Ini ada sedikit info mengenai kedai servis kereta yang dikatakan menipu pelanggannya. Bukan nak mengaibkan sesiapa, pelanggan ini mendakwa dia ada bukti yang boleh dikatakan cukup dan dia sah-sah telah dianiaya. Jadi, sebagai ingatan kepada kita semua, agar lebih berhati-hati untuk membelanjakan wang di kedai servis kereta.

Pelanggan berkenaan mengadu dia telah ditipu oleh pekerja kedai berkenaan dengan penukaran alat ganti kenderaan ‘recond’. Iaitu dari kereta potong dan telah dibaiki semula. Yang ammboi tahu, ada sesetengah kedai akan tanya kita terlebih dahulu, mahu pasang yang baru atau recond dan biasanya harga alat ganti recond ni lebih murah.

“Pagi tadi saya hantar kenderaan saya untuk di buat servis tukar timming belt .. macam biasa lah .. masa tengah servis macam macam lah yang dikatanyer sakit… dan antaranyer disuruh tukar power stering kid sebab power stering bocor katanyer….ok lah.. suruh pomen buat sekali…”

“Bila dah siap.. bawa kereta balik rumah rupernyer bertambah teruk.. Hantar semula ke workshop dan tanya kenapa bertambah teruk kereta saya… Pomen kata kena buang angin dalam minyak power stering tu… Tapi apa yang saya lihat ialah.. ruper nyer power stering saya elok tapi di tukar dengan yang rekon (kereta potong).. setelah saya perhatikan ruper nyer ada tanda cat berwarna biru muda bermakna barang potong kereta…”

“Saya arahkan pomen tu pasang semula power stering kepunyaan saya, dan lepas pasang baru lah ok seperti sedia kala… Nasihat saya kepada penduduk sekitar Kajang., berhati hati bila servis kenderaan anda di Kedai ini….nama kedai Mine Auto And Tyre Services Sdn Bhd di Prima Saujana Kajang…”

Mine Auto And Tyre Services Sdn Bhd di Prima Saujana Kajang kedai servis kereta penipu alat ganti tiruan recond kedai servis kereta penipu di kajang

Boleh dikatakan pelanggan berkenaan bernasib baik kerana beliau sedar dari awal lagi. Kalau yang tak tahu apa benda, maka kira jalanlah dan tak sampai beberapa hari rosak kembali. Ammboi tak pasti pihak kedai berkenaan ada bertanyakan terlebih dahulu jenis alat ganti yang diinginkan atau dia memang menipu dengan menawarkan alat ganti recond sebagai baru dan asli.

Selain itu, sama-sama kita nantikan maklum balas dari kedai servis kereta berkenaan sekiranya ada.

Apapun isu ini harap dijadikan panduan dan pengajaran bersama.

Sumber info: Facebook Daily Traffic Report dan WanGolds


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.