Krabi adalah salah satu tempat yang harus dilawati jika kita sampai ke Thailand. Dengan keindahan pantai dan lautnya, nature beauty yang tersergam indah ini memang tidak boleh disangkal. Perkongsian kali ini adalah daripada Puan Mazyatun Syazliyana.

Alhamdulillah sampai juga ke Krabi walaupun berdua je dengan adik. Full itinerary sepanjang 4 hari 3 malam kami dekat krabi. Disebabkan kami pergi masa PEAK SEASON so bajet lebih sikit sebabnya semua harga naik.

– Flight ticket : RM150 return
– Hotel : RM256/3night/1bilik (Popeye Guest House)
– Duit Belanja : 5000THB (currency masa tukar 100THB – RM 12.48)

First Day

– Kami bertolak dari KL – KBV 1.30p.m dan sampai di Airport KBV 1.55pm (waktu THAI)
– Dari airport ke hotel kami naik bus. Tiket bus boleh beli sebelum keluar dari airport. Harga tiket bus sehala 150THB
– Driver bus akan hantar sampai depan hotel. Cakap sahaja dekat driver hotel yang anda stay.
– Malam kami makan dekat kedai area masjid. “Kdai 69 Halal Food”. Sedap dan murah.
– Lepas makan tengok-tengok souvenir dekat area masjid, kami lepak-lepak dekat pantai.

Blue Pool


Second Day

Island Hopping. Kami ambil pakej dengan Lee Adventure – Backpackers Krabi. Kami booked sesiap dari Malaysia. Untuk pakej Phi Phi Island seorang (1200THB). 7 Pulau yang kami pergi ( Bamboo Island, Piley Bay, Lohsamah Bay, Viking Cave, Maya Bay, Phi Phi Don and Monkey Beach) Pakej ini termasuk makan tengahari, insurance, tour guide, hotel transfer dan buah & mineral water atas bot.

– 8.30a.m agen pickup kami di lobi hotel.
– Kami berkumpul di jeti untuk briefing, register dan bayar 400TBH untuk ke National Park.
– 4.30p.m balik ke jeti dan agen akan hantar ke hotel masing-masing.
– Lepas maghrib kami keluar makan dekat kedai-kedai area Yaminlah Pancake.


Third Day

Elephant trekking + Elephant show + Emerald Pool + Blue Pool + Hot Stream
(950THB). Pakej termasuk makan tengahari, transfer hotel, tour guide dan insurance.

– 8.30a.m agen pickup di lobi hotel.
– 10.00a.m. Tiba di Safari untuk elephant trekking dan baby elephant show. Masa naik gajah nanti, orang sana akan ambil gambar, kalau nak beli gambar untuk kenangan-kenangan 150THB.
-12.00p.m lunch dekat restoran di emerald pool (included package). Lepas makan terus naik ke emerald pool dan blue pool. Kami diberi masa 1 jam 30 min.
– 2.15p.m Kami ke Hot Stream. Dekat sini kami diberi masa 40 minit untuk mandi-mandi.
– 4.00p.m agen hantar balik ke hotel masing-masing.
– Lepas maghrib keluar makan dekat area masjid dan beli souvenir.

Last Day

-8.00a.m Jalan-jalan dekat area pantai dan mandi-mandi.
-11.00a.m Checkout (barang boleh tinggal dekat lobi).
-12.00p.m lunch dekat area Aonang.
-3.00p.m van datang pickup untuk ke Airport 150THB.
-6.00p.m Flight ke KL.

TOTAL ALL COST = RM650++

Nota:

– Kami beli simkad dekat airport unlimited internet 200THB untuk 7 hari
– Kalau nak makan murah makan dekat area masjid. kedai warung-warung. Dijamin halal.
– Souvenir murah-murah dekat night market/ area masjid. Boleh tawar-menawar harga.
– Masa kami dekat sana tengah musim panass terik, jangan lupa bawa sunblock dan sunglasses.
– Money changer memang banyak dekat area Aonang, tapi kena tengok betul-betul tau. Dekat sana ratenya 1THB=RM7.33. Mahal tau. Kalau takut duit tak cukup setting Card CIMB pengeluaran antarabangsa. Dekat Aonang ada mesin ATM CIMB.

*Trip yang ringkas dan padat. Seumpama weekend getaway bukan? 4 hari tidak lama dan tidak pula terlalu singkat tempohnya. Cukup untuk anda enjoy the trip, menambah pengalaman dan create memories. Tambahan lagi, semua tempat yang Puan Mazyatun Syazliyana pergi merupakan tempat-tempat yang menarik. Semoga artikel ini membantu anda sewaktu travel ke Krabi nanti!


Penulis: Siti Khadijah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.