Kemaman adalah sebuah daerah yang agak besar di Terengganu Darul Iman.  Sebagai sebuah bandar yang serat dengan pengunjung yang bercuti dan merancang menginap di sini, Kemaman tak lekang dengan tempat-tempat menarik dan tempat penginapan yang cukup selesa di sini.

tempat menarik di kemaman

Imej via [booking]

Berada di Kemaman tidak sah kalau anda tidak berjalan-jalan. Maklumlah Kemaman kaya dengan tempat menarik berkonsepkan semulajadi dan penuh dengan aktiviti menarik. Jom lihat senarai tempat menarik di Kemaman yang boleh anda lawati di sini.

 

1.  Kemaman Zoo and Recreation Park

tempat menarik di kemaman

Imej via [zookemaman]

Tempat menarik di Kemaman ini agak menyeronokkan kerana anak boleh membawa anak-anak bercuti ke sini. Melihat haiwan-haiwan di Zoo sambil berekreasi agak menenangkan.  Pelbagai haiwan boleh anda lihat di tempat menarik di Kemaman ini.

  • Alamat:  Majlis Perbandaran Kemaman, Kampung Tabuan, 24000 Kemaman, Terengganu
  • Waktu Operasi:  9 am – 5 pm

 

2.  Tasik Biru Kemaman

tempat menarik di kemaman

Imej via [brad.erva]

Tasik Biru Kemaman atau lebih dikenali sebagai Kemaman Blue Lake ini amat sesuai untuk anda bergambar dan berfotografi. Latar belakang gambar anda pasti amat tenang dan cantik sekali.

  • Alamat:  Kampung Macang Setahun, 24000 Chukai, Terengganu
  • Waktu Operasi:  Bebas

 

3.  Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating

tempat menarik di kemaman

Imej via [zaraab]

Anda boleh melihat sendiri penyu-penyu di kawasan pantai dan pusat ini. Bukan senang nak lihat penyu secara live kan, inilah masanya untuk anda melihat penyu dengan lebih dekat lagi.

Bukan itu sahaja, anda boleh mendapatkan penerangan berkaitan penyu dan penjagaan penyu. Pasti anak-anak teruja melihat penyu-penyu ini. Ramai pelancong dalam dan luar negara turut berkunjung ke sini.

  • Alamat:  KM 45, Jalan Kuantan – Kemaman, 26080 Kuantan
  • Waktu Operasi:  9.30 am – 4.30 pm

 

4.  Pantai Teluk Kalong

tempat menarik di kemaman

Imej via [ct]

Pantai Teluk Kalong berdekatan dengan daerah Kemaman tetapi ia terletak di Kijal Terengganu.  Tempat menarik di Kemaman ini membolehkan anda bersantai dan bermain-main di tepi pantai sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

Bermain pasir pantai, bermandi-manda dan menaiki bot adalah aktiviti yang boleh anda lakukan di sini.

  • Alamat: Kampung Teluk Kalong, 24100 Kijal, Terengganu

 

5.  Zoo Mini Kemaman

tempat menarik di kemaman

Imej via [terengganuimpianku]

Mini zoo Kemaman ini mempunyai dalam 50 jenis spesis haiwan yang boleh anda lihat. Ianya termasuk singa, harimau, orang utan, gajah dan macam-macam lagi haiwan.

Ia juga lengkap dengan pelbagai spesis flora yang cantik, indah dan dipelihara agar tidak pupus.  Seronoknya dapat melihat tumbuh-tumbuhan dan herba-herba yang segar di sini.

  • Alamat:  Kampung Tabuan, 24000 Chukai, Terengganu
  • Waktu Operasi:  9 am – 5 pm

 

6.  Muzium Kemaman

Imej via [agarakutidaklupa]

Muzium Kemaman adalah tempat menarik di Kemaman yang boleh anda lawati sambil mempelajari dan memperingati sejarah. Anda dapat melihat pameran dan maklumat berkaitan tokoh-tokoh terdahulu serta kisah-kisah sejarah yang berlaku di daerah Kemaman dan Terengganu ini.

