BAPA REMAJA PUTUS TANGAN KESAL DITOHMAH ARAH ANAK BEKERJA

| 28/04/2016 | 0 Comments

Bapa remaja putus tangan kesal ditohmah arah anak bekerja! Kami di ammboi.com bersimpati dengan kemalangan yang menimpa adik Syafiq. Kami harap adik Syafiq tabah dengan apa yang berlaku.

Mohd Syafiq, 14 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Bayor, Rantau Panjang, Perak, putus tangan kanan serta patah tangan dan kaki kirinya selepas disedut kipas pengudaraan reban ayam, kira-kira jam 9.30 malam di Kampung Ulu Krong, Selama.

BAPA REMAJA PUTUS TANGAN KESAL DITOHMAH ARAH ANAK BEKERJA

Dalam pada itu, kami juga terkilan membaca laporan berita apabila bapa kepada adik Syafiq mendakwa dia menerima pelbagai tohmahan dan kecaman daripada orang ramai ekoran kemalangan yang menimpa anaknya itu.

Bapa kepada pelajar Tingkatan Dua itu kesal apabila dituduh mengarahkan anaknya bekerja di bangsal ternakan berkenaan sedangkan dia sendiri tidak tahu anaknya bekerja disitu.

Memetik laporan Berita Harian Online, Mohd Rosdi Mat Shohor, 46, berkata dia menerima beberapa panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak semalam dari nombor tidak dikenali yang marah dan memakinya kerana membenarkan anaknya, Mohd Syafiq, 14, bekerja.

Mohd Rosdi meminta orang ramai agar menghentikan tuduhan dan memberi ruang untuknya memberi sepenuh tumpuan kepada mangsa. Katanya, dia difahamkan Mohd Syafiq hanya mengambil upah kecil-kecilan, bukan bekerja tetap di bangsal ternakan berkenaan.

“Saya tak tahu dia bekerja di situ. Hanya selepas kejadian berkenaan, baru saya tahu,” katanya.

“Ada yang cakap saya tak pandai jaga anak, ada maki saya, ada juga ugut nak pukul jika jumpa saya. Macam mana susah sekali pun, saya tidak akan benarkan anak saya bekerja. Semua anak saya adalah tanggungjawab saya untuk jaga mereka,” katanya.

“Kadang kala dia ke bangsal itu untuk membantu kawannya,” katanya.

Mengenai keadaan mangsa, Mohd Rosdi memaklumkan, anaknya sedar semalam dan masih meracau-racau kerana terkejut tangannya dipotong.

“Hari ini dia hanya tidur sepanjang hari,” katanya.

BAPA REMAJA PUTUS TANGAN KESAL DITOHMAH ARAH ANAK BEKERJA 2


Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.