Terengganu Darul Iman merupakan negeri yang terletak di pantai timur semenanjung Malaysia yang kaya dengan khazanah bumi dan laut serta maju membangun dalam pelbagai sektor.  Negeri Terengganu terdiri daripada 7 daerah dan Besut adalah salah satu negeri yang menjadi tarikan para pelancong yang datang ke daerah berkenaan. 

tempat menarik di kuala besut

Imej via [ohfishiee]

Keistimewaan yang dapat dinikmati ketika berada di negeri Terengganu ini adalah pelancong dapat menikmati pelbagai makanan laut yang segar. Rata-rata makanan tradisional di Terengganu lebih kepada yang berasaskan ikan, sotong, udang dan rasa menu lauk makanan tradisional juga tidak terlalu pedas seperti di negeri Melaka dan Negeri Sembilan.  Bagaimana pula dengan tempatnya? Jom lihat senarai tempat menarik di Kuala Besut.

 

1.  Bukit Keluang

tempat menarik di kuala besut

Imej via [YouTube]

Bukit Keluang di Besut ini mempunyai tarikannya yang tersendiri, yang memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikan alam semulajadinya.  Tempat menarik di Kuala Besut ini membolehkan anda melakukan aktiviti-aktiviti pilihan tersendiri seperti memancing, bermain wau dan sebagainya.

Bukit Keluang ini terletak 4 km dari Pekan Kuala Besut. Ia boleh dilawati melalui jalan darat sama ada teksi dari Kuala Besut atau Jerteh.  Melalui jalan dari Kuala Besut ke Jerteh, terdapat pintu gerbang pada laluan tepi jalan untuk ke sana.  

Kemudahan fasiliti seperti rumah rehat, restoran, tandas awam dan wakaf juga disediakan untuk memudahkan para pengunjung menggunakannya.  Pantai yang bersih, lautan yang kebiruan, kehijauan hutan menjadi tarikan ramai pengunjung. 

 

2.  Kolam Air Panas La ( La Hot Spring )

tempat menarik di kuala besut

Imej via [tempat menarik]

Antara tempat menarik yang terdapat di Besut adalah Kolam Air Panas La atau dikenali sebagai La Hot Spring.  La Hot Spring ini terletak di Jerteh dimana anda akan melalui jalan dari sana terus menuju ke kolam air panas ini.  

Sambil-sambil menyusuri perjalanan yang agak lama, nikmatilah pemandangan desa serta kehijauan flora dan fauna yang ada di sekelilingnya. Pelbagai aktiviti yang dapat anda lakukan di Hot Spring ini. 

Semestinya berendam di dalam air panas merupakan faktor utama mengapa pengunjung ingin berkunjung ke tempat ini. Bagi yang sukar untuk mandi, mungkin merendamkan kaki adalah aktiviti yang sesuai untuk anda. Duduk sahaja di tebing, rendamkan kaki dan relax. 

3.  Masjid Kayu Ulu Albab

tempat menarik di kuala besut

Imej via [tripadvisor]

Masjid yang indah serta serba unik yang melambangkan keagungan dan ketamadunan tinggi islam Nusantara ini juga adalah tempat menarik di Kuala Besut. Masjid ini menawarkan rekabentuk menarik berasaskan seni bina pertukangan Melayu yang di adun dengan ciri-ciri islamik. 

Ia mampu menampung kapasiti jemaah sekurang-kurangnya 1500 jemaah. Fasad luar Masjid ini terserlah keindahan senibinanya apabila semua pintu utama di ukir awan larat, motif bunga dan ukiran ayat-ayat suci Al-Quran. Bangunan ini terdiri daripada 3 tingkat dan mempunyai serambi iaitu ruang terbuka di tingkat dua sebagai tempat menunaikan solat. 

Unsur abstrak pada ukiran kayu di bahagian tangga pula menggambarkan ombak yang sinonim dengan kehidupan penduduk di pantai timur.  Jadi tidak hairanlah, sekiranya masjid ini boleh di jadikan tempat para pengunjung untuk melawat dan mengkaji sendiri asal usul nya.

 

4.  Pantai Air Tawar

tempat menarik di kuala besut

Imej via [pelancongan-terengganu]

Tempat menarik di Kuala Besut ini adalah tempat rekreasi tepi pantai yang agak menarik untuk di kunjungi jika anda melalui jalan pantai Terengganu Kelantan.  Namanya sahaja pantai Air Tawar tetapi airnya masin seperti air laut yang lain. Bukan sahaja aktiviti air boleh anda lakukan, tetapi banyak lagi aktiviti seperti menaiki ATV, menunggang kuda dan juga aktiviti sukan yang lain.

Pasirnya sangat cantik putih seperti pasir di Pulau Redang. Kemudahan lain seperti kedai ataupun restoran di sediakan untuk para pengunjung datang singgah untuk menikmati menu hidangan laut seperti sotong, ikan dan sebagainya. 

