San Francisco sering membuatkan kita terbayang-bayang akan kota metropolitan ataupun bandar moden yang penuh dengan orang berkulit putih. San Francisco terletak di California, Amerika Syarikat yang amat terkenal di seluruh pelusuk dunia. Kemajuannya negara ini dalam bidang IT juga amat dikagumi ramai dimana di sinilah telah lahirnya syarikat gergasi IT seperti Pinterest, Facebook, Cisco dan lain-lain lagi.

Biarpun San Francisco merupakan sebuah pusat budaya, kewangan dan perdagangan, ia tidak lekang dengan para pelancong juga memandangkan industri pelancongan turut memainkan peranan penting dalam negara ini.  Jelas sekali bahawa, terdapat banyak tempat menarik di San Francisco boleh anda kunjungi untuk percutian. Jom lihat 25 tempat menarik di San Francisco top dan terkini.

1.  Walt Disney Family Museum

tempat menarik di san francisco

Imej via [d23]

Walt Disney Museum ini adalah muzium yang menghimpunkan pelbagai hasil seni dan kisah sejarah pengasas dan pencipta watak Mickey Mouse. Anda boleh melihat pelbagai idea dan ilham berkaitan Disneyland yang dipamerkan di dalam galeri interaktif ini. Ia benar-benar kreatif. Anda boleh melihat bagaimana Walt Disney bermula, melukis kartun di surat khabar sehinggalah benar-benar berjaya mencipta Disneyland.

2.  Pier 39

tempat menarik di san francisco

Imej via [flickr]

Pier 39 adalah tempat menarik di San Francisco yang boleh anda kunjungi untuk bersantai sambil menikmati keindahan pantai.   Selain itu, anda boleh membeli-belah di kawasan Pier 39 ini kerana terdapat barang yang dijual bakal menarik hati anda. Antaranya adalah tshirt, topi NHL, cenderamata berbentuk Golden Gate Bridge dan lain-lain lagi.

Berdekatan kedai Hard Rock Cafe, anda boleh menyaksikan street performance dan menikmati keindahan laut yang terbentang luas. Dari Pier 39 ni juga kita dah boleh nampak Alcatraz dan Golden Gate Bridge dari jauh.

Memang banyak barangan yang unik kat sini yang takde dijual ditempa lain seperti cenderamata berbentuk Golden Gate Bridge, tshirt, topi NHL dan banyak lagi.  Kat Pier 39 ni juga terletaknya kedai Hard Rock Cafe dan terdapat banyak street performances.

3. Golden Gate Bridge

tempat menarik di san francisco

Imej via [theconversation]

Tempat menarik di San Francisco iaitu Jambatan Golden Gate adalah sebuah jambatan yang menghubungkan San Fransisco dengan Marin County.  Ia menjadi ikonik di negara ini serta amat dikenali ramai.  Tahukah anda, Jambatan Golden Gate mempunyai panjang keseluruhan 2.727 meter dan ketinggian 230 meter di atas permukaan air.

Anda boleh menikmati udara segar di sekitarnya serta mengambil foto sebagai memori indah anda di sini. Dengan pelbagai sudut jambatan ini, jangan terkejut kerana ada tempat tertentu boleh tunjuk esok hari. Anda juga boleh membeli cenderamata di kawasan sekitar ini.

4. Japanese Tea Garden

tempat menarik di san francisco

Imej via [theculturetrip]

Sebagai salah sebuah tempat menarik di San Francisco, Japanese Tea Garden sentiasa dijaga rapi dan berada dalam keadaan bersih dan cantik. Setibanya di sini, anda boleh melihat pemandangan tanaman flora yang indah, melihat suasana rumput hijau. kelengkapan dan kemudahan lain seperti miniatur pagoda, kuil, lentera batu, Giant Buddha, kolam ikan dan lain-lain lagi turut disediakan di sini.

Dahulunya pada 1894, Japanese Tea Garden ini merupakan pameran sementara bagi World’s Fair di San Francisco, kini ia telah menjadi sebuah taman tenang dan indah.Taman ini dijaga dengan rapi oleh keluarga dan keturunan ahli kebun yang bernama Boron Makoto Hagiwara. Anda boleh duduk di ruang kerusi yang disediakan untuk beristirehat.

