Bercuti di Penang? Mencari tempat menarik di Penang 2021 ini? Di dalam artikel ini, kami dah kumpulkan hampir 30 tempat menarik di Penang yang percuma serta berbayar anda boleh pergi untuk solo trip ataupun bersama keluarga dan rakan.

Jarak tempat-tempat ni adalah tidak berapa jauh, jadi anda boleh jelajah semua tempat dalam masa sehari ke dua hari sahaja.

Jom tengok satu-satu.

Nota Ammboi: Nak tak saya kongsikan kisah saya bermalam di bilik hotel ini pada harga RM2 untuk 2 hari?

30 Tempat Menarik di Penang

1. Muzium dan Balai Seni Lukis Penang

tempat menarik di penang

Bila anda sampai ke sini, anda akan disambut oleh tugu gangsa Kapten Francis Light. 

Dibahagikan kepada beberapa galeri (Ruangan Seni, Dewan Seri Pinang, Galeri Pameran Tetap) yang didedikasikan kepada komuniti bersejarah Pulau Pinang.

Menempatkan pelbagai hasil seni dari tahun 1965 sehinggalah yang terkini yang anda boleh lihat. 

Pada awalnya bangunan ini merupakan bangunan Penang Free School dari tahun 1821-1927. Kemudian sekolah itu dipindahkan ke Green Lane. 

Bangunan ini dibuka menjadi sebuah muzium pada 14 April 1965 oleh Raja Uda Raja Muhammad dan diiktirafkan sebagai bangunan bersejarah.

Alamat: Ground Floor, Dewan Sri Pinang, Light Street, Penang, 10200 | Harga Tiket: Percuma

2. Penang Skywalk

tempat menarik di penang

Penang Skywalk adalah berdekatan dengan Menara Komtar. Anda boleh ke tingkat 65 dan 68 untuk ke sini.

Bila dah sampai di sana, bersedia untuk menarik nafas yang dalam kerana di sana pemandangannya luar biasa! Rasa macam burung helang yang terbang dengan angin yang bertiup. Nak lagi mencabar, cuba pijak dan berjalan atas gelas kaca yang boleh nampak 249 meter ke bawah.

Kalau anda sedikit gemuruh anda masih boleh menikmati pemandangan dalam suasana bertutup dan aircond pada tingkat 65.

Bawa juga kamera anda, mesti tangkap gambar yang cantik-cantik di sini. Semuanya Instagram worthy

Alamat: THE TOP Penang 1, Jalan Penang, 10000 George Town, Penang | Harga Tiket: Dewasa RM48, Kanak-Kanak RM28

3. Escape Theme Park Penang

tempat menarik di penang

Sukakan aktiviti lasak? Escape Theme Park ni adaah one stop centre untuk semua aktiviti lasak yang anda boleh cuba. 

Aktiviti seperti Adventureplay atas pokok, Monkey Business anda boleh memanjat, Flying Lemur (ZipLining) atau Bungee Jumping dan banyak lagi,

Tak cukup dengan itu, anda boleh bermain air di waterpark dan mencuba 30+ aktiviti lain di sini. Sesuai untuk anda yang sentiasa mahukan cabaran.

Destinasi sesuai untuk berhujung minggu dan cuti sekolah kepada semua. Merupakan salah satu tempat best di Penang pilihan kami.

Alamat: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang | Harga Tiket: 4 – 12 Tahun RM97, 13 – 60 Tahun RM147, 61 – 100+ Tahun RM97 (Harga Tiket Lebih Murah Dibeli Online & Lebih Awal)

4. Wonderfood Museum

tempat menarik di penang

Suka makan? Bagaimana pula dengan makanan yang bersaiz besar? 

Jangan salah sangka, ini bukan tempat makanan yang menghidangkan makanan bersaiz gergasi. Selami sejarah dan budaya makanan yang popular di Penang dengan mempamerkan replika makanan bersaiz besar.

Jangan terkejut dihidangkan dengan teh ais dinosaur yang puas untuk diminum! 

