SENARAI NAMA 12 PESERTA GEGAR VAGANZA 3 2016

| 05/10/2016 | 4 Comments

Akhirnya senarai nama 12 peserta Gegar Vaganza 3 2016 telah diumumkan. Ternyata, senarai nama yang bocor baru-baru ini sama dengan apa yang diumumkan oleh pihak Astro.

Bagaimanapun kecoh juga apabila penyanyi yang pernah popular dengan lagu Matahari, Maya mempersoalkan kriteria pemilihan peserta GV yang disifatkannya sebagai kabur dan mengelirukan.

Penyanyi terbabit juga terkilan yang dengan cara penganjur memberikan layanan selepas menjayakan uji bakat rancangan terbabit, bagi musim kedua dan ketiga.

Seseorang penyanyi harus mempunyai lagu hit…

Namun begitu, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad, berkata kriteria pemilihan peserta adalah sama pada setiap musim dengan seseorang penyanyi harus mempunyai lagu hit selain berupaya menyanyi secara ‘live’.

“Cuma, kali ini ada kuota tertentu yang perlu diberikan perhatian. Mya pula tidak berjaya kerana dia tidak melepasi syarat ditetapkan. Begitupun, saya tidak boleh memperincikan satu persatu perkara berkenaan.

“Jika dirinya menganggap faktor menjadi duta produk sebagai alasan tidak dipilih, ia tidak benar kerana Jihan (Muse) juga duta produk lain, tetapi masih menjadi pengacara GV3,” katanya dipetik laporan BH Online.

Takkan senarai hitamkan Maya…

Menurut Raqim lagi, peluang Maya untuk bertanding pada musim hadapan bagaimanapun masih terbuka. Pihaknya takkan senarai hitamkan Maya walaupun dia mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Saya harap janganlah ada pihak yang berkecil hati. Peluang untuk bertanding masih ada. Kami takkan senarai hitamkan Mya walaupun dia mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya.

Mengenai tindakan Astro yang tidak memaklumkan lebih awal keputusan uji bakat kepada mereka yang mengambil bahagian, Raqim berkata, ia prosedur biasa selain bagi mengelakkan keputusan bocor sebelum tibanya waktu pengumuman rasmi.

Untuk makluman anda, mereka yang terpilih menjayakan Gegar Vaganza musim ketiga ialah:

  1. Ameng Spring
  2. G-Mie Screen
  3. Razis Ismail
  4. Rem
  5. Shidi Data
  6. Zarul Umbrella
  7. Siti Sarah
  8. Intan Sarafina
  9. Zur Eda
  10. Azharina
  11. Elly Mazlein
  12. Nora

Pengarah Muzik, Datuk Ramli MS, dan penyanyi berpengalaman, Datuk Khadijah Ibrahim, masih kekal sebagai pengkritik tetap, manakala Nabil Ahmad dan Jihan pula terus menggalas tanggungjawab pengacara.

Konsert mingguan pertama GV3 akan berlangsung pada 16 Oktober depan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ia akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD.


Tags: , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. N.A Gilbert says:

    Mak sya minat dengan artis 2 gegar vaganza 2016

  2. ammboi says:

    wah, boleh tonton mulai 16 oktober ini

  3. Anonymous says:

    Knapa gegar vaganza hanya di astro ria knapa tk di adakan di chanel maya atau prima

Leave a Reply

Your email address will not be published.