Orang dulu-dulu kata, bila malang bertimpa-timpa ni kena mandi bunga. Itu orang kata la. Bagi ammboi, pihak Malaysia Airlines (MAS) nampaknya kena banyakkan berdoa agar apa yang mereka lakukan berjalan lancar dan selamat.

Kalau sebelum ini kes kehilangan MH370 masih belum terungkai, terbaru sebuah pesawatnya dirempuh sebuah kereta Perodua Viva di lapangan terbang. Pihak MAS mengesahkan insiden kereta lapangan terbang jenis Perodua Viva berlanggar dengan bahagian badan pesawat B737-800 miliknya menyebabkan penerbangan MH740 ke Yangon, Myanmar terpaksa ditunda selama 40 minit pagi tadi.

perodua viva langgar mas

Pengarah Operasi MAS Kapten Izham Ismail berkata dalam laporan myMetro jurutera di lokasi segera melakukan pemeriksaan awal dan mendapati tiada kerosakan serius yang boleh mendatangkan risiko terhadap struktur pesawat. Bagaimanapun, pesawat berkenaan tidak dibenarkan berlepas agar pemeriksaan lebih lanjut dapat dibuat.

viva langgar pesawat mas pesawat mas dilanggar perodua viva

Difahamkan pemandu kereta milik vendor berkenaan juga telah diambil tindakan. Akibat kejadian itu, penerbangan yang dijadual berlepas 10.05 pagi itu terpaksa ditunda dan penumpang dipindahkan ke penerbangan seterusnya pada jam 10.45 pagi.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.