Bila hati dah kotor, semua kebaikan orang nampak buruk pada pandangannya. Apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain mesti ada yang tidak kena pada dirinya. Itulah perkara yang kita perlu elak dan jauhi.

Berikut adalah 24 tanda-tanda hati kotor. Ia dikongsikan oleh Ustaz Abd Wahid.

24 TANDA-TANDA HATI KOTOR

1. Gelisah walaupun tiada masalah

2. Selalu berbangga dengan diri sendiri

3. Angkuh dengan pandang hina terhadap semua orang

4. Sombong dan bongkak

5. Selalu mengintai keaiban orang dan menyebarkannya

6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain

7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah dari dirinya.

8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.

9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran

10. Berlagak alim semata – mata untuk dipuji orang

11. Menyampaikan ilmu dengan riak

12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain

13. Berpakaian elok untuk dipuji

14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa

15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)

16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yg ada

17. Solat yang tidak boleh khusyuk

18. Kagum terhadap diri sendiri

19. Selalu mencari salah orang

20. Cinta kepada duniawi dan materialistik

21. Mudah bersangka buruk terhadap orang

22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh

23. Suka bergosip dan menabur fitnah

24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi

Sama-sama kita muhasabah diri untuk kebaikan bersama. Insya Allah.

(Pesanan Ustaz Abd Wahid)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.