Laparnya! Nak makan mana ni? Rindu nasi kandar ori dari Penang? Teringin makan pasemboq?

Ha kalau macam tu, jom tengok tempat makan menarik di Penang.

Amaran: Anda mungkin terliur dan ingin terus ke Penang selepas membaca ini!

1.  Kedai Nasi 7 Benua Koo Boo Café

makanan menarik penang

Sumber gambar Facebook

7 nasi dalam satu pinggan dibentukkan dalam kon yang comel. Nasi lemak, putih, tomato, lamuni, minyak, kacangdanhujan panas. Banyak kan? Sesuai untuk sesiapa yang susah nak buat pilihan. Kalau tak suka bermacam jenis, boleh sahaja pilih satu jenis nasi.

Alamat: Taman Tunas Muda, 11900 Bayan Lepas, Penang

Dibuka setiap hari kecuali Ahad.

Isnin – Selasa (11 am – 6 pm), Jumaat – Sabtu (11 am – 9 pm)

2.  Gerai Cucur Udang Pasar Chowrasta

makanan menarik penang

Sumber gambar Facebook

Nak makan ringan dan kunyah-kunyah untuk makan petang.  Rangup diluar letusan air di dalam dengan taugeh yang digoreng bersama. Kalau minum dengan ABC pun sedap juga ni.

Alamat: 2-36, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

3.  Roti Bakar Transfer Road

makanan menarik penang

Sumber gambar

Aroma karinya yang memukau, anda boleh pilih kari yang anda mahukan dengan kepingan daging yang besar. Dan anda juga boleh makan roti bakar yang diletakkan telur separuh masuk. Yum! Sedapnya.

Alamat: 202, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Dibuka setiap hari.

Isnin – Sabtu (7 am – 12 pm), Ahad (7 am – 1 pm)

4.  Pasembur Stall no. 09 Anjung Gurney

makanan menarik penang

Sumber gambar Facebook

Diletakkan antara pasembur yang top di Penang, anda patut cuba yang ini! Kalau anda terliur, dengan pasembur ini anda pasti berpuas hati kerana anda mungkin ‘tersembur’ mahu habiskan pasembur ini! Portionnya banyak!

Alamat; 10350 Jelutong, Penang

Dibuka Isnin – Jumaat, Ahad 7.30 pm – 12 am, Sabtu 7.30 pm – 1 am.

5.  Restoran Kapitan

makanan sedap penang

Sumber gambar Facebook

Anda kena cuba ayam tandoori di sini! Cuba juga beriani claypot. Sangat sedap dan ayam tandoori dia lain daripada yang lain!

Alamat: 89 G, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Dibuka setiap hari, 24 JAM.

6.  Astaka Taman Tun Sardon

makanan menarik penang

Sumber gambar Facebook

Di sini anda ada beberapa pilihan yang anda boleh pilih sebagai salah satu tempat makan menarik di Penang.

Lontong, nasi lemuni, Kuey Teow Th’ng, char kuey teow, sandwich special, Serabai yang juga sejenis lempeng tradisional Melayu yang sedap. Banyak yang anda boleh cuba di sini.

Alamat: Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Penang

Dibuka setiap hari, 24 JAM.

7.  Medan Selera Padang Brown

makanan menarik penang

Sumber gambar Facebook

Ada lok-lok yang halal, seafood, tomyam, claypot, ini adalah medan selera yang penuh dengan makanan yang makanan menjadi pilihan dan kegemaran anda.

Jalan Perak, 10400 George Town, Pulau Pinang

Dibuka setiap hari

Isnin – Jumaat (5.30 pm – 11.30 pm)

8.  Originally Bangkok Tomyam

makanan menarik penang

Sumbr gambar Facebook

Kalau suka makanan thai, boleh ke sini untuk rasa autentik semua rempah rasa macam di Bangkok!

85, Persiaran Mahsuri 1/3, Bandar Sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Isnin – Selasa (12 pm – 1 am)

9.  Roti Canai Mamu Penaga

makanan menarik penang

Sumber gambar Facebook

Kebanggaan penjualnya. Malah anda boleh tengok roti canai terbang. Anda boleh tengok penebar roti tebar secara live, ianya antara tarikan di sini.

Alamat: Sebelah  460 d jalan besar penaga

Dibuka setiap hari kecuali Selasa pada pukul (7.30 am – 10.30 pm)

10. Burger Ayam Njoy

makanan menarik penang

Sumber gambar Facebook

Rindu burger? Nak makan burger dan kenyang? Boleh cuba burgernya di sini! Padat dengat isi daging dan portion besar, siapa tak mahu?

Alamat: 6, Lorong Kekabu 2, Taman Desa Wangsa, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang

Dibuka setiap hari kecuali Selasa pada pukul 7 pm – 1 am

11. Mee Goreng Bangkok Lama

makanan menarik penang

Sumber gambar Facebook

Jika anda sukakan mee, anda patut cuba mee yang ada di sini. Digoreng dengan resipi tersendiri, pasti kecur air liur anda.

