ANALISA PASUKAN PIALA MALAYSIA 2012 – KUMPULAN D

| 18/08/2012 | 0 Comments

Analisa Pasukan Piala Malaysia 2012 – Kumpulan D | Disini ada beberapa informasi penting serta ramalan untuk pasukan dalam kumpulan D Piala Malaysia 2012. Kumpulan D akan disertai oleh Selangor, T-Team, Sarawak dan Pahang.

PIALA MALAYSIA 2012 – KUMPULAN D

Selangor

  • Jurulatih: Irfan Bakti
  • Piala Malaysia Musim Lepas: Tewas 4-1 dalam separuh akhir kepada Terengganu
  • Gelaran: Red Giants atau Gergasi Merah (Secara tradisional kelab termashyur Malaysia)
  • Stadium: Shah Alam (Kapasiti 80,000)
  • Pemain Pinjaman: Rozaimi Abdul Rahman, Penyerang (Sabah); S. Venood, Tengah Padang (USM FC)
  • Kecederaan: K. Gurusamy untuk jangka masa panjang
  • Pemain Penting: Safiq Rahim – Gaya, mutu, keunggulan di tengah padang; terutama dalam perlawanan besar.

Kesimpulan: Selangor masih memburu ‘Misi 33’ yang direka tahun lepas tetapi pasukan perlu menyatupadukan semangat jika ingin mencapainya. Para pemain di semua posisi amat berbakat tetapi dilanda isu komunikasi antara mereka. Mungkin dibangkitkan oleh penyerang handal Rozaimi.

Potensi: Akan sekurang-kurangnya sampai ke peringkat separuh akhir dengan senang tetapi perlu meningkatkan semangat dan tahap disiplin jika ingin meraih kejuaraan.

T-Team

  • Jurulatih: Ahmad Yunus
  • Piala Malaysia Musim Lepas: Ditewaskan Negeri Sembilan dalam separuh akhir
  • Gelaran: Penyu Muda
  • Stadium: Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Kapasiti 15,000)
  • Pemain Pinjaman: Sumardi Hajalan, Pemain Pertahanan (Sabah); Shahrul Azhar Ture Penyerang (Sabah); Fauzi Majid, Penyerang (PDRM FC)
  • Pemain Penting: Zairo Anuar penjaring, pereka dan pengaruh utama Penyu Muda

Kesimpulan: Faiz Subri dan Zairo Anuar telah mengheret pasukan ke tengah tangga kedudukan liga walaupun tidak bermain dengan baik tetapi kini masa sudah tiba untuk bangkit sebagai satu pasukan demi matlamat utama mereka musim ini.

Potensi: Penyu Muda perlu memupuk keyakinan dalam diri sendiri dan percaya bahawa mereka mampu mengalahkan sesiapa apabila mencapai rentak terbaik. Pasti akan mara dari pusingan kumpulan.

Sarawak

  • Jurulatih: Robert Alberts
  • Piala Malaysia Musim Lepas: Kedudukan terakhir peringkat berkumpulan
  • Gelaran: Bujang Senang (Para penyokong yang paling ‘hardcore’ di Malaysia, digeruni pihak polis)
  • Stadium: Negeri Sarawak (Kapasiti 26,000)
  • Pemain Pinjaman: Ronny Harun, Pertahanan (Sabah); Bobby Gonzales, Tengah Padang (Sabah); Shahrudin Yakub, Pemain Sayap (Sabah)
  • Pemain Penting: Zamri Morshidi – Berpengalaman dan yakin dalam aksi gelecek beliau untuk mencipta ruang

Kesimpulan: Pasukan yang tidak menghormati Sarawak di padang sendiri harus berwaspada, Bujang Senang raja di tempat sendiri.

Potensi: Walaupun pada umumnya lemah, Sarawak berbisa dan mampu mencatatkan kemenangan yang mengejutkan apabila diberangsangkan oleh penyokong sendiri, tetapi memerlukan sesuatu yang ajaib untuk mara ke pusingan seterusnya.

Pahang

  • Jurulatih: Dollah Salleh
  • Piala Malaysia Musim Lepas: Tidak serta
  • Gelaran: Tok Gajah (Sedikit sebanyak, para penyokong mereka telah mendorong kemenangan promosi ke Liga Super dalam perlawanan terakhir dengan Kedah)
  • Stadium: Darul Makmur (Kapasiti 35,000)
  • Pemain Pinjaman: Tiada
  • Pemain Penting: Gopinathan – Ancaman utama Tok Gajah, pemain terpantas di sayap

Kesimpulan: Pahang telah membuktikan mereka mempunyai semangat yang kental apabila menghadapi perlawanan besar dan walaupun masih mencari keserasian antara pemain, Dollah Salleh pintar membuat penukaran pada saat yang tepat.

Potensi: Jika mampu meneruskan pendekatan yang bersemangat, mereka mampu mara ke pusingan seterusnya.

(Sumber – ESPNStar)

Pasukan Pilihan Ammboi Dot Com – Selangor dan Pahang


Tags: , , , , , , ,

Category: PIALA MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.