Alamat: Ground Floor, Dewan Sri Pinang, Light Street, Penang, 10200 | Harga Tiket: 49, Lebuh Pantai Georgetown 10300 Penang (Sebelah CIMB bank)

5. Upside Down Museum

tempat menarik di penang

Semua yang ada di sini terbalik termasuklah pintu gerbangnya.

Anda kalau bercuti di Penang, memang rugi kalau tak singgah di sini. Cuba bayangkan anda berada di dalam dunia yang berlainan, di mana semuanya terbalik termasuklah bilik tidur anda.

Cuba posing bergambar seperti Spiderman, mesti nampak meyakinkan. Kalau anda backpacker atau bergerak solo, jangan risau, anda boleh meletakkan beg anda di loker dan ada staf yang akan menangkap gambar anda sementara anda berposing.

Kawasan di sini berdekatan dengan Komtar, jadi kalau anda nak cuba jalan kaki pun boleh. Anda juga boleh sewa basikal di sekitar Penang. Boleh save bajet.

Alamat: 45, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang | Harga Tiket: Dewasa RM19, Kanak-Kanak RM10

6. Suffolk House

tempat menarik di penang

Ini antara tempat menarik di Georgetown boleh anda lawat. Dibina pada awal 1800 dan pernah menempatkan Gabenor British, Suffolk House kini adalah sebuah tempat yang wajib dikunjungi di Penang sekiranya anda sukakan senibina lama.

Ia juga rumah rasmi Captain Francis Light, bangunan di sini sendiri adalah satu seni. Kalau anda sukakan tempat ini, anda juga boleh sewa di sini untuk hari bersejarah anda.

Bangunan kolonial klasik ini juga berdekatan dengan Sungai Air Hitam dan mempunyai ada jambatan bersejarah.

Alamat: 250, Jalan Air Hitam Georgetown 10460 Pulau Pinang 

7. Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum

tempat menarik di penang

Lukisan mural dan seni di sini dikelilingi cahaya yang boleh menampakkan lukisan dari 2D menjadi 3D.

Ilusi optik dengan tema seperti hutan tropika, jambatan bercahaya seperti anda berada di taman fantasi.

Cuba berjalan di atas air terjun yang dilukisnya. Bila bercahaya nampak macam tebing yang tinggi tapi bila gelap, berubah menjadi sungai tebing tinggi yang mengalirkan lava panas.

Alamat: 145, Lebuh Kimberley, 10100 Georgetown, Penang | Harga Tiket: Dewasa RM25, Kanak-Kanak/Warga Emas RM15

8. Teluk Duyung (Monkey Beach)

tempat menarik di penang

Tak sah kalau pergi Penang kalau tak mandi laut. Pantai Teluk Duyung memang terkenal dengan monyet. Itulah sebab digelar Monkey Beach. Jangan risau, monyet di sini takkan mengganggu anda. 

Sangat sesuai untuk mereka yang suka camping. Bagi yang suka mendaki pula boleh cuba mendaki di sekitar bukit yang menempatkan Rumah Api Muka Head.

Alamat: Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang 

9. Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge

tempat menarik di penang

Jambatan ini juga dipanggil Penang Bridge 2 dengan kepanjangan sejauh 24 km yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung.

Nama jambatan ini bersempena dengan Sultan Kedah ke-28, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Alamat: Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Penang

10. Penang Time Tunnel

tempat menarik di penang

Bagi peminat sejarah, anda boleh korek cerita setiap fasa penting dan pembangunan Penang dan bagaimana keadaan berubah mengikut zaman.

Sejarah mengenai bagaimana Penang dijajah tentera Jepun, dan bagaimana Penang ditemukan.

Muzium Terowong Masa ini pasti satu tempat yang mengujakan anda dan anda mesti berhenti di setiap spot untuk mengetahui sejarah di sebalik pameran.

Alamat: 39, Jalan Green Hall, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang | Harga Tiket: Dewasa RM18, Kanak- Kanak RM10.

11. Taman Negara Pulau Pinang

tempat menarik di penang

Ia adalah sebuah taman yang kecil dan diberi nama hutan simpan Aceh oleh penduduk tempatan.

