Jarang orang travel dengan kapal sebab naik kapal terbang lagi banyak kebaikan. Sebagai contoh ianya lebih cepat daripada kapal. Tapi bagi sesetengah orang, naik cruise untuk jelajah sangat seronok. Sebab kita boleh mengamati dan betul-betul menikmati percutian kita.

Puan Aley Arif telah sudi berkongsi itinerary beliau ketika beliau travel dengan Star Cruise Gemini. Maklumat lengkap berserta tips dan nasihat di bawah boleh dirujuk bagi yang memerlukan.

Ship name : SUPERSTAR GEMINI
Ship Itinerary : 3 Night (Port Klang – Phuket – Penang – Port Klang)

Full Itinerary :

Check in time : 11.00am – 01:30pm
Check in place : Port Klang Bousted Cruise Centre
Departure time : Port Klang – 03:00pm

– Saya sampai Bousted Cruise Centre lebih kurang 12.00pm sebab waze bawa saya jalan-jalan entah mana-mana. Kami terus check in luggage.
– Luggage saiz besar saja 22” keatas yang boleh check in. Untuk luggage saiz cabin, anda perlu tarik sendiri masuk dalam kapal.
– Lepas check in terus ke kaunter Check in Cruise. Di sini anda kena bagi cruise ticket sebagai rujukan. Kalau pergi ramai, cukup 1 keping sahaja yang tertera semua nama penumpang. Anda akan dapat access kad. Ada yang warna biru dan ada yang warna merah (privilege) untuk member Genting.
– Sediakan 1 keping salinan passport. Ini untuk anda simpan dan bawa semasa di Phuket sebab masa check in ke-2 sebelum masuk perut kapal semua passport harus diserahkan kepada pegawai imigresen. Untuk sesiapa yang terlupa nak fotostat jangan risau, dalam cruise meraka akan charge anda RM3.00 sekeping.
– Jadi selepas dapat access card, anda kena lalu security dan imigresen Malaysia. Prosedur mereka sama sahaja macam anda nak naik kapal terbang.

Notis penting dari Cruise :

Saya nak highlight note yang ke 14 sahaja. All heating device such as iron, cooking plate, water heater dan sebagainya are strictly prohibited onboard the vessel.

Maksudnya segala perkara seperti seterika, iron rambut, cooking pot dan seangkatan dengannya adalah dilarang bawa masuk ke kapal. Ini adalah untuk keselamatan anda juga.
Jangan risau, mereka ada sediakan khidmat pressing extravaganza untuk 5 helai pakaian dengan harga RM12.00 sahaja.

– Ok saya dah check in ke-2, bagi access card, serah passport dan masuk dalam kapal. Access card ini nyawa anda bila dalam kapal. Macam pengganti IC. Nak masuk bilik kena swap card, nak makan kena swap card, nak karaoke kena swap card, nak beli barang dalam kapal pun kena swap card. Kalau hilang anda kena tingggal dalam kapal selamanya. Haha!

– Terus cari cabin anda. Dekat access card dah mention bilik + lokasi + assembly station. (Boleh tengok di gambar). Dah jumpa dan dah check in bilik anda boleh terus pergi lunch.

– Ada 3 restaurant yang menyediakan makanan halal.
Mariners – International & Indian Cuisine;
Bella Vista – Western Semi Buffet (fine dining);
Oceana BBQ – International Cuisine.

– Anda boleh pilih mana-mana yang berkenan di hati. Selesai makan dan balik bilik, anda punya luggage dah tersedia di depan cabin. Jam 2.30pm anda akan di panggil untuk safety fire drill. Jam 3.00pm tepat kapal belayar

– Star Navigator a.k.a segala aktiviti dalam kapal diselitkan depan pintu setiap pagi. Anda boleh check latest aktiviti or showtime sebelum sampai ke Patong Port which is makan masa 12 jam perjalanan.

– Dekat tengah laut memang tiada line internet. Jadi anda boleh simpan telefon bimbit dan join aktiviti yang disediakan dalam kapal, atau pun boleh beli internet package serendah RM48 untuk 24jam atau pun full package untuk 4 hari RM90.00. Semua charge akan dimasukkan ke dalam card anda.

– Untuk yang akan turun ke Patong Beach Phuket. Anda kena pergi reception counter lepas makan malam untuk dapatkan turn turun. Lagi cepat ambil nombor lagi cepat anda boleh explore Patong Beach. Yang ini boleh ambil package tour ataupun free and easy.

– Saya pilih free and easy. Jadi sampai-sampai sahaja terus cari rumah urut! Thai body massage dekat sini average 300thb ke atas. Jadi memang banyak pilihan. Nak open beach atau pun tertutup. Nak tukang massage lelaki pun boleh perempuan pun boleh. Siap sahaja massage kami window shopping, cuci mata tengok mat/minah saleh hitamkan badan mereka dan shopping burger dan air di 7-E. Tak lupa kacang gajus panggang. Sedapnya! Masa yang diberi untuk balik semula ke kapal adalah jam 09:00 malam waktu Malaysia (Thailand lambat 1 jam dari Malaysia) jadi sesiapa yang lambat, anda akan di charge RM400.00. Andai anda dah puas berjalan, cuci mata atau shopping boleh balik ke kapal bila-bila masa. Transfer boat disediakan 15minit sekali. So no worry. Hilang arah? Jangan risau ada sahaja staff cruise di mana-mana.

Tips :- Phuket waktu ini cuaca sangat panas. Siapa yang ada kulit sensitive macam saya sila bawa sunscreen, topi besar dan lain-lain.

– Sebelum sampai Swettenham Pier Port, anda perlu collect passport . Announcement akan di beri dekat deck mana untuk collection. Tak perlu datang 10 orang, cukup hantar wakil sahaja untuk collect semua passport. Make sure bawa semua access card. Tiba di Penang jam 1.30pm. Face to face dekat immigration security dah boleh jalan. Yang ini pun free and easy. Kalau nak booking grab make sure anda kena tunggu dekat clock tower. Masa diperuntukkan sehingga jam 6.30pm sebelum kapal berlayar semula.

– Sampai Port Kang lebih kurang jam 10:00am. Yang ini saya nasihatkan anda keluar yang paling last. Sebab lama juga nak kena tunggu luggage anda sampai.

Lain-lain nota :

– Makanan : buffet session plus saya tak cerewet jadi saya bagi 5 bintang.
– Staff : Sangat – sangat friendly. Staff yang tak lekang dengan senyuman dan greeting bila kita walk pass, saya bagi 4/5 bintang.
– Cabin : Better ambil 2 bed cabin oceanview / balcony, saya bagi 4/5 bintang.
– Aktiviti : Enjoyable ! Show yang best and midnight movie, 4/5 bintang.
– Parking fees dekat Bousted cruise centre rm20.
– Air minum : Ada kettle dalam cabin. Tapi saya tak minat sangat air dalam mana-mana bilik hotel jadi memang standby botol mineral.
– Star Cruise Gemini ada di perairan Malaysia sehingga May 2019. Lain lain cruise boleh check dekat website www.starcruise.com . Untuk member Genting more privilege.

*Boleh rujuk semula website di bawah bagi yang berminat untuk travel dengan cruise. Boleh juga jadikan tips dan nasihat diatas bagi bimbingan diatas kapal nanti. Have fun!

Rujukan:

Star Cruise : http://www.starcruise.com/?fbclid=IwAR03vbKYQ8FcHpU1sb4wG0mUhrARyXFYPSAo39hXqyLRGy2sQvpyxakIZSg
Post FB : https://www.facebook.com/aley.arif/posts/10216627942842944

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.