Malang tidak berbau. Rasanya sudah kerap juga berita mengenai kemalangan melibatkan eskalator atau orang kampung panggil tangga bergerak di pasaraya. Terbaru, seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun mengalami kecederaan serius hingga terpaksa menjalani pembedahan selepas terjatuh di eskalator yang sedang bergerak.

kanak-kanak tersepit eskalator

Memetik sumber berita indoboom.com, kejadian berkenaan belaku di sebuah pusat beli belah di Jakarta, Indonesia. Lim Yuan Hong dikatakan sedang melompat-lompat di tangga eskalator sebelum terjatuh membuatkan badannya tersepit di celah tangga bergerak tersebut, ketika insiden yang berlaku sekitar jam 9 malam di Pluit Village Mall, Penjaringan pada 27 Disember lalu. Ketika kejadian kanak-kanak tersebut bersama ibu dan pengasuhnya.

budak tersepit eskalator

Ketua Polis Penjaringan, Sujudi Ario Seto yang mengesahkan kejadian ini menyatakan siasatan masih berjalan namun punca utama dipercayai kerosakan eskalator. Insiden tersepit antara tangga eskalator bagaimanapun bukan kali pertama menimpa. Empat kes serupa turut dilaporkan di China setakat Mei tahun lepas sahaja, malah ada yang meragut nyawa.

budak parah terkepit eskalator

Selain ciri-ciri keselamatan eskalator yang harus dipertingkatkan, ibu bapa atau orang dewasa yang membawa anak-anak juga seharusnya lebih peka mengawasi anak-anak ketika membawa mereka ke pusat beli belah sebab benda buruk nak berlaku kadang-kadang dalam sekelip mata saja.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.