5. Transamerica Pyramid

tempat menarik di san francisco

Imej via [archinect]

Bangunan tertinggi di kota San Francisco ini adalah destinasi percutian menarik terkini boleh anda kunjungi.  Ia merupakan sebuah bangunan yang merupakan pejabat berlantai empat puluh delapan dimana ia dikatakan sebagai bangunan tertinggi di dunia ketika mula dibina pada tahun 1972.

Ciri bangunan ini agak mencabar kerana ia agak runcing dan mengerucut sehingga hujungnya tinggi. Ia juga mempunyai 48 lantai, 15 lift, 3 lift barang dan juga 3.678 jendela. Anda boleh menaiki bangunan ini untuk melihat pemandangan seluruh bandar San Francisco ini dari atas.

6. Coit Tower – Telegraph Hill

tempat menarik di san francisco

Imej via [airzus]

Tahukah anda, Coit Tower menjadi lambang dan  ikonik di cakrawala San Francisco? Tempat menarik di San Francisco ini membolehkan anda menikmati pemandangan tepi laut dan seluruh pemandangan kota ini. Anda juga boleh melihat taman kecil di belakang menara tersebut.  Parking sangat mudah didapatkan, oleh itu, para pelancong tidak akan mengalami masalah untuk meluangkan masa di sini.

7.  Alcatraz Island (Pulau Alcatraz)

tempat menarik di san francisco

Imej via [thesun]

Terkini buat pelancong, anda boleh bercuti di Pulau Alcatraz yang merupakan pulau bersejarah dimana ia adalah sebuah benteng pertahanan militer, seterusnya ia pernah dijadikan penjara. Kini, pulau yang berada di tengah San Fransisco Bay, California, Amerika Serikat ini menjadi tempat menarik di San Francisco untuk anda kunjungi dan bercuti. Anda boleh singgah di Golden Gate, restoran yang disediakan, water tower, perpustakaan dan banyak lagi tempat di sini.

8.  Winchester Mystery House

tempat menarik di san francisco

Imej via [thewrap]

Winchester Mystery House yang terletak di selatan San Francisco ini agak misteri, unik dan rasanya tidak terdapat di tempat lain. Dengarnya, Sarah Winchester telah membina rumah ini dengan sangat besar iaitu mempunyai 160 bilik dan 40 bilik tidur tetapi malangnya rumah ini tidak pernah disiapkan sehinggalah Sarah meninggal dunia pada tahun 1922.
Menarik lagi, rupanya Sarah sengaja tidak siapkan rumah ini kerana tukang tilik pernah berkata agar tidak siapkan rumah ini supaya tiada nasib malang yang menimpa dirinya.

Ada yang mengatakan bahawa dia membina banyak bilik untuk mengelirukan roh hantu di dalam rumahnya. Perjalanan dalam Winchester Mystery House ini akan memakan masa selama 1 jam untuk anda melawat tempat penting, bilik misteri dan setiap bilik.

9. Fisherman’s Wharf

tempat menarik di san francisco

Imej via [hoodline]

Fisherman’s Wharf merupakan tempat menarik di San Francisco yang mencakupi pelbagai restoran menarik, kedai sovenir serta kedai coklat dan pakaian yang boleh anda singgah. Pendek kata, ia adalah tempat beli barang-barang yang anda mahukan. Selain itu, anda juga boleh membeli pelbagai jenis roti di sebuah kedai roti di sini.

10. Haight-Ashbury District

tempat menarik di san francisco

Imej via [viator]

Jalan Haight-Ashbury adalah tempat yang boleh anda terokai bagi mengenal sejarah dan masyarakat di sini.  Terdapat pelbagai kedai yang boleh anda singgah untuk membeli pakaian, aksesori, sepatu, dan pelbagai barang lagi.

Anda juga boleh melihat keindahan mural hitam putih di separuh bangunan dua lantai berdekatan dengan kedai buah.  Haight-Ashbury juga terkenal dengan kedai tatu dan tindik yang memberikan perkhidmatan tersebut kepada semua orang.

11. Union Square

tempat menarik di san francisco

Imej via [hilton]

Union Square terkenal sebagai salah satu tempat menarik di San Francisco yang memiliki patung berbentuk jantung hati, malah tamanan di sini pula adalah sebagai paru-paru kepada kota tersebut. Selain bersiar-siar di taman, anda boleh melawat galeri seni dan membeli belah. Pelbagai kedai, butik eksklusif dan kompleks beli belah boleh anda singgah di sini.