Bangunan yang mempunyai reka bentuk english style ini tidaklah terlalu besar tetapi anda boleh mengambil gambar di sini sebagai kenang-kenangan.

  • Alamat:  Kampung Dusun Nyior, 24000 Chukai, Terengganu
  • Waktu Operasi:  9 am – 5 pm

 

7.  Resort World Kijal

tempat menarik di kemaman

Imej via [rwkijal]

Sebuah resort yang terletak di Kijal dikatakan sebagai tempat menarik di Kemaman yang tidak harus anda elakkan. Dijamin tempat menarik di Kemaman ini sangat menyeronokkan kerana anda boleh bermandi-mandi dimana-mana kolam yang disediakan.

Bagaikan taman tema, terdapat gelongsor di kawasan kolam. Anda juga boleh bermain golf di sekitar Resort World Kijal ini.

  • Alamat:  Km 28, 24210, Jalan Kemaman – Dungun, Kampung Meraga Beris, 24100 Kijal, Terengganu

 

8.  Taman Rekreasi Bakau Tinggi

tempat menarik di kemaman

Imej via [brad.erva]

Bukan sahaja tempat rekreasi, sekaligus ia merupakan tempat bersantai dan berfotografi.  Di sini anda dapat melihat  persisiran Sungai Kemaman dan suasana nelayan pulang petang. Terdapat bot-bot yang digunakan untuk memancing di sekitar pantai.

Uniknya, taman rekreasi yang berada dalam kawasan Paya Bakau ini juga mempunyai kemudahan lain seperti tandas awam, taman permainan kanak-kanak, trek berjogging, bilik rehat, kerusi ruangan duduk dan lain-lain lagi.  Anda boleh singgah di restoran terapung yang berdekatan di samping boleh memancing di tempat menarik di Kemaman ini.

  • Alamat:   24000 Chukai, Terengganu

 

9.  Pasar Besar Kemaman

tempat menarik di kemaman

Imej via [tripadvisor]

Pasar Besar Kemaman menjadi tarikan khasnya untuk golongan wanita. Pelbagai barang pertanian yang boleh anda dapatkan di sini seperti sayur-sayuran, barangan dapur, daging lembu, keropok lekor, budu, cencalok, daging ayam dan banyak lagi.

Anda juga boleh mendapatkan hasil laut yang segar seperti sotong, kerang, ikan dan lain-lain dengan kadar harga murah berbanding membeli di pasaraya.  Seperti pasar tani dan pasar malam juga, terdapat barangan lain misalnya ubat-ubatan dan cenderamata juga turut di jual di sini.

  • Alamat: Jalan Air Putih, Kampung Dusun Nyior, 24000 Chukai, Terengganu
  • Waktu Operasi: 6 am – 2 pm

 

10.  River Cruise Sungai Yah Yah

tempat menarik di kemaman

Imej via [Cari Destinasi]

River Cruise Sungai Yah Yah terletak berhampiran dengan Zoo Kemaman.  Anda boleh menaiki river cruise yang disediakan di sini untuk melihat keindahan alam semulajadi flora dan fauna di sepanjang Sungai Yah Yah ini terutamanya pokok-pokok bakau dan haiwan liar.

Perjalanan cruise river ini akan bermula dari Jeti Sungai Yah Yah sehinggalah ke Jambatan Bukit Kuang yang memakan masa selama 90 minit untuk pergi dan balik. Seronok juga menenangkan fikiran sambil menaiki cruise di tempat menarik di Kemaman ini.

