MALAYSIA MENANG, SAFEE SALI SINDIR PEMINAT

| 12/12/2014 | 3 Comments

Wah, rasanya ramai yang masih teruja dengan kemenangan Malaysia malam tadi. Malaysia berjaya mengatasi Vietnam 4-2 dan mara ke final Piala AFF Suzuki 2014 dengan aggregat 5-4. Bukan apa, sebenarnya ramai yang tidak meletakkan sebarang harapan untuk skuad Harimau Malaya pada perlawanan kedua itu setelah kalah 2-1 di Shah Alam.

Safee Sali Sindir Peminat – Lagi teruja bila skuad bola sepak negara berjaya menjaringkan jumlah gol yang begitu banyak. Memang menakjubkan dan sangat-sangat teruja kan? Lagi-lagi pemain yang turun semalam adalah pemain yang diharapkan membarisi kesebelasan utama.

Dalam perlawanan itu, Malaysia memperoleh empat gol sumbangan Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, gol sendiri pemain Vietnam (hasil hantaran lintang Indra Putra) dan gol dari Shukor Adan (ramai kata kuda tua ini kembali mengganas semalam).

Skuad negara juga bertahan dengan baik, walaupun sebenarnya tak baik – kalut dan gagal mengeluarkan bola dengan baik dari zon bahaya. Tapi sebab menang maka mereka boleh dikatakan bermain dengan baik la kan. Fungsi Kunanlan wajar dipuji malam ini. Ammboi yakin, ramai berharap Kunanlan kekal sebagai bek kanan negara dan bukannya Mahali.

Piya? Piya turun sebagaimana diharapkan. Piya juga bukannya bermain dengan baik sangat. Tapi sumbangannya malam tadi memang cukup bermakna. Sukar sebenarnya kita nak tengok Piya bekerja keras sebegitu. Naik dan turun untuk bertahan, berebut bola diudara dan cubaannya untuk mengasak lawan. Tapi Piya semalam membuktikan beliau sememangnya layak berada dalam pasukan negara.

Jangan salah faham bila Dollah Salleh keluarkan Piya. Anggaplah beliau mahu merehatkan Piya untuk aksi final pertama yang bakal berlangsung dalam beberapa hari sahaja lagi. Semoga Piya akan terus berpeluang memberi sumbangan kepada pasukan negara selepas ini.

Mat Yo? Ya, beliau antara pemain yang bekerja keras semalam. Berjaya menyumbangkan satu gol harap memulihkan kembali prestasi dan keyakinan Mat Yo. Tanpa Safee Sali, Mat Yo nampak lebih berpeluang untuk menyelinap masuk ke kubu lawan.

safee sali sindir peminat harimau malaya

Safee Sali? Beliau tidak bermain semalam. Khabarnya kerana mengalami kecederaan. Tidak dinafikan, sumbangan gol Safee Sali di peringkat kumpulan amat bermakna. Namun, sumbangan beliau yang lain entah kemana. Namun begitu, ramai yang terkilan dengan komen Safee Sali mengenai kemenangan Harimau Malaya. Siap sindir-sindir lagi.

peminat harimau malaya sindir safee sali

“Syukur ku panjat kpd illahi..alhamdulilah..semua pgorbanan bhasil dgn bangga nye..semua cacian dan makian yg di lemparkan xpernah masuk ke dlm hati ini..pjuangan ini bukan dgn hanya bmain guli tp dgn semangat cinta kan keluarga team ini dan demi maruah negara..fans team vietnam bagus sekali..wlupun kalah xde btumbuk malah tepuk tgn dkt ktorg lagi..kpd fans kt yg dah tukar bendera lps kena sound haritu jgn tutup muke tu dgn bantal ok..lap je muke tu dgn tisu..” – Instagram 5afee

safee sali sindir peminat harimau malaya menang kalahkan vietnam

Dalam pada itu, ramai juga yang membalas kembali komen beliau. Ada yang berharap Safee Sali tidak diturunkan lagi dalam skuad Dollah Salleh. Lagi pedas apabila ada yang membalas sindiran Safee dengan menyatakan kemenangan Malaysia semalam kerana Safee tidak bermain. Huhu….


Tags: , , ,

Category: FEATURED, SUKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.