12. Lombard Street

tempat menarik di san francisco

Imej via [flickr]

Tempat menarik di San Francisco yang bakal membuatkan anda teruja adalah Lombard Street. Ia merupakan tempat percutian mencabar dimana anda boleh menaiki kereta mengikut jalan-jalan yang telah disediakan ini.
Lombard Street amat berliku dan menurun sepanjang perjalanan dengan taman di sekitar jalan ini. Anda harus mengemudi kenderaan dengan berhati-hati. Untuk itu, gunakanlah batas kecepatan 8 km/jam atau 5 mph.Pelancong pasti suka melakukan aktiviti di sini kerana ia amat  unik dan jarang ada di dunia.

Untuk memudahkan anda, Pola zig-zag berfungsi menambah kesan dalam mengemudi kenderaan. Sekiranya anda berjalan kaki, anda boleh menikmati keindahan alam sepanjang berada di sini.

13.  Cable Car

tempat menarik di san francisco

Imej via [tes]

Seronoknya bila dengar ada Cable Car di SanFrancisco ni! Tak sabar nak naik Cable Car versi San Francisco pula. Inilah yang ditunggu-tunggu oleh para pelancong yang berkunjung ke sini. Anda boleh menaiki Cable Car dari pusat bandar di Market Street dan akan dibawa sehingga ke penghujung laluan di Bay Area.

Memandangkan kebanyakan jalan raya di sini strukturnya berbukit-bukit, menaiki Cable Car adalah perkara terbaik di samping anda juga ingin merasai pengalamannya. Ada masanya apabila cable car melalui jalan curam, akan terdengar suara jeritan seolah-olah anda menaiki roller coaster pula. Tidak dinafikan lagi, ia sangat menyeronokkan dan bibir anda pasti takkan lekang dengan senyuman!

14. Golden Gate Park

tempat menarik di san francisco

Imej via [eventbrite]

Tempat menarik di San Franscisco ini sangat indah umpama taman bunga jika dilihat pertama kali. Golden Gate Park merupakan sebuah taman indah yang boleh anda kunjungi untuk bersantai dan berekreasi.  Tahukah anda, taman ini tidak lengang dengna orang tetapi purata tahunan pengunjung ke sini adalah sebanyak 13 juta orang setahun.

Di sini, anda dapat bersiar-siar di kawasan monumen, taman bermain, kebun dan banyak lagi kawasan.  Selain itu, anda boleh jogging dan bersukan di sini kerana kawasannya juga terbuka untuk orang awam. Taman Golden Gate ini juga boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti majlis perkahwinan, event sukan dan macam-macam lagi.

Lain-Lain Tempat Menarik Di San Francisco

Selain dari tempat percutian yang telah kami kongsikan, terdapat banyak lagi tempat menarik di San Francisco boleh anda kunjungi. Anda boleh memilih konsep percutian yang anda inginkan, sama ada ingin percutian yang santai, melakukan aktiviti mencabar, bermain air, menerokai kesenian tempat bersejarah dan lain-lain lagi, semuanya terpulang kepada anda. Jom lihat tempat menarik di San Francisco yang seterusnya.

15. Silicon Valley

16. Chinatown

17.  Aquarium Of The Bay

18. Twin Peaks

19.  Painted Ladies

20. Muir Woods National Monument

21.  Madame Tussauds San Francisco

22. San Francisco–Oakland Bay Bridge

23. Baker Beach

24. Palace Of Fine Arts

25. California Academy of Sciences

Itulah dia tempat menarik di San Francisco terkini yang boleh anda kunjungi. Jadikanlah destinasi pelancongan terindah ini sebagai tempat percutian yang anda inginkan. Jangan lupa beli cenderahati juga untuk dibawa pulang ke Malaysia.  Kawan dan keluarga pasti tak sabar menanti kepulangan anda untuk bertanyakan pengalaman percutian anda yang menarik.

Jom baca juga tempat menarik di Ubud Bali, tempat menarik di Rusia, tempat menarik di Uzbekistan dan tempat menarik di Rome. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda.

Rujukan:

  1. wisatamuda
  2. thevocket
  3. tripadvisor

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.