No. 60-3, 1, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

12.  Nasi Kandar Line Clear

makanan sedap penang

Sumber gambar Facebook

Asyik scrol facebook cari tempat makan menarik Penang, mesti anda akan terjumpa rekomendasi restauran ini. Destinasi ideal makan nasi kandaq, banyak sangat lauk yang sedap.Bayangkan anda lapar di pada tengahari makan lauk bersama nasi panas! Wah sedapnya! Sotong, ayam, kari. Terliur!

Alamat: Sebelah 161 & 177 Penang Road, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

Dibuka setiap hari, 24 JAM kecuali Selasa.

13.  Roti Bakar Hutton Lane

makanan menarik penang

Sumber gambar Facebook

Ni kalau sarapan roti pagi-pagi dengan teh panas, fuh mesti terangkat kaki. Sedap sangat. Telur cair atas roti yang disapu mentega! Wah! Tempat makan menarik Penang yang ramai kunjungi ni.

Alamat: 300, Jalan Phee Choon, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Dibuka setiap hari.

Sabtu – Khamis (5.30 am – 2 pm), Jumaat (5.30 am – 2 pm)

14.  Gemas Road Roti Canai

makanan menarik penang

Sumber gambar Facebook

Roti sini tak macam roti lain yang ada di Penang. Kuah yang rempahnya dibuat sendiri, diletakkan pula telur yang kuning di atas, putih ditepi. Ditabur pula bawang di atas! Fuh!

51, 29, Jalan Gemas, Taman Kampar, 10460 George Town, Penang

Dibuka setiap hari kecuali Isnin.

Isnin – Jumaat (7am–12:30pm, 5:30–9pm), Khamis, Sabtu & Ahad (7am–12:30pm)

15.  Laksa Pokok Janggus

makanan menarik penang

Sumber gambar Facebook

Dah bosan dengan nasi? Taknak makan nasi dah? Boleh cuba laksa di sini. Kuah sup dia yang pekat dengan rasa rempah. Kalau makan cicah dengan roti pun, mesti sedap.

Alamat: 338 MK, Jalan Bharu, Kampung Perlis, 11000, Penang

Dibuka setiap hari kecuali Rabu pada pukul (3.30 pm – 8 pm)

16.  Restoran Sup Hameed

makanan menarik penang

Sumber gambar Facebook

Mahukan lagi tempat yang anda boleh makan sup-sup yang panas di Penang? Anda boleh ke sini. Dah la sedap kuah sup dia, Mai Penang jangan lupa singgah dia nah?

Alamat:48, Jalan Penang, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang

Dibuka setiap hari pada pukul (7 am- 3 am)

17.  Rockstarz Burger

makanan sedap penang

Sumber gambar Facebook

Roti ban gebu dengan sos meleleh takkan anda tak terliur? Sesuai sangat untuk anda yang nak cuba burger lain di Penang ni boleh cuba Bacon & Roses Heavy Metal dengan 3 lapisan daging, anda pasti kenyang dengan puas.

Alamatt: 128, Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Dibuka setiap hari pada pukul (5 pm – 1 am)

18.  Mee Sotong Special Hameed Pata

makanan sedap penang

Sumber gambar Facebook

Mee goreng rebus ni rugilah kalau tak cuba. Sebelum dihidang, dicurahkan kuah sotong yang sedap, dengan kepingan sotong. Lepastu, dah makan, boleh order air coconut shake, sedap lagi menyegarkan!

Alamat: 5, Esplanade Park, Lebuh Light, 10300 George Town

Dibuka setiap hari pada pukul 11 am – 8 pm)

19.  Bee Hwa Café Penang

makanan sedap penang

Sumber gambar Facebook

Jangan taktahu, café ni tak jual makanan yang tak halal, malah tiada alcohol digunakan dalam masakan dan minuman.  Sang Mee dia sedap, Hokkien mee dia sedap, nasi goring pun sedap. Cubalah makan apabila ada ke sini.

Alamat:5, Esplanade Park, Lebuh Light, 10300 George Town

Dibuka setiap hari pada pukul (11:30 am – 8 pm), Jumaat (11 am – 8 pm)

20.  Jawi House Café Gallery

makanan sedap penang

Sumber gambar Facebook

Kalau sebelum ni biasa dengan makanan Baba Nyonya di Melaka, cuba pula Punjabi-Jawi Pernanakan punya makanan. Boleh cuba signature dish Nasi Lemuni atau Laksa Lemak di sini. Sedap belaka!

Alamat:85, Lebuh Armenian, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Dibuka setiap hari pada pukul (11 am – 9.30 pm)

21.  Kesum Art Restaurant

makanan sedap penang

Sumber gambar Facebook

Apa yang istimewa di sini? Makan dengan suasana art gallery. Nikmati hidangan enak seperti Gado-gado, Botok-botok dan Mee Rebus Udang sambil melihat lukisan cantik yang tergantung di dinding.

Alamat:104, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Dibuka setiap hari kecuali Isnin pada pukul (12:30 pm – 8:30 pm)

Itulah tempat makan menarik di Penang yang anda boleh cuba. Travel seorang dir atau dengan family, makanan di sini memang sedap! Jangan lupa ke tempat yang dah disyorkan ini!

Nak baca banyak lagi tempat anda boleh travel? Boleh baca di sini!

Nak baca lagi tentang makan? Boleh baca di sini!

 

Penulis: bomstart

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.