ISU GAMBAR SKANDAL KHAIRUL FAHMI (APEK) | TINDAKAN UNDANG-UNDANG MUNGKIN DIAMBIL – SHIDA

| 01/12/2011 | 3 Comments

ISU GAMBAR SKANDAL KHAIRUL FAHMI (APEK) | TINDAKAN UNDANG-UNDANG MUNGKIN DIAMBIL – SHIDA | Sebelum ini hebah satu negara berikutan penyebaran gambar intim penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan panggilan Apek bersama gadis yang bernama Shida. Sampaikan semua blog menyebarkan gambar berkenaan yang pada asalnya disiarkan di sebuah laman blog hiburan.

Sampaikan portal Yahoo! Malaysia juga turut memaparkan gambar dan cerita mengenai Apek dan Shida. Menurut laman Yahoo! Malaysia, kehidupan penjaga gol bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek tidak henti-henti dilanda kontroversi.

Selepas selesai kisah putus tunang dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi dan akhirnya mengakui bercinta dengan Dahlia Teck yang dikatakan punca keretakan hubungan mereka, gambar berhibur di kelab malam Werner’s tersebar, kini namanya dikaitkan dengan satu lagi kontroversi melibatkan seorang gadis bernama Shida Harmi.

Laman sesawang hiburan terkenal kini kecoh dengan beberapa keping gambar aksi mesra Apek dan gadis yang didakwa Shida dan screen shots BlackBerry Messenger berbaur ugutan pula menunjukkan Shida mempunyai bukti bahawa mereka pernah tidur bersama.

Isu berkenaan dikatakan telah mengganggu tumpuan Apek dan begitu juga dengan kehidupan gadis berkenaan. Akhbar Harian Metro ada laporan mengenai luahan hati gadis berkenaan dan cerita sebenar disebalik gambar yang tersebar itu. Baca petikan akhbar berkenaan dibawah.

Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan. Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.

Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.

“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.

Kredit juga untuk SukanBersukan.Blogspot.Com


Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA, SUKAN

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. mrs.yie says:

    aime harmelia,dahlia teck,shida harmie………. nama lebih kurang je tiga2 nih hehehe…..

  2. mrs.yie says:

    sama la tu.. harmelia harmie dahlia…semua ada bunyi LIA HARMIE..kikiki@amri0868

Leave a Reply

Your email address will not be published.