Anda boleh berkhemah di sini, mempelajari ekosistem hutan, melihat hidupan liar, canopy walk, berkelah, menangkap ikan dan bermacam-macam lagi yang dikelilingi kehijauan yang mendamaikan.

Sesuai untuk anda yang nak bercuti santai. 

Memang tempat menarik Penang boleh buat anda rasa refresh!

Alamat: Pejabat Taman Negara P. Pinang, Jalan Hassan Abbas, Balik Pulau, 11050 Pulau Pinang 

12. Muzium Kamera

tempat menarik di penang

Ada yang baru berjinak-jinak dengan dunia fotografi? Mahu belajar tentang sejarah fotografi? Di muzium ini anda akan belajar tentang sejarah kamera.

Tempat bersejarah ini penuh dengan kamera antik tak seperti kamera moden. Ada yang sampai terleka di sini sampai 1-2 jam dengan tarikan lain yang ada di sini, gambar lama, sejarah, lensa dan sebagainya.

Ia adalah satu-satunya muzium kamera di Asia Tenggara yang sangat sesuai untuk anda yang berminat dengan seni fotografi.

Alamat: B3, Astaka Bukit Bendera, Penang | Harga Tiket: Dewasa: RM25, Kanak-Kanak/Dewasa RM15

13. Entopia (Taman Rama-Rama)

tempat menarik di penang

Tempat menarik di Penang bukan setakat muzium atau taman yang biasa. Terdapat juga taman rama-rama.

Masuk sahaja pintu gerbang dan anda akan melalui jalan berterowong yang dihiasi dengan reptilia eksotik. Taman ini bukan sahaja penuh dengan rama-rama tetapi ibarat anda sedang menerokai taman khayalan.

Rama-rama berterbangan bebas di dalam sebuah stadium yang tertutup daripada 60 spesis. Tempat yang menarik untuk mengambil video percutian.

Alamat: Ground Floor, Dewan Sri Pinang, Light Street, Penang, 10200 | Harga Tiket: Percuma

14. Feri Pulau Pinang

tempat menarik di penang

Bercuti ke Penang tak lengkap kalau tak cuba naik feri Penang. Ini merupakan salah satu tempat menarik di Georgetown. Perkhidmatan feri di Penang merupakan yang tertua di Malaysia. 

Malah,dengan tambang yang berpatutan, anda boleh naik feri dan tengok sekitar lautan.

Kalau nak naik feri dengan kereta anda sekali pun jangan risau. boleh sahaja.

Alamat: Pengkalan Weld, George Town, 10300 Pulau Pinang | Harga Tiket: Dewasa RM1.20, Kanak-Kanak (5 – 12 Tahun) RM0.60

15. Rumah P. Ramlee

tempat menarik di penang

Minat dengan filem lama daripada P.Ramlee? Anda boleh kunjungi rumah idola ini di Penang. 

Rumah tempat membesar P. Ramlee kini menjadi sebuah muzium kecil untuk pengikut filemnya.

Ia dihiasi dengan koleksi barangan peribadi allahyarham sepanjang perjalanan karier beliau.

Alamat: Lot 2180, Jalan P Ramlee, Taman Kampar, George Town, 10460 Pulau Pinang | Harga Tiket: Percuma

16. Adventure Zone

tempat menarik di penang

Sebuah tempat hiburan keluarga yang menempatkan tiga gelongsor berbeza yang anda boleh bawa anak-anak untuk bermain. 

Variasi permainan di sini sesuai untuk anak-anak yang sukakan permainan yang extreme tetapi tidak terlalu lasak.

Sementara itu anda boleh rehatkan diri sambil melayari internet dengan akses di sana.

Alamat: Golden Sands Resort, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Tanjung Huma, George Town, 11100 Pulau Pinang | Harga Tiket: 

Pengunjung: RM33 (Sesi 2 jam)

Penginap Resort: Kanak-Kanak RM45 (Pakej Separuh Hari)

17. Made In Penang Interactive Museum

tempat menarik di penang

Muzium lain daripada yang lain. Kerana bukan sahaja boleh memperkasakan ilmu sejarah, tetapi anda juga akan dipamerkan galeri seni 3D. 

