Siapa saja yang tak nak travel dengan rakan karib sendiri? Apatah lagi travel ke tempat-tempat yang mempunyai pemandangan yang indah dan menenangkan. Travel dengan rakan-rakan atau suami isteri semestinya adalah impian semua orang termasuk diri saya sendiri. Haha.

Puan Hunneh Hamzah telah kongsi pengalamannya jelajah negara-negara di Eropah bersama rakan karibnya. Artikel ini berserta itinerari trip ke bandar-bandar menarik seperti Rome, Amsterdam, Zurich, Budapest, Paris dan sebagainya.

TRANSPORTATIONS : RM 3905.40 EACH

EMIRATES : KL – LONDON and ROME – KL ( RM 2596.38 )
EUROSTAR TRAIN : LONDON – AMS ( 58€ ) RM 285.45
EUROLINES BUS : AMS – PARIS ( 18.70€ ) RM 91.22
SNCF TRAIN : PARIS – ZