johor

tempat honeymoon di malaysia

Imej via [chrisogrady]

Nama sahaja Sibu tetapi ianya terletak di Johor. Pulaunya kecil sahaja iaitu kira-kira 6km panjang. Pulau Sibu ini sarat dengan hutan hujan yang subur menghijau berserta rentangan pantai berpasir yang keputihan dan kebiruan air Laut China Selatan yang sangat jernih dan menawan.

Tahukah anda bahawa terumbu karang yang terdapat di Pulau Sibu ini merupakan antara yang tercantik di Malaysia jadi jangan lepaskan peluang untuk snorkeling dan scuba diving di sini sempena percutian bulan madu anda.

 

15.  Pulau Pinang

tempat honeymoon di malaysia

Imej via [rileku]

Pulau Pinang merupakan sebuah negeri di Malaysia. Ia adalah salah satu destinasi berbulan madu dan tempat honeymoon di Malaysia yang cukup popular. Destinasi wajib yang perlu anda lawati ketika ke Pulau Pinang sudah tentu Bukit Bendera diikuti pula dengan tempat menarik yang lain seperti Upside Down Muzuim, Ghost Muzuim, Fort Cornwallis dan Pantai Baru Feringgi.

Jika makanan pula, tidak lengkap rasanya jika ke Pulau Pinang tetapi tidak pekena Nasi Kandar kerana ia adalah signature makanan orang Penang.

 

16.  Kuching, Sarawak

Imej via [molon]

Berbulan madu di Kuching pasti memberikan pengalaman baru buat pengantin baru terutamanya yang berasal dari Semenanjung. Pasti anda akan teruja melihat tempat honeymoon di Malaysia yang cantik dan indah ini.

Tempat wajib yang harus anda kunjungi ialah Kampung Budaya Sarawak, Kuching Waterfront, Jambatan Darul Hana, Taman Negara Bako, Fort Margherita dan Muzium Kucing. Terdapat banyak juga pilihan makanan yang unik yang sangat sukar didapati di Semenanjung seperti mee kolok dan laksa Sarawak.

 

17.  Colmar Tropical, Berjaya Hills, Pahang

tempat honeymoon di malaysia

Imej via [trekearth]

Sesuai dengan namanya yang indah, Colmar Tropical merupakan antara tempat honeymoon di Malaysia yang wajib anda pilih. Panaroma dan suasananya akan buat anda terasa seolah-olah berada di Jepun. Di sini ada perkhidmatan sewa kimono maka ada bolehlah bergambar puas-puas dan terasa seperti berada di Jepun. Sushi dan gaya urut jepun iaitu di Tatami Spa juga boleh didapati di sini.

       

18.  Masbro Village, Paya Rumput, Melaka

tempat honeymoon di malaysia

Imej via [masbrovillage]

Reka bentuk homestay tempat honeymoon di Malaysia yang berwarna-warni dan unik ini akan membuatkan anda terasa seperti di Australia. Masbro Paya Rumput ini boleh muat sehingga 6 orang tetapi untuk anda yang datang untuk berbulan madu pasti ianya terasa lebih luas apabila hanya perlu berkongsi berdua sahaja.

Homestay ini dibina dalam kawasan berpagar dilengkapi microwave, aircond dan peti sejuk. Jika nak mandi pun ada swimming pool tidak jauh dari homestay anda.

19.  Japamala Resort, Pulau Tioman, Pahang

Imej via [Booking]

Ramai isteri yang teringin ke Maldives namun belum tentu si suami mampu membawa mereka ke Maldives. Jangan risau kerana di Malaysia juga terdapat pulau yang mirip dengan yang ada di Maldives cumanya lebih jimat dan lebih dekat.

Nah! Buat sang suami bawalah isteri anda ke Japamala Resort Pulau Tioman untuk si isteri merasai sendiri pengalaman seolah-olah seperti berada di Maldives. Airnya sangat jernih sehingga boleh nampak dasar laut.

 

20.  Eagle Ranch Resort, Port Dickson

tempat honeymoon di malaysia

Imej via [HotelsCombined]

Jika inginkan kelainan dan cabaran, anda boleh ke resort ini. Anda dan pasangan akan tidur di dalam teepees dan akan terasa seperti di Amerika.  Ianya seperti zaman koboi atau red Indian.

Rekabentuk resort ini sangat unik dan menarik yang pasti memberikan pengalaman yang sedikit berbeza buat pasangan pengantin. Di sini anda juga berpeluang untuk menunggang kuda.   

tempat honeymoon di malaysia

Imej via [emcaustralia]

Jadi Malaysia sememangnya terdapat banyak tempat honeymoon di Malaysia sebagai destinasi untuk anda dan pasangan. Mengapa perlu pergi terlalu jauh sekiranya di tanah air sendiri mempunyai pelbagai tempat yang menarik. Jemput baca tempat menarik di dan tempat menarik di juga.

 

Rujukan:

  1.    travelblog.expedia
  2.    bidadari
  3.   jomjalan

           

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.