Bagi peminat sejarah, ada satu lagi tarikan menarik, iaitu ada binaan miniature sebagai diorama mini yang anda boleh lihat sambil menyelami sejarah Penang.

Alamat: 3, Pengkalan Weld, George Town, George Town, 10300 Pulau Pinang | Harga Tiket: Dewasa RM25, Kanak-Kanak RM15

18. Penang 3D Trick Art Museum

tempat menarik di penang

Di Penang memang terdapat banyak tempat untuk anda bergambar secara kreatif. Salah satunya di muzium ini yang penuh dengan lukisan 3D.

Kalau anda nak tahu seni lukisan di sini bukan hanya ilusi optik yang biasa tetapi ada juga seni seperti suasana kampung, suasana bercuti dan sebagainya.

Menarik bukan?

Alamat: 10 Lebuh Penang, Georgetown, 10200 Pulau Pinang | Harga Tiket: Dewasa RM15, Kanak-Kanak RM10

19. Muzium Perang Penang

tempat menarik di penang

Pernah tertanya-tanya keadaan semasa peperangan zaman dahulu? Anda boleh lihat bagaimana keadaannya di muzium peperangan yang ada di Penang ini.

Di sini ada diorama berkonsepkan Perang Dunia Kedua, memang sesuai untuk anda yang nak belajar tentang peperangan yang pernah ada di Malaysia.

Anda mungkin menghabiskan masa-masa 2-3 jam di sini untuk mempelajari setiap satu pameran yang ada di sini.

Ada juga bangunan lama seperti bilik penyiksaan, penjara, stor simpanan senjata api mampu membuatkan anda termenung dan berfikir betapa takutnya zaman peperangan dahulu.

Alamat: Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, 11960 Pulau Pinang | Harga Tiket: Dewasa RM22, Kanak-Kanak RM12

20. Magic World Penang

tempat menarik di penang

Magic World ini merupakan sebuah tempat untuk bergambar menggunakan ilusi optik yang lain daripada yang lain. 

Masuk sahaja pintu masuk anda akan diuji dengan lorong berliku, iaitu maze berkaca dan anda akan kagum dengan trick yang ada untuk ada tangkap gambar di sini.

Alamat: Magic World Penang, 193, Lebuh Victoria, Georgetown, George Town, Penang | Harga Tiket: Dewasa RM16, Kanak-Kanak RM12

21. Jurassic Research Centre

tempat menarik di penang

Adakah anda peminat dan pengkaji sejarah? Jurassic Centre ini memang sesuai dengan anda.

Cuba dongak ke atas, anda akan nampak dinosaur yang lebih besar daripada haiwan biasa.

Selain itu, ada lebih daripada 200 dinosaur yang dipamerkan. Ada yang bergerak dengan teknologi animatronik. Jangan takut, dinosaur ini sudah lama pupus, mereka takkan kejar anda.

Alamat: THE TOP Penang 1, Jalan Penang, 10000 George Town Penang | Harga Tiket: Dewasa RM78, Kanak-Kanak, OKU & Warga Emas RM48

22. Pasar Chowrasta

tempat menarik di penang

Di sini anda boleh beli oleh-oleh, nak cari makanan Penang di sini pun ada. Semuanya di sini. Sini merupakan tempat best di Penang wajib singgah.

Alamat: Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

23. PG Gold Museum

tempat menarik di penang

Muzium ini bukan sahaja mempamerkan sejarah tentang cara penggalian emas. Ada juga jongkong emas seberat 50 kg untuk anda cuba pegang. 

Masuk sahaja muzium ini anda akan lihat proses awal cari-gali dan mendulang emas sehinggalah meleburkan emas ke bentuk yang sesuai. Malah kalau nak, anda juga boleh sertai proses mendulang ‘emas’ sendiri.

Alamat: Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

24. The Gravityz

tempat menarik di penang

Adakah anda berani nak bergayut di puncak Menara Komtar? Kalau berani sahut cabaran ini, cuba aktiviti ini.

Seterusnya, kalau betul berani aktiviti lain yang anda boleh cuba adalah; Confidence Path, High Bench, A Great Bridge, X-Point, Z-wire dan G-Rocky.

Alamat: 65th floor THETOP@KOMTAR, 1, Jalan Penang, 10000 George Town Penang | Harga Tiket: Dari RM149

25. Taman Rimba Teluk Bahang

tempat menarik di penang

Kalau anda rasa nak melangkah ke alam hutan yang mendamaikan, Taman Rimba adalah tempatnya. Merupakan tempat best di Penang untuk si kaki alam semulajadi. Bukan setakat melunjurkan kaki di sungai yang airnya yang crystal clear, mesti anda nak cuba menyelam sambil bermain air.

Berkeluasan 32 hektar, anda jangan risau kalau Taman Rimba ini penuh dengan pengunjung. Pasti ada ruang untuk anda beraktiviti di sini. Nak berkelah, berkhemah, semua boleh sambil menghirup udara segar.

Alamat: Lorong Rimba, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang 

26. Design Village Penang

tempat menarik di penang

Shopping mall berkonsep terbuka dan moden menempatkan 150 buah kedai – mall terbesar di Penang.

Pakai kasut yang selesa, anda mesti ada banyak yang nak beli, window shopping pun boleh dengan diskaun ada yang sehingga 80% dari harga asal. 

Kalau dah penat berjalan di sini, boleh berehat di taman hijau yang ada di sekitar sini.

Alamat: 733, Jalan Cassia Barat 2, Bandar Cassia, 14110, Penang

27. Glass Museum Penang

tempat menarik di penang

Glass Museum Penang ini bukan sahaja penuh dengan cermin dan ilusi optik cermin tetapi juga ada pelbagai motif pameran yang menarik.

Boleh cuci mata dan ambil inspirasi disini.

Malah ada pameran gelas bermotif batik yang terpanjang yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

Alamat: No.6, Wisma Cheok Holdings, Burma Road 10050 Penang | Dewasa RM23, Kanak-Kanak RM13

28. Bukit Mertajam Recreational Park

tempat menarik di penang

Destinasi pilihan untuk anda yang cintakan alam flora dan fauna. Nak menginap di chalet pun boleh kalau seharian di sini anda tak cukup.

Bukan sahaja tempat yang sesuai untuk berekreasi, nak ber-OOTD dengan kawasan hutan yang berketinggian 457 meter pun menarik.

Alamat: Jalan Kolam, Mukim 15, Cherok Tok Kun, 14000 Penang| Harga Tiket: Percuma

29. Asia Comic Cultural Museum

tempat menarik di penang

Berita baik untuk peminat komik. Hampir kesemua komik dari siri yang anda gemari ada di sini. Bukan sahaja komik hasil karya Jepun tetapi juga karya tempatan seperti Gila-Gila, Ujang.

Ketahui segalanya tentang kontroversi, masalah dan sejarah yang dilalui di negara Asia dalam penghasilan komik.

Jangan risau kalau nak membaca komik di sini. Tempat ini selesa berpenghawa dingin.

Alamat: 2nd level ICT Mall, Komtar, 10000 George Town, Penang| Harga Tiket: Dewasa RM15, Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) RM10

30. Straits Quay Mall

tempat menarik di penang

Untuk tempat yang terakhir ini, kami tujukan kepada peminat dan kaki shopping!

Anda boleh beli belah di sini sambil menikmati pemandangan menarik di luar yang penuh dengan bot persendirian.

Ataupun, anda sahaja yang beli-belah, tinggalkan sahaja cik abang di tepi pelabuhan bot!

Alamat: Jalan Seri Tanjung Pinang 10470 Tanjong Tokong, Penang Malaysia

Jom Bercuti Di Pulau Pinang!

Banyak kan tempat yang menarik dan tempat best di Penang. Ada banyak juga tempat menarik di penang yang percuma. Kalau anda tinggal di tengah bandar, lagi mudah anda nak ke sana-sini. 

Kalau nak jalan kaki pun boleh atau sewa sahaja basikal. Tunggu apa lagi? Jom pergi Penang!

Penulis: bomstart

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.