  • Alamat:  Berdekatan Zoo Kemaman (Jeti Sungai Yah Yah)

 

11.  Kelip-Kelip Sungai Yah Yah

tempat menarik di kemaman

Imej via [Deenamik]

Sama seperti Cruise River Sungai Yah Yah, lokasi Kelip-Kelip Sungai Yah Yah ini juga terletak bersebelahan dengan Zoo Kemaman.  Anda boleh datang ke sini pada 8 malam sehingga 10 malam untuk melihat keindahan cahaya kelip-kelip yang berkeliaran di pokok-pokok, daun-daun di sepanjang tebing sungai. Menarik kan?

Namun begitu, harus anda ketahui bahawa kelip-kelip ini biasanya akan membiak pada waktu-waktu tertentu seperti bulan Julai sehingga Oktober pada tiap-tiap tahun.

Alamat:  Kampung Yak Yah, 24000 Chukai, Terengganu

 

12.  Pasar Binjai

tempat menarik di kemaman

Imej via [facebook]

Tempat menarik di Kemaman yang berada 5 km dari Kemaman ini adalah Pasar Binjai. Anda boleh berkunjung ke sini untuk membeli makanan tradisional atau kuih-muih yang anda inginkan. Semua kuih banyak di jual di sini terutamanya kuih tradisional.

Antaranya adalah kuih lompang, cek mek molek, lepat pisang, akok-akok, tepung gomak, badak berendam da lain-lain lagi. Ia amat meriah dan sarat dengan pengujung terutamanya pada bulan Ramadhan.

Alamat:   Kampung Gong Kapur, 24000 Chukai, Terengganu

 

13.  Pantai Rekreasi Kuala Kertih

tempat menarik di kemaman

Imej via [Cari Destinasi]

Pada waktu petang, anda boleh datang bersiar-siar di tempat menarik di Kemaman yang berkonsepkan pantai peranginan ini. Pantai Rekreasi Kuala Kertih sangat indah pemandangannya jika anda dapat melihat matahari tengah turun dan terbenam. Bolehlah anda bergambar di sini.

Lebih seronok lagi, anda boleh singgah gerai-gerai makan dan menikmati minum petang di sini seperti mee kari, mee sup, keropok lekor, buah potong, jagung manis dan lain-lain lagi. Anda juga dapat melihat bot para nelayan yang pulang pada petang hari.  Anak-anak juga pasti suka tempat menarik di Kemaman ini kerana mereka juga berpeluang bermain taman permainan di sini.

  • Alamat:  24300 Kerteh, Terengganu

 

14.  Pantai Kemasik

tempat menarik di kemaman

Imej via [ffterengganu]

Pantai Kemasik sangat indah jika anda melihatnya pada waktu pagi. Pemandangan di tempat menarik di Kemaman ini lengkap dengan udara nyaman, lautan biru serta pantai yang bersih pastinya memberikan ketenangan buat anda semua.

Anda dapat melihat laguna air bersebelahan dengan pantai Kemasik ini, pastinya pantai-pantai ini juga sangat cantik untuk anda bejalan-jalan pada waktu pagi. Anda boleh mengambil gambar bersama pasangan, kawan-kawan dan keluarga di sini serta gambar pemandangan semulajadi yang cukup indah.

Alamat:  24200, Jln Seberang Kemasik, 24210 Kemasik, Terengganu

 

15.  Rumah Jambi

tempat menarik di kemaman

Imej via [artmelayu]

Seronoknya menghirup udara segar ketika bersiar-siar di pusat peranginan di Kemaman, kini anda boleh melapangkan dada dan menimba ilmu di Rumah Jambi, Kemaman pula. Rumah Jambi adalah tempat menarik di Kemaman yang mempamerkan sejarah lama terutamanya berkaitan golongan Diraja Tradisi Jambi.

Anda boleh melihat reka bentuk rumah Jambi ini berbumbung limas bungkus yang turut dihiasi pacakan seperti tanduk kerbau dan nanas. Kediaman ini masih kekal seperti sedia kala dimana strukturnya tidak berubah sama sekali. Anda juga bakal mengetahui sejarah berkaitan Engku Mahmud, Engku A. Jabar dan lain-lain lagi.

