Rasanya ramai lagi tak pernah dengar tempat ni, HUA HIN. Mana tu? Jadi artikel ini nak share untuk sesiapa yang nak pergi short trip or weekend gateway macam penulis-penulis asal ini. Especially siapa-siapa yang suka bergambar.

Ingin berasa seperti di Morocco, Italy, Santorini Greece dan Switzerland? Hua Hin boleh memberi anda pengalaman seperti travel ke 4 negara dalam 2 hari je tau. Itinerary bermanfaat ini dikongsi oleh Puan Siti Raudhah dan Puan Zulaikha Zailani.

Hua Hin Thailand Oktober 2018 (3H2M)

Day 1

Air Asia je yang ada direct flight setakat ni 4x seminggu dan sehari cuma ada 1 waktu penerbangan. So kami pilih Jumaat smpai Ahad. Jimat sikit cuti. Flight Jumaat jam 10 pagi. Sampai Hua Hin airport jam 11 pagi waktu tempatan (Thailand). Kuala Lumpur ke Hua Hin (2 jam perjalanan). Dari Bangkok ke Hua Hin pun tak jauh sangat so boleh consider singgah sini juga kalau anda dari Bangkok.
Return flight : RM275/pax

Sewa kereta dekat airport (Hertz) 1669 baht untuk 2 hari (pickup time 11 pagi Jumaat dan return jam 10 pagi Ahad). Book kereta Mirage tapi smpai-sampai mereka upgrade FREE ke Honda Jazz. Alhamdulillah rezeki. Maklumlah seorang member ni kerja purchasing so habis semua dia nego. Highway di Hua Hin ni macam jalan biasa dekat town je tau. Tapi still kena alert speed limit juga ya.
Sewa kereta : Total 1669 baht utk 2 hari (RM215) / RM54/pax
Minyak : Total 640 baht utk 2 hari (RM80) / RM20/pax

11.15 pagi, Terus ke MERCADO DE PLEARNWAN.
Dekat je dari airport. Dari jauh nampak clown melambai-lambai. Parking je bayar 40 baht tapi entrance percuma je. Dalam ni macam local market, handcraft, mini fun fair, mula la misi tangkap-tangkap gambar. Dah penat begambar, perut pun dah lapar. Kami lunch dekat MOOZ HUA HIN HALAL FOOD.
Parking @ Mercado : Total 40 baht / RM1.20/pax
Lunch @ Mooz : 805 baht for 4 pax (RM102) / RM 25.50/pax


2 ptg, Kami cuci mata kejap di PREMIUM OUTLET CHA-AM.
Ini kalau di Malaysia, macam Freeport Melaka tapi kecil sikit. Banyak sports brand. Sejam je dekat sini sebab misi bukan nak shopping. Cakap macam ini sebab tak jumpa benda yang berkenan sebenarnya. Selamat juga duit. Hihi.
Parking : Free


3.15 ptg, Kami terus ke CAMEL REPUBLIC.
Ini ala-ala Morocco tu sebab design wall dia semua cantik-cantik. Seni sangat cuma kami je tak pandai sangat ambil gambar. Tangan tak berseni. Haha. Sini boleh buat aktiviti juga macam rides, 4D theater tapi semua kena bayar asing lah ya. Kami spend time di sini bagi unta makan, tengok Alpaca, Sheep, Flamingo, Pony, Mara (ala-ala rabbit tapi nampak macam mini kangaroo pun ada).
Entrance fee : 150 baht/pax (RM19)

5 petang, Kami sejukkan tekak dekat McD tak jauh dari Camel Republic.
Apa yang special dekat McD? Tadi bagi unta makan sayur, now bagi member seorang ni makan salad. Teruja dia tengok ada salad kat McD sini. Kami chill minum coffee je.


6 petang, Sampailah dekat VENEZIA HUA HIN (acah-acah Italy).
Nak masuk kena bayar. Kami naik gondola baru lah feel Italy tu lengkap kan. Ada banyak pakej. Nanti boleh tengok gambar. Sebab sampai dah senja, kami ambil pakej gondola ride je. Best juga naik. Romantik sangat. Tapi dah nak habis tu, gondolier tu sempat pula dia kenakan kami. Senget-senget gondola tu dibuatnye.
Entrance fee + Gondola ride: 250 baht/pax (RM31)

7.30 malam, Pergi night market di CHATSILA MARKET.
Standard Thailand mana-mana pergi mesti ada night market. Sampai-sampai je nampak pula banyak kedai massage. Apa lagi? Masing-masing time tu acah-acah lenguh kaki dan macam-macam. Padahal baru 1st day. Hehe. Murah pula tu 200 baht sejam. Apa lagi semua pun laju je masuk. Ada private room lagi untuk 4 org. Dah habis, so ronda-ronda cari souvenir. Kami beli dekat seorang nenek ni murah je 1 fridge magnet 10 baht. Beli 10 dapat 1 free. Ok lah kan. Nenek tu pon baik je layan kami. Nama gerai dia HUA HIN REMINDER.

