Negeri apa yang anda belum lagi jelajah? Kali ini kita share tentang Sabah, negeri di bawah bayu. Zaman sekarang cepat sahaja proses untuk ke Sabah. Tambahan lagi, Air Asia sering menawarkan harga murah pada waktu-waktu tertentu bagi penerbangan ke Sabah, Sarawak dan sebagainya. Ramai juga orang Semenanjung yang sudah berpindah ke sana sama ada atas urusan pekerjaan, rumah tangga yang baru didirikan, belajar di universiti-universiti tempatan di sana atau lain-lain.

Sabah mempunyai banyak tempat menarik oleh sebab negeri ini tidak lagi di terokai untuk mendirikan bangunan-bangunan seperti di Semenanjung. Pada saya, seeloknya biarkan begitu demi memelihara hutan yang sedia ada. Semua orang tahu Sabah terkenal dengan orang utan dan monyet Belanda. Hutan-hutan di sana perlu dijaga kerana terdapat banyak habitat haiwan-haiwan yang semakin pupus. Travel ke tempat-tempat sebegini memang menyeronokkan bagi nature-lovers. Di sini disertakan itinerari ke Kota Kinabalu, Sabah.




Travel dengan kawan-kawan ni best, jadi kami start buat plan untuk travel dekat Sabah. Bajet RM 478.50 seorang (kami pergi 4 orang). Pergi ramai-ramai lagi syok dan murah.

Include :
– Ticket flight ulang-alik, beli time promo (RM 180 seorang).
– Kereta sewa (RM 300 utk 4 hari).
– Minyak kereta (RM 62.50 seorang).
– Entrance fee untuk ke semua tempat (RM 21 utk seorang).
– Package 3 pulau (RM 45 seorang).
– Package Homestay di Kundasang & Kota Kinabalu (RM 460 untuk 3 malam).

Exclude :
1. Makan (Ikut suka hati sahaja. Haha!).
2. Ole-ole.

Itinerary:

Day 1

-Pick up car rental form Airport (KKIA) – Sangat berpuas hati dengan service dan harga yang diberikan (Cik Fiza, 010 211 1641).
– Breakfast.
-Kinabalu Park, Mount Kinabalu (view sangat cantik sebab dapat tengok gunung dengan jelas diiringi dengan suhu yang rendah).
-Poring (tiket masuk RM 3 seorang).
-Sabah Tea. Tiket masuk free (best sebab dapat tengok teh diproses).
-Luanti Fish Massage (tiket masuk RM 10).
-Dinner.
-Check in di Oppa 28(RM 120 per night).

Day 2

Check out dari hotel.
-Breakfast.
-Desa Cattle Dairy Farm (tiket masuk RM 5 seorang). View dekat sini cantik sangat, tidak perlu ke luar negara seperti New Zealand. Produk tenusu fresh dan sedap.
-Kundasang War Memorial (tiket masuk RM 3 seorang).
-Pekan Nabalu.
-Salut kelapa bakar + lokan bakar.
-Check in Homestay Lido 4 Season (RM 300 untuk 2 malam).
– Kemudahan yang disediakan lengkap, dapat memasak, keselamatan terjamin, boleh mandi di swimming pool.
– Dan yang paling best ada kawasan terbuka untuk BBQ.
– Boleh contact Cik Laila(016 4195917).

Day 3

-Kota Kinabalu Tour.
-Pick up to jetty for trip to Island Hoping – Pulau Sapi & Mamutik (RM 45, include entrance fee, life jacket, mask snorkeling).
-Pasar Philipine (jewellery shopping).
-Imago shopping mall.
-Tanjung Aru Sunset.
-Dinner seafood (Todak).
-Bukit Bendera (view bandar Kota Kinabalu).

Day 4

-Check out.
-Cultural House.
-Cocoa Boutique Sabah.
-Return kereta sewa (service dan kereta yang kami sewa memang bagus, highly recommended).









*Seronok kan? Sabah pula terkenal dengan laut yang biru dan tak tercemar. Aktiviti island hoping tu semestinya highlighted sebagai aktiviti paling best. Haha! Walaupun itinerari diatas lebih kepada Kota Kinabalu, anda juga boleh sahaja melawat ke tempat-tempat di daerah lain. Contohnya, Sepilok di Sandakan untuk melihat orang utan depan-depan. Boleh juga ke Semporna bagi peminat pulau kerana Semporna mempunyai bot-bot yang boleh bawa anda ke pulau-pulau terkenal seperti Pulau Mabul, Kamalai dan Sipadan, pulau paling cantik dan memang menjadi tarikan pelancong luar negara. Have a nice trip!

Rujukan:

Pakej Percutian Ke Sabah
@mem_umie

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.