  • Alamat:  Kampung Pasir Gajah, 24000 Chukai, Terengganu

 

16.  Kolam Memancing Air Masin Kijal

tempat menarik di kemaman

Imej via [facebook]

Kolam Memancing Air Masin Kijal ini adalah salah satu tempat menarik di Kemaman dan berdekatan dengan Pantai Kemaman. Seronoknya, anda boleh melakukan aktiviti memancing dan hobi anda di sini. Banyak ikan air masin yang boleh anda pancing seperti ikan jenahak, siakap putih, senangin dan lain-lain lagi.

Tidak bosanlah percutian anda kali ini kerana banyak aktiviti boleh anda lakukan terutamanya jika anda seorang kaki pancing. Anda ingin melihat orang memancing pun tiada masalah, datang sahaja ke tempat menarik di Kemaman ini.

  • Alamat:  Jalan Pantai Penunjuk, 24100 Kijal, Terengganu
  • Waktu Operasi:  3 pm – 3 am

 

17.  Kuala Kemaman Village

tempat menarik di kemaman

Imej via [thestar]

Nak aktiviti santai dan rileks? Datang ke Kuala Kemaman Village membolehkan anda bersantai sambil melihat-lihat apa yang ada di sini. Terdapat Kompleks LKIM Kuala Kemaman di sini. Pastinya kawasan ini terkenal dengan ikan dan hidupan laut.

Berdekatan tempat menarik di Kemaman ini, terdapat sebuah pasar basah yang menjual ikan dan haiwan laut segar. Anda juga boleh melihat mereka menjemur ikan kering di sekitar kawasan ini. Bolehlah lihat prosesnya satu persatu.  Anda juga boleh melihat nelayan membawa ikan naik ke darat kerana kawasan ini berdekatan dengan pantai.

  • Alamat:  24000 Chukai, Terengganu

 

18.  Warung Aziz Satar

tempat menarik di kemaman

Imej via [Cari Destinasi]

Warung Aziz Satar ini terkenal dengan satar goreng, otak-otak, satar, ikan bakar, keropok lekor dan macam-macam lagi makanan berasaskan seafood.  Warung ini cukup terkenal kerana keunikan menunya amat menarik hati para pengunjung.

Tak semua orang tahu makan satar, tapi jika datang ke sini, pasti semua wajib rasa dan mempelajari makan satar kerana ia amat sedap.  Anda boleh bersantai dan menikmati makanan di sini bersama keluarga dan kawan-kawan. Pastinya warung ini menjadi pilihan ramai.

  • Alamat:  Kampung Geliga Cik Akob, Cukai, Terengganu, Malaysia

 

19.  Kemaman Chendol Kopitiam

tempat menarik di kemaman

Imej via [TripAdvisor]

Tidak sama seperti kopitiam lain, Kemaman Chendol Kopitiam ini juga adalah tempat menarik di Kemaman wajib anda singgah untuk memaniskan perut. Chendol durian, mangga dan lain-lain menjadi tarikan tempat ini.

  • Alamat:  3 Pt 11291 ,Aras Bawah , Taman Cukai Utama FasaChukai 24000, Malaysia
tempat menarik di kemaman

Imej via [tripadvisor]

Restoran Pertama Kijal ini menyediakan pelbagai makanan seperti lauk-pauk, masakan panas dan sebagainya. Anda boleh singgah di sini untuk menikmati makanan yang sedap lagi enak setelah letih bersiar-siar.
  • Alamat:  No. 12 Km 28, Jalan CikaiKijal 24100, Malaysia

 

tempat menarik di kemaman

Imej via [jalanja]

Seronoknya lihat tempat menarik di Kemaman Terengganu ini. Usai ke sini, jom ke tempat makan menarik di Terengganu dan tempat menarik di Pantai Remis pula.

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.