Penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali sekali lagi membuktikan kehebatannya. Pada Sabtu lepas, pemain kelahiran Kajang, Selangor itu berjaya meledak empat gol ketika membantu kelabnya, Pelita Jaya FC membelasah Gresik United dengan ke- putusan 6-1 di gelanggang lawan pada aksi Liga Super Indonesia (ISL) 2012.

Dua lagi gol Pelita Jaya dalam perlawanan itu diledak oleh Greg Nwongkolo dan ia merupakan kemenangan terbesar Pelita Jaya selepas diterajui Rahmad Dharmawan selaku jurulatih pada 19 Januari lepas. Dengan keputusan itu, Pelita Jaya kini menghuni tangga kelapan ISL dengan 24 mata, 12 mata di belakang peneraju liga, Sriwijaya FC selepas mengharungi 17 perlawanan setakat ini.

Kejayaan Safee, 28, meledak empat gol dalam perlawanan itu juga berjaya meletakkannya sebagai penjaring kedua terbanyak ISL setakat ini dengan 12 gol, kurang tiga gol daripada penyerang import Sriwijaya FC dari Saint Kitts and Nevis, Kayamba Gumbs. Ia juga merupakan hatrik pertama Safee dalam saingan ISL, selain satu-satunya pemain pertama negara yang berjaya berbuat demikian pada saingan liga luar negara. Safee juga merupakan pemain pertama Malaysia yang dilantik sebagai kapten kelab profesional luar negara apabila menggalas tugas selaku kapten Pelita Jaya musim ini.

VIDEO GOL SAFEE SALI PELITA JAYA FC VS GRESIK UNITED

Kredit : PortalSukan

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.