Awas! Ada kesan sampingan jika terlebih minum air detoks lemon! Macam-macam cara dan kaedah yang digunakan untuk menurunkan berat badan. Sudah tentu bagi mereka yang sedang diet air lemon ini memang tak asing lagi.

Air lemon kini menjadi sebahagian minuman yang wajib ada untuk tujuan detoks membuang toksin yang juga salah satu cara untuk menurunkan berat badan.

3 KESAN SAMPINGAN JIKA TERLEBIH MINUM AIR DETOKS LEMON

Kebiasaannya botol air berisi hirisan lemon ini selalunya menjadi bekalan wajib mereka yang berdiet hingga kadang-kadang ada yang membawa beberapa botol besar untuk minuman seharian di tempat kerja.

Tapi tahukah anda bahawa air lemon ini kalau diminum berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik untuk tubuh. Tiga perkara berikut mungkin anda alami jika mengambilnya terlalu banyak.

Oleh itu, kurangkan pengambilannya jika kesan dibawah ini sudah anda rasai.

Kesan-kesannya adalah:

1. Hakisan gigi

Terlalu banyak mengambil makanan atau minuman berasid seperti air lemon bergelas-gelas akan menyebabkan gigi turut kerap diselaputi asid. Ia mampu menghakis enamel gigi dan membuat gigi semakin sensitif pada makanan sejuk dan panas. Bagi melindungi gigi ketika minum minuman berasid sebaiknya gunakan straw.

2. Pedih ulu hati

Minum air lemon juga boleh mencetuskan pedih ulu hati. Ia akan menjadi lebih serius jika anda pernah mengalaminya sebelum ini. Pedih ulu hati ini akan menyebabkan rasa panas dan juga sakit di bahagian dada. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman berasid untuk mengelak serta mengurangkan simptom pedih ulu hati.

3. Kerap buang air dan dehidrasi

Ini juga salah satu kesan sampingan yang mungkin anda alami jika terlebih minum air lemon. Buah ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Nutrien ini memang bersifat diuretik yang bermakna ia meningkatkan penghasilan urin oleh buah pinggang untuk membantu tubuh mengeluarkan cecair dan sodium berlebihan dengan cepat.

Sekiranya anda merasai tanda-tanda seperti diatas iaitu dehidrasi seperti mulut kering, haus, pening kepala atau mengantuk segera kurangkan pengambilan air lemon.

Dalam pada itu, ppa-apa makanan pun kalau diambil berlebihan akan jadi tak elok, jadi bersederhanalah. Jangan kerana mahu kurus cepat, penyakit lain pula yang datang. [vanilakismis]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.