Pemandangan menarik pada waktu pagi membolehkan anda melihat matahari terbit dan begitu juga dengan suasana matahari terbenam. Penggemar foto pasti tidak akan melepaskan peluang ini untuk merakam keindahan pantai di sini.

 

5.  Jeti Kompleks Perikanan

tempat menarik di kuala besut

Imej via [tempatmenarik]

Para pengunjung berpeluang ke Jeti Perikanan LKIM di Besut ini kerana ia juga tersenarai sebagai tempat menarik di Kuala Besut untuk anda singgah.   Pelbagai hidupan laut di sediakan oleh para nelayan untuk dijual kepada pemborong dan pelanggan.

Jeti ini terletak di seberang pekan Besut, kedudukannya yang strategik di muka muara dan berdekatan dengan pekan Besut menjadikan jeti ini sangat meriah.  Meriah dengan pemborong dan peruncit yang datang dari segenap tempat terutamanya di negeri lain seperti Kelantan.

Tangkapan laut segar seperti ikan, sotong, udang dan ketam boleh anda dapatkan dengan harga yang murah. Di samping itu, para pengunjung berpeluang untuk bersiar-siar di kawasan jeti untuk menikmati pemandangan di sekitar pantai ini.  Aktiviti memancing dengan menaiki sampan yang telah disediakan oleh para nelayan ini juga amat menyeronokkan.

 

6.  Hutan Lipur Lata Tembakah

tempat menarik di kuala besut

Imej via [terengganumyheritage]

Hutan Lipur Lata Tembakah terletak di Jerteh ini adalah tempat pusat tarikan kepada pengunjung yang inginkan suasana air terjun yang aman dan mendamaikan.  Bunyi laluan air yang mengalir dari atas bukit dan hirupan udara yang segar membantu anda menenangkan fikiran di sini.

Kejernihan airnya membuatkan sesiapa sahaja yang datang pasti akan tidak melepaskan peluang untuk bermandi-manda atau berkelah bersama keluarga.  Pemandangan sekelilingnya yang hijau mampu menenangkan mata yang melihatnya.

Hutan Lipur Lata Tembakah ini sepenuhnya diawasi oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dan keasliannya di pelihara untuk mengekalkan keindahan tempat tersebut.

 

7.  Lata Belatah

tempat menarik di kuala besut

Imej via [welcomenetizen]

Tempat menarik di Kuala Besut seterusnya adalah Hutan Lipur Lata Belatah yang merupakan pintu masuk utama kepada pendaki ke Gunung Tebu. Pelbagai kemudahan disediakan seperti gerai, talak perkhemahan dan tandas yang dilengkapi dengan kemudahan elektrik.

Kawasan ini menjadi pilihan utama kepada para pendaki untuk melakukan aktiviti pendakian dan perkhemahan di sini.  Air terjun yang mengalir di lata ini begitu sejuk.  Setiap hujung minggu, ramai pengunjung akan bertandang ke sini untuk menikmati keindahan alam semulajadi.

Kawasan bawah air terjun ini mempunyai air sungai yang cetek tanpa batu yang banyak untuk memudahkan anak-anak kecil bermain air berbanding air terjun di atas yang amat deras dan berbahaya.

 

8.  Paragliding di Kota Putera

tempat menarik di kuala besut

Imej via [sini]

Paragliding ini telah popular di malaysia dan dikatakan aktiviti yang patut dicuba oleh semua orang.  Terdapat beberapa lokasi rasmi paragliding di Malaysia seperti Bukit Jugra di Banting, Gunung Ledang, Bukit Chendering di Terengganu, Bukit Sendayandi Negeri Sembilan dan beberapa lokasi lain. Yang terbaru adalah di Bukit Bubus, Besut Terengganu.

Kota Putera Paragliding Park ini berdekatan dengan Bukit Keluang Terengganu. Apa yang menariknya, peminat dengan sukan luncur udara ini boleh berada di awangan dari 300 hingga 500 meter daripada paras laut.

Pada paras tersebut, anda dapat menikmati keindahan panorama jajaran Bukit Kluang dan Laut China Selatan yang terbentang luas.

 

9.  Pasar Tani

tempat menarik di kuala besut

Imej via [jerteh]

Pasar Tani di Kuala Besut ini sememangnya luas dan menawarkan pelbagai pilihan barangan seperti makanan, pakaian, perkakas dapur, binatang peliharaan, kraftangan, perabot dan juga perhiasan rumah. Pasar Tani ini beroperasi seawal 7 pagi sehingga 12 tengahari.

Kebiasaannya, barangan yang di jual di Pasar Tani ini menawarkan harga yang murah dan berpatutan.  Jika anda pandai tawar-menawar mungkin anda akan dapat harga yang diinginkan. Pasar ini berdekatan dengan jeti ke Pulau Perhentian menyebabkan ia juga menjadi tarikan kepada pelancong untuk singgah membeli belah di sini. 

