Sebagaimana yang kita tahu bekas pasangan suami isteri Norman Hakim dan Abby Abadi kini sudah memiliki kehidupan sendiri. Masing-masing sudah mempunyai pasangan baru dimana, Norman sudah bernikah dengan Memey Suhaiza manakala Abby pula sudah menjadi isteri Farhan.

Kita juga tahu, hubungan Norman dan Abby tetap baik apatah lagi mereka memiliki anak-anak. Abby juga dilihat begitu rapat dengan Memey. Boleh dikatakan mereka selalu memuat naik gambar ketika bersama.

Bagaimana pula dengan Norman? Apa reaksinya ketika berjumpa Farhan?

Kalau sebelum ini agak kurang gambar Norman dan Farhan. Namun baru-baru ini Norman sempat bersemuka dengan suami baru Abby Abadi itu ketika sama-sama menyambut hari ulangtahun kelima anaknya.

Reaksi Norman Hakim jumpa suami baru Abby Abadi

Berikut ialah beberapa keping gambar menarik antara Norman Hakin dan Farhan yang sempat dimuatnaik di laman sosial sebagai tatapan peminat:

Norman Hakim dan Farhan

Gambar ini menurut sumber mungkin buat kali pertama dua jejaka ini berjumpa dan mereka berdua kelihatan sangat gembira dan santai. Perasaan benci dan dendam langsung tidak ada pada mereka.

Baguslah kalau macam tu. Dah ada kehidupan masing-masing buat apa nak bising lagi kan. Semoga berbahagia semua hendaknya. Amin.

Sumber asal: plbgaimacam


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.