Pulau Langkawi pula? Pulau ini sememangnya terkenal dengan barangan atau makanan yang duty free. Wajib pergi ni! Hehe. Bila sebut Pulau Langkawi, orang dah bayang coklat. ada yang bayang cerita Mahsuri, cerita lagenda Pulau Langkawi. Memang menarik cerita tersebut. Selain itu, akan ada juga orang yang terbayangkan helang. Hal ini kerana tugu helang yang besar berdekatan jetty Kuah. Salah satu tempat orang ramai mengambil gambar sebagai kenangan menjejakkan kaki di pulau cantik ini. Artikel ini dikongsi oleh Puan Ana Zamri.

Langkawi Itinerary 5 days 4 nights

Hari Pertama

5.00am
Kami tiba di Klia2 dari Melaka. Ingat, perlu 2 jam awal ya. Kena check in guna kiosk sahaja . Selepas itu, baru ke counter untuk print out dan check baggage anda. Then, dah settle baru masuk gate perlepasan. Untuk tiket, standby RM 300 untuk dua orang.

8.30am
Alhamdulilah. Safely arrived. Kami dijemput oleh kereta sewa. Murah sahaja kereta sewa di sini. RM 50 sahaja sehari. Kami sewa Myvi selama 5 hari. (0175492102-Kereta Sewa Langkawi)

9.30am
Sarapan area Padang Matsirat. Lapar yang teramat. Tambahan lagi dengan mata yang sakit.

10.00 – 12.30 pm
Kami rehat dalam kereta sahaja sebab nak check in jam 3 baru boleh. Haha. Next time jangan terlalu excited sangat beli ticket awal sangat.

1.00pm
Makan tengahari di Seashells Laman Padi, Pantai Cenang. Guna waze pun boleh sampai sini. Berkonsepkan makan tepi sawah. Best, cantik tempatnya.
Muzium Laman Padi, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah (Buka jam 1pm).

2.00pm
Kami ke HIG , Haji Ismail Group Complex. Di sini lah syurga chocolate.
Jalan Pandak Mayah, Pusat Bandar Kuah, 07000 Kuah, Kedah.

3.00pm
Finally, kami check in Dash Resort Langkawi, Pantai Tengah. Berkonsepkan white and turquoise ala-ala Santorini. Ade infinity pool. Ini paling excited. Kami check in dan rehat-rehat.
Jalan Teluk Baru, Jalan Pantai Tengah, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah

6.30pm
Kami mandi pool. Infinity pool. Tapi tak popular sangat di Trivago. Mungkin hotel ini baru lagi. Dalam sebulan dua macam tu.

8.30 pm
Kami keluar jalan-jalan di Pantai Cenang. Singgah Warisan , tempat jual Chocolate duty free juga. Tapi mahal sedikit sebab banyak chocolate oversea.

Activity yang anda boleh buat:

1. Boleh cari package ke pulau-pulau di sini. Saya dah book sebelum datang lagi jadi kami tengok-tengok harga sahaja.
2. Tengok orang main api dan hisap shisa di tepi pantai.Haha.
3. Beli souvenir. Banyak dan murah-murah. Kalau anda bawa baju boleh lah beli baju pantai di area sini.
4. Ice cream Gelato Cabana. Sedap sangat macam Baskin Robin . Anda kena rasa brownies dan mint mereka.

Hari Kedua

9.30 am
Breakfast di Dash Resorts. Breakfast mereka serve ala carte sahaja. Makanan pun sedap-sedap. Anda boleh order apa-apa sahaja anda nak and berapa kali pon. Best kan?

11.00 am
Cable Car , Teluk Burau. Kami ambil Glass Bottom gondola. Budget dalam seorang RM 100++ macam tu.
Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah

12.00 pm
Sampai di atas. Nak naik Sky Bright kena bayar ok. Kalau anda nak hiking RM 5 sahaja. Kalau guna SkyCab bayar RM 15 seorang.

3.30 pm
Kami turun dari skycab itu dan kami tak pergi ke pakej-pakej lain yang included dlm harga skycab itu. Membazirkan? Sebab tak sempat nak pergi.

4.45 pm
Naik Cruise Sea Splash pusing-pusing dari Jetty Royal Langkawi Yacht Club sampai ke Pulau Singa besar. Tengok sunset. Harga Rm 260 untuk seorang. Dalam masa 4 jam.

Activity:

Depart from RLYC – 5pm
3. Cruise to Dataran Helang
4. Cruise to Singa Besar for Eagle Watching.
6. Experience Dip in Andaman Sea.
7. Cruise to nearby Island for Sunset while enjoying mouth watering BBQ Dinner.

Boleh call En Dafi untuk pakej ini (012 – 5196920).

8.00 pm
Kami check in lewat sikit . Kali ini tidur Ocean Residence Langkawi. Kami pilih bilik yang jenis attach terus dgn pool. Best sangat!
1, Ocean Front Estate, 07000 Kuah.

Hari Ketiga

9.00 am
Island Hopping time. Kami ke Jetty Pantai Tengah. Seorang Rm 60 sahaja. Anda boleh ikut package dari Langkawi Package Holidays.(Nisya – 0175030083)

11.00 am
Tasik Dayang Bunting . Masuk seorang Rm 6 ok. SElepas itu, ade beberapa activity. Rm 10 ada 3 activity (kayaking, paddling dan swimming.

12.00 pm
Fish Feeding Rm 15 seorang.

12.30 pm
Eagle Feeding di Pulau Singa Besar.

1.00 pm
Pulau Beras Basah. Laut yang cantik sangat. Air crystal-clear. Dekat sini boleh snorkelling kalau anda ingin tahu.

3.00 pm
Kami ke mangrove pula. Di jetty Kilim di Kilim Geopark.

3.30 pm
Bat Cave. Sewa lampu suluh Rm 1 sahaja.

4.00 pm
Gua Buaya. Ini kami masuk gua guna bot . Melintas macam itu sahaja.

4.30 pm
Eagle feeding lagi. 3 kali kami buat activity ini. Tapi kali ini lagi best sebab helang ini duduk area sungai dan gunung. Yang duduk gunung helang putih.

5.30 pm
Kami ke fish feeding. Kami bagi ikan makan biskut kering. Ini kena beli ok. Rm 5 sebungkus.

6.00 pm
Kami berhenti sebentar di Pulau Anak Tukis. Pulau ini ada pantai yang kecil sahaja. Main-main air boleh lah. Kalau berenang tak digalakkan sebab ada teluk.

6.30 pm
Kami ambil gambar di Kilim Geopark.

7.00 pm
Kami sampai di Restoran Terapung Amin. Ini paling best. Makan ikan bakar atas restoran terapung bukan di tepi muara, bukan tepi pantai tapi tengah sungai. Best sangat. Experience yang lain daripada yang lain kan. Makan ikan fresh. Kami makan keparu dan udang sahaja. Sebab suami tak boleh makan seafood. Tak berjalan esoknya nanti. Tapi ini kalau anda nak makan, kalau tak nak boleh balik jetty.

8.00 pm
Tiba jetty dan kami terus pulang. Check in hotel lagi.

9.00 pm
Check in Lavigo Resort. Kami ambil bilik jenis villa depan pool juga. Dalam villa ade outdoor bathtub. Best! Dah penat island hopping dan mangrove, dapat berendam dalam tub dengan air hangat.
Lot 2764 pantai cenang, Jalan Kuala Muda, 07000 Langkawi, Kedah

Hari Keempat

8.00 am
Kami ke Nasi Dagang Pak Malau. Tapi kami makan yang dekat jetty Kuah. Boleh guna waze je.

9.00 am
Kami berkumpul di jetty Kuah untuk naik ferry ke Pulau Payar. Ambil masa setengah jam juga untuk kami nak ke Pulau Payar.

11.00 am
Sampai ke Pulau Payar. Pantai untuk snorkelling sikit sahaja. Air jernih sampai nampak ikan berenang dekat dengan pantai. Dalam package siap ada makanan. Tapi better bawa sendiri ya.

3.00 pm
Kami berenang sampai jam 3. Setelah itu balik bilik di Pulau Langkawi.

5.00 pm
Disebabkan kami tidur sahaja 1 malam sebelum esok pagi naik flight pagi, kami tidur di Tubotel sahaja. Ruang memang muat-muat untuk tidur sahaja. Haha.

6.30 pm
Makan dekat Hafiz Rojak. Mula-mula nak makan rojak tapi lepas tengok menu yang sedap-sedap, saya makan lah nasi goreng sotong mereka. Orang Langkawi masak memang tiptop ya.
Hafiz Rojak.
116, Kampung Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah

7.00 pm
Kami ke Rams Home Deco. Sini pun kami aim chocolate lagi kalau-kalau yang tak cukup kan.
No. 43, Persiaran Dayang 2, Dayang Business Center, Pekan Rabu, 07000, Kedah

8.00 pm
Husband singgah Kedai Tobacco area Pekan Kuah untuk beli souvenir. Beli beberapa kotak rokok dan cerut. Sebab lelaki hisap cerut wangi sahaja. Huhu.

8.30 pm
Kami sambung jalan-jalan Pantai Cenang dan beli souvenir sedikit.

Hari Kelima

8.00 am
Kami pulangkan kereta di Padang Matsirat dan terus ke airport. Flight jam 10 pgi. Tapi kena check in awal. 2 jam awal. Saya beli tiket kali ini dekat Expedia.

11.00 am
Alhamdulilah. Kami tiba di KLIA .




*Wah! Bestnya Langkawi. Memang coklat murah dekat sini. Sesiapa yang teringin makan coklat tu boleh datang sini untuk sesi memborong. Boleh buat stok setahun dua. Hehe. Tak cukup dengan coklat, tempat-tempat di sini, seperti pulau-pulau yang berjiran dengan Pulau Langkawi memang sangat cantik. Pulau ini juga terkenal dengan cerita lagenda. Pulau Langkawi sangat disyorkan sebagai lokasi percutian bersama seisi keluarga atau rakan-rakan.

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.