4 Hari Tayangan, Aku Terima Nikahnya Raih RM1.3 Juta | Aku Terima Nikahnya membuktikan filem bergenre drama cinta masih mendapat tempat di hati penonton. Filem Eyra Rahman terbitan Metrowealth itu berjaya membuat pungutan kasar RM1.3 juta bagi tempoh empat hari tayangan, bermula 11 Oktober 2012 lalu.

Aku Terima Nikahnya membariskan pelakon popular, Adi Putra dan Nora Danish, mengisahkan bagaimana seorang isteri cuba memenangi semula cinta suaminya selepas si lelaki terbabit dalam kemalangan, menyebabkan dirinya tidak mengingati peristiwa masa lampau.

Penerbitnya, David Teo, berkata kejayaan filem itu dilihat sebagai keajaiban dan ia secara tidak langsung mampu mengembalikan kegemilangan filem romantik tanah air. Jelas beliau lagi, filem romantik sebenarnya sukar mendapat tempat di negara ini. Jika kita perhatikan, filem berpaksikan cinta sejak dulu memang susah melepasi kutipan pecah panggung. Namun, dia bagaimanapun tidak boleh menidakkan kejayaan filem Ombak Rindu yang mempunyai keajaiban tersendiri.

“Menerusi rekod MIG, kami pernah mencatat kutipan memberangsangkan menerusi genre yang sama. Filem Cuti-Cuti Cinta turut mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM3.5 juta dan kali ini kejayaan itu bakal berulang,” katanya dalam akhbar BH Online semalam.

Bukan sekadar meraih perhatian peminat di negara ini, malah filem berkenaan juga turut menarik tumpuan khalayak di Singapura.

“Kami agak terkejut apabila sambutan filem ini cukup hebat di Singapura. Mungkin ia disebabkan pelakonnya, Adi Putra, yang berasal dari sana serta masih memiliki peminat yang ramai di negara itu. Apatah lagi kali ini dia digandingkan bersama pelakon jelita, Nora Danish, yang memang disukai ramai. Saya rasa inilah masa yang paling baik melihat perkembangan industri perfileman kita kembali rancak dengan pencapaian pecah panggung,” katanya yang menyasar kutipan sebanyak RM3 juta untuk filem terbabit, sehingga habis tayangan.

Sementara itu, menurut sumber pawagam, sebuah lagi filem yang mula ditayangkan pada minggu lalu, Cinta Beruang, hanya meraih kutipan RM63,000. Filem terbitan Fantastic Villa Sdn Bhd dan diedarkan Primeworks Sdn Bhd itu dijayakan pelakon komedi terkenal, Nabil Ahmad, Jue Aziz, Tauke, Sathiya, Ropie, Ilya Buang, Mat Over, Angeline Tan, Maimunah Talib dan Khatijah Talib.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.