9.30 malam, Baru nk dinner.
Mana lah tak bambam mkn lambat-lambat kan. Kami dinner di Muslim Halal Food betul-betul sebelah TH Beach Hotel. Sini ada pancake juga.
Dinner : Nasi goreng + ice lemon tea 107 baht/pax (RM13)

10.30 malam, check in Hotel di Hua Hin Premier Resort.
Kami book family suite. Hotel ni sesuai untuk sesiapa yang drive sebab ke dalam sikit. Tapi hotel ni memang cantik sangat, bilik besar untuk kami berempat. 2 king bed.
Hotel 2 mlm : RM71.50/pax

Day 2

8 pagi, Sarapan kami beli di 7e saja.
Cari susu dengan roti. Make sure cari yang ada logo halal ya. 7e di Hua Hin ni macam cendawan tumbuh lepas hujan. Banyak sangat-sangat.

8.30 pagi, Pergi RAJABHAKTI PARK.
View nice sangat-sangat untuk ambil gambar dekat monumen itu. Dengan rumput hijau dia, awan cantik. Sini nak buat aksi lompat-lompat boleh sangat sebab kawasan lapang. Tapi kena pandai-pandai cari mangsa tukang ambil gambar lah. Dah burst pun tak juga jadi semua gambar lompat. Alhamdulillah cuaca sangat baik walaupon tengok ramalan cuaca sebelum tu petir semua.
Parking : Free


9.30 pagi, HUA HIN RAILWAY STATION
Ini stesen keretapi paling cantik di Thailand tau. Kami singgah lah kejap posing-posing ambil gambar.

10.30 pagi, sampai dekat SANTORINI PARK (acah-acah Santorini Greece)
Teruja sangat sebab building putih-putih saje. Cantik. Basically tempat ni outlet tapi setiap shop boleh bergambar luar dia sebab lain-lain design. Tips dia, jangan pakai baju warna biru nanti tenggelam dalam gambar. Hihi. Mostly yang datang memang untuk photoshoot dan sebagainya.
Santorini park : RM19


12 tengahari, Lunch di AMINAH SEAFOOD
Makan hidang kat sini. Order ikan stim limau, omelette yang rangup, somtam, ayam pad kra praw. Sedap! Laju masing-masing makan.
Lunch : 615 baht for 4 pax (RM78.40) / RM19.60/pax

2.30 petang, SWISS SHEEP FARM (acah-acah Switzerland)
Again, sini memang port ambil gambar cantik-cantik. Ada kincir angin dan sebagainya. Pandai lah mereka buat tempat ni sebab view cantik. Entah berapa kali cakap cantik kan. Suka dekat sini. Bagi sheep makan.
Swiss Sheep Farm : RM13/pax

3.30 petang, Balik hotel kejap untuk solat dan rest. Sebab dekat luar panas sangat. So standby air mineral banyak-banyak ya.

5.30 ptg, HUA HIN BEACH
Plan nak tengok sunset. Last-last sampai dah habis sunset dah. Salah sendiri sebab dah balik hotel tadi sedap pula membuta. Katil yang salah sebenarnya sebab empuk sangat. Haha.

6.30 petang, Dinner di restoran HUA HIN BEACH BEST FOOD. Area beach juga. Tomyam sini lagi mengancam. Member-member lain makan pad thai. Dan ada Indian food juga tau. So ada variety makanan di sini.
Dinner 2nd day : 170 baht/pax (RM21)

8 malam, Pergi lagi Chatsila Night Market
Sebab dah malam terakhir ni nak habiskan thai baht yang ada. Hehe. T-shirt material elok baru 100 baht. Murah juga.

10.30 mlm, Balik hotel.

Day 3

7.45 pagi, Check out hotel.

8.15 pagi, Sarapan dekat area railway station. Ada seorang akak manis ni jual pulut ayam. Sedap. 25 baht je. Kalau nak cari gerai dia, betul-betul depan Hua Hin Coffee Station.
Breakfast : 25 baht/pax (RM3)


9 pagi, Terus ke airport untuk check in bag. Lepas tu keluar balik pergi FN OUTLET 4km je dari airport. Sebab flight jam 11.30 pagi so banyak masa lagi. Lagipun airport dia tak ramai org so tak risau kena beratur lama pun. FN Outlet ni tak la besar sangat. Ada jual perfume, Skechers, Radley dan macam-macam lagi.

10.20 pagi, Terus ke airport dan return car.
Time check passport, staf tu siap tanya ‘Are u the last one?’ Pusing belakang tengok memang tak de orang dah. Haha. Happy dia dah boleh tutup kaunter hari tu. Sebab memeang 1 flight je sehari. Make sure powerbank kena handcarry ok.

11.15 pagi, Ready to depart. Naik-naik saja terus beli Maggi. FA siap tanya ‘Kenapa makan tak sedap ke di Hua Hin?’ Saya cakap ‘Sarapan tadi tak kenyang. Sarapan susah sikit cari kedai sedap’ . Then dia cakap ‘Patut pergi area masjid. Sana banyak makanan sedap-sedap siap ada roti canai’ katanya.

2.15 petang (waktu tempatan Malaysia) Home Sweet Home. Esok kerja!

Total trip : RM600++

*Menarik kan? Hua Hin boleh memberi anda pengalaman travel ke tempat yang lebih jauh seperti di Morocco, Greece dan sebagainya. Jadi jangan lepaskan peluang. Dah baca artikel ni mesti anda rasa ingin pergi hujung minggu ini juga kan? Have a safe trip ya!

Rujukan:

Facebook page : Kaki Travel


Penulis: Siti Khadijah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.