Menariknya, makanan yang dijual di pasar ini kebanyakannya adalah buatan penjual tempatan dengan pelbagai pilihan jenis makanan.  Terdapat buah-buahan, pakaian baru, bundle, barangan antik, makanan basah dan makanan kering.  Jika ada kelapangan, jangan lupa untuk bertandang ke sini untuk membeli belah.

 

10.  Gunung Tebu

tempat menarik di kuala besut

Imej via [naeltrg]

Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Negeri Terengganu, juga dikatakan tempat menarik di Kuala Besut. Gunung Tebu mempunyai ketinggian 1039 meter dan berlatar belakangkan Laut China Selatan.  Anda dapat melihat keindahan Pulau Perhentian dari Puncak Gunung Tebu.

Keunikan yang terdapat di atas puncak Gunung Tebu ialah di puncaknya terdapat sebuah kubur dan tempat yang menjadi pilihan pesilat-pesilat untuk bertapa. Resort serta pondok Jabatan Hutan turut disediakan di sini untuk anda berteduh. 

Seperti biasa, menikmati keindahan alam semulajadi boleh dilakukan sambil melakukan aktiviti lasak seperti mendaki.  Selepas mendaki, anda boleh bermandi-manda di kawasan air terjun berhampiran.

 

11.  Pulau Perhentian

tempat menarik di kuala besut

Imej via [HolidayGoGoGo]

Anda boleh manaiki bot atau feri dari jeti Kuala Besut untuk ke pulau perhentian. Aktiviti riadah seperti bermandi-manda, berenang, memancing dan lain-lain lagi boleh anda lakukan di tempat menarik di Kuala Besut ini.

Ramai yang memilih untuk bercuti di pulau ini kerana lokasinya yang strategik, menyeronokkan, penuh pelbagai aktiviti dan yang menariknya adalah airnya biru dan cantik. Anda boleh snorkeling, scuba, melihat tarian hula dan api pada waktu malam, melawat perkampungan nelayan, menaiki bot bersiar-siar di setiap kepulauan, bersantai di persisiran pantai dan bermandi-manda.

Tempat menarik di Kuala Besut ini juga menyediakan resort yang menawarkan tempat penginapan yang cantik kepada sesiapa yang ingin bermalam di pulau ini.

 

12.  Masjid Lapan Kubah

tempat menarik di kuala besut

Imej via [tvsarawak]

Masjid lapan kubah ini seperti Masjid Russia kerana seni binanya seakan-akan St.Basil Cathedral di Moscow, Rusia. Ia tercipta gah di kawasan sawah padi di tengah-tengah kampung menjadikan masjid ini cantik dan menarik untuk di kunjungi.

Keunikan seni bina masjid ini dengan kombinasi warna kubah yang berwarna-warni membuatkan masjid ini mula digunakan sejak tahun lepas dan tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.

Kepada peminat atau pelajar yang meminati senibina ini, anda boleh jadikannya sebagai rujukan dan panduan serta mengenali cara pembinaan dan konsep yang diguna oleh masjid ini.

 

Senarai 18 Tempat Penginapan Dan Homestay di Kuala Besut

tempat menarik di kuala besut

Imej via [gites]

  • Arina`s Homestay – Kuala Besut
  • Ila Homestay – Kampung Kuala Besut
  • Tok Limah Homestay – 6 km dari Pulau Perhentian
  • Homestay Tok Abah Kuala Besut – 2.5 km dari Jeti Pulau Perhentian
  • Izz Bajet – 49 km dari Pulau Redang
  • Permata Guest House – Kampung Kuala Besut
  • Rumah Hentian Ayah – Kampung Kuala Besut
  • Zainab Cottage – 5 km ke Kuala Besut Jetty
  • Iz Village – Kampung Kuala Besut
  • Samudera Hotel – 10 minit dari Bandar Jertih
  • Big Island Teluk Dalam – Kampung Kuala Besut
  • T Lodge – 5 Minit dari Jeti Perhentian
  • Dolphin Bajet Hotel – Kampung Kuala Besut
  • Homestay Humaira Bukit Kluang Besut
  • The Manor Beach Resort – Kuala Besut
  • Layaran Chalet – Kuala Besut
  • Kuala Besut Homestay – Kuala Besut
  • Aryan G100 Homestay – Kuala Besut
tempat menarik di kuala besut

Imej via [thestar]

Gunakanlah peluang dengan mengunjungi tempat menarik di Kuala Besut ini untuk melihat keindahan dan keunikan lokasi pelancongan di dalam negara sendiri. Jom lihat tempat menarik di Sungai Lembing dan tempat menarik di Ampang juga.

 

Rujukan:

  1. Wikipedia
  2. Sirap limau
  3. Harian metro

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.