Bandung merupakan antara salah satu negeri yang menjadi tumpuan orang ramai apabila melancong ke Indonesia. Macam-macam tempat boleh dijelajahi dan diterokai bersama rakan-rakan atau sesiapa sahaja. Pelbagai aktiviti bole dilakukan di sini. Kebanyakannya memasuki tempat-tempat yang menarik. Hal ini kerana Bandung mempunyai banyak tempat boleh kita lawati walaupun terdapat bayaran yang perlu diselesaikan dahulu.

Berikut merupakan hasil perkongsian daripada Puan Nurul Suhadah berkenaan pengalaman bercuti di Bandung. Ianya meupakan itinerari dan juga beliau telah memberi juga maklumat tentang harga yang perlu diketahui. Contohnya, harga untuk tiket-tiket kemasukan ke mana-mana tempat seperti The Lodge Maribaya, Kebun Begonia, Glamping Lakeside Rancabali, Tangkuban Perahu dan sebagainya.

Hanya nak berkongsi pengalaman kami bercuti ke Bandung Indonesia minggu lepas. Kepada kawan-kawan yang bercadang atau sudah membuat perancangan ke sana, post ini mungkin boleh jadi rujukan untuk beberapa tempat melawat yang menarik.

Dalam itinerari kami, semua tempat berjaya pergi kecuali Grafika Cikole sebab masa sampai dah lewat petang. Dan ada juga tempat yang tiada dalam itinerari, kami pergi.

Bermula dengan tempahan tiket flight, bulan April dah survey dan tempah. Walau bagaimanapun, tiket kami still mahal sikit sebab dalam tempoh cuti sekolah. Lagi satu, kami ambil flight pagi. Harga mahal sedikit berbanding petang. Kami memilih Airasia sebab tambang murah. Harga tiket 1 pax pergi balik dalam RM400 lebih. Mahal sikit walaupun dah tempah 4 bulan awal. KLIA2 – BANDUNG.

Tempah hotel yang biasa-biasa sahaja sebab masa di hotel hanya untuk rehat dan tidur. Banyak masa guna untuk melawat dan shopping. Rugi kalau ambil hotel mahal. Kami pilih Meize Hotel Bandung. Tempah online Traveloka, dapat harga RM305 untuk 5 hari 4 malam. Include breakfast. Murah tak?

Untuk supir pula, survey di Facebook sahaja. Guna servis Andratour. Memang terbaik. Supirnya sporting dan kereta yang selesa. Untuk 5 orang, harga servis semua Rp 1,900,000 untuk 5 hari. Kereta Mitsubishi XPander.
Pakej Supir Murah Bandung

DAY 1

-Flight KLIA2 to BDO
-Supir jemput dan bawa beli simkad
-Farm House (Tiket: Rp 20k)
-Floating Market Lembang (Tiket: Rp 20k)
-Lunch
-Bamboo Village (Tiket: Rp 25k)
-Check in Meize Hotel Bandung
-Dinner at hotel

DAY 2

-Breakfast at hotel
-The Lodge Maribaya Bandung (Tiket: Rp 35k)
-Kebun Begonia (Tiket: Rp 15k)
-Lunch at Restoran Kangen Lembur Cikole
-Tangkuban Parahu (Tiket: Rp 200k)
-Kopi Luwak Cikole (ganti dengan Grafika Cikole)
-Kedai Eiger

DAY 3

-Kawah Putih (Tiket: Rp 75k)
-Glamping Lakeside Rancabali (Tiket: Rp 20k)
-Lunch at Restoran Saung Gawir
-Kedai Kain Sulam OH 8EST
-Bandung Exclusive Textile & Tailor
-Dinner at Restoran Bakso Malang Langgeng

DAY 4

-Pasar Baru
-Rumah Mode
-Kowani Perfume (55ml Rp 65k)
-Kartika Sari
-Cihampelas Walk
-Kedai Eiger
-Dinner at Restoran Nasi Belacan

DAY 5

-Flight BDO to KLIA2

Semua tempat melawat nak masuk, bayar tiket ya. Kena ready duit lebih. Next time kalau pergi sana lagi, dah tak perlu pergi tempat melawat. Pergi shopping sahaja pun boleh.

Bamboo Village



Glamping Lakeside Rancabali


Kebun Begonia



Tangkuban Perahu


The Lodge Maribaya




*Banyak betul tempat menarik yang boleh dilawati kan? Mungkin anda boleh mempertimbangkan Bandung sebagai tempat yang harus anda pergi semasa cuti atau kelapangan. Tambahan lagi, di atas telah tertulis harga untuk tiket masuk, jadi anda boleh buat kira-kira mengenai bajet untuk anda melancong ke Bandung nanti. Selamat menjelajah!


Penulis: Siti Khadijah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.