Antara pulau yang sering disebut oleh masyarakat kita ialah Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pulau Redang dan tak tertinggal, Pulau Perhentian. Ramai yang teringin nak travel ke sini kerana memang dah jadi bualan orang tentang betapa cantiknya Pulau Perhentian ini.

Artikel bermanfaat ini dikongsi oleh Tuan Krik Alfie. Ianya ringkas tetapi cukup untuk sesiapa yang inginkan short trip ke Pulau Perhentian.

Suhaila Palace Perhentian Besar

Siapa yang naik bas, terminal Kuala Besut hanya 5 minit perjalanan ke Jeti Kuala Besut. Bas express dari KL menawarkan setiap hari trip ke Kuala Besut.

-Kereta park di sekitar jeti RM 10 per/day. Berbumbung dan berpagar. Memang rasa secure dan tak risau kereta kena tahan panas.

-Marin fee adalah RM 5 untuk seorang. RM 30 untuk warga asing. Bayar sebelum naik bot.

-Trip family so saya nak cari hotel yang selesa. Rancang dalam 15 hari since agent yang first uruskan tiba-tiba kata hotel banyak full. Hotel reserved di Agoda.

Note:

~Rate harga bergantung pada low season, high season dan peak season. Musim saya pergi adalah high season dan cuti sekolah di kira high season. Jadi harga adalah berbeza-beza.

~Paling murah tempat tinggal di Kg Nelayan. Perhentian Besar agak mahal dan Perhentian Kecil selalu full sebab most backpacker stay sana dan malam di sana hidup. Kem yang sewa khemah pun ada kalau anda ingin bajet .

Overall Suhaila Palace best.Staff pun ramah semuanya.


-Pengangkutan utama ke pulau adalah bot laju. Normally RM 35 sehala. Return RM 70. Pandai sembang RM 50 return.

-Untuk bergerak dari satu point ke another, mereka ada offer taxi boat. Rate boleh tahan ikut tempat. Contoh dari Pulau Perhentian Besar ke Long Beach di Perhentian Kecil adalah RM 30 return per person.Bot kecil tapi bawa laju.

-Since saya stay Pulau Perhentian Besar ada dua yang offer makanan. Standard pulau, nasi goreng dalam range RM 12-RM 14. Layanan! Saya suka burger di Suhaila Palace. Sedap! RM 6 burger daging.

-Hotel kami menghadap Kg Nelayan. Hari kedua sewa taxi boat RM 10 return lunch di sana. Banyak gerai dan pilihan lauk campur dengan harga murah! Bayangkan separuh ikan bawal besar masak tiga rasa dan sotong sekor besar masak pedas sekali air hanya RM 13. Murah sangat!


-Snorkeling saya ambil package Ke Pulau Rawa! RM 60 seorang sekali peralatan. Serius cantik! Air 3 warna dengan ikan pun cantik! Ada banyak package lain sama ada long trip dan short trip dan lain-lain untuk anda pilih. Harga macam short trip snorkeling RM 40 dan long trip RM 50.

-Kincir angin! Port wajib pergi. Trek sepak daun dalam 20 minit hiking. Tapi sayang tangga masih berlubang. Agak bahaya!

So overall saya puas hati! Dari Krabi, Phuket, Manukan, Mamutik, Kapas atau Pattaya sini adalah berdouble awesome sebab tak over crowded. Lagi satu, saya tak ambil mana-mana pakej sebab semuanya tersedia di pulau.

Tips Tambahan

Kalau nak beli tiket bas, boleh cuba beli dengan app CatchThatBus.
http://bit.ly/BeliTiketBasApp (untuk Android sahaja).
Guna Promocode : WELCOME untuk dapatkan 10% diskaun.


*Bestnya dapat bercuti di pulau seperti Pulau Perhentian. Tambang feri pun murah. Dengan pemandangan yang setaraf antarabangsa, anda memang perlu ambil peluang yang ada untuk jelajah ke pulau-pulau yang cantik di Malaysia. Enjoy your trip!

Rujukan:

Post FB: https://www.facebook.com/kakitravel.net/posts/1171871956324433

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.