Wah, tidak sangka ramai juga selebriti Malaysia yang bergelar jutawan. Menurut laporan Harian Metro semalam, mereka ada mengeluarkan senarai lima orang selebriti wanita Malaysia yang berjaya mengaut pendapatan lebih RM1 juta setahun. Lebih menarik, kelima-lima mereka masih muda dan jauh perjalanan karier mereka dalam dunia hiburan.

Namun ada yang mempertikaikan senarai berkenaan kerana berdasarkan tajuk artikel lima selebriti wanita Malaysia, tetapi nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza dan beberapa nama besar lain tiada dalam senarai. Apapun, mungkin mereka menyenaraikan yang muda-muda sahaja.

Dibawah ammboi senaraikan lima selebriti wanita Malaysia yang berjaya mengaut pendapatan lebih RM1 juta setahun.

1. Yuna (RM5 juta setahun) – Sumber pendapatan : Kontrak album, duta produk, runut bunyi The Croods, konsert luar dan dalam negara, royalti, jualan album & butik IAMJETFUEL.

yuna

2. Shila Amzah (RM2.5 juta setahun) – Sumber: Kontrak di China, duta produk, royalti & jualan album.

shila amzah tegur johan

3. Soo Wincci (RM1.5 juta setahun) – Sumber: Duta produk & badan kebajikan, persembahan dalam & luar negara.

soo wincci

4. Neelofa (RM1 juta setahun) – Sumber: Produk kecantikan & duta pelbagai produk.

neelofa

5. Najwa Latif ( RM1 juta setahun) – Sumber: Royalti muat turun nada dering, persembahan dalam & luar negara dan duta produk.

najwa latif

Tahniah kepada mereka yang berkenaan. Semoga kejayaan mereka boleh dijadikan pembakar semangat kepada yang lain.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.