Semakin lama misi mencari pesawat MH370, semakin banyak spekulasi dan teori muncul mengenai misteri kehilangannya. Kadangkala, teori dan spekulasi yang diwar-warkan ada juga logiknya. Namun anggaplah ia sekadar penambah cerita.

Terbaru, ammboi tertarik untuk berkongsi satu lagi teori mengenai kehilangan MH370. Blog MyMediaHub telah menerbitkan 5 tanda-tanda awal sebelum kehilangan pesawat #MH370. Menurut blog berkenaan, timbul pula dakwaan yang menggatakan kehilangan pesawat MH370 telah dinyatakan lebih awal dalam filem blockbuster Hollywood, Man of Steel.

Salah satu babak dalam filem Man of Steel, memaparkan nombor 370 secara jelas di atas sebuah kenderaan panjang (kalau tak silap bas atau kontena).

man of steel mh370

Jika dilihat dengan teliti, tertulisnya:

M.I.A 6 – 370

Apa maksudnya? Adakah maksudnya seperti di bawah ini?

MIA = Missing In Action
MIA = Malaysia International Airport

Manakala nombor 6 jika dikira secara abjad adalah sama kedudukan dengan huruf F yang membawa maksud kepada Flight.

6 = F (Flight)

Tetapi menurut pakar matematik yang tidak tahu sama ada dia bertauliah ataupun tidak, mengikut kiraannya, CIA terlibat dalam perancangan menghilangkan pesawat MH370 seperti berikut:

man of steel misteri mh370

Okay, itu pendedahan yang pertama. Yang kedua pula, dalam filem tersebut, superman ada menyebut Lautan Hindi.

“If I don’t stop that machine over the Indian Ocean”

Kebetulan?

24 Mac lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Pengumuman ini dibuat berdasarkan data-data kukuh yang diberikan oleh INMARSAT.

Pelik kan?

Salah satu babak dalam filem Mission Impossible III 2006 juga ada memaparkan logo Malaysia Airlines secara horizontal dalam keadaan yang musnah akibat letupan di China. Logo yang sama juga muncul di filem Transformers – Revenge of the Fallen pada tahun 2009 juga di China.

mission impossible 3 dan transformers revenge of the fallen mh370

Kebetulankah ini? Ia dilihat seperti telah dirancang sejak 2006 lagi. Apapun, selebihnya anda nilaikanlah sendiri. Tak perlu percaya, cukuplah sekadar membaca info untuk hari ini.

Sumber asal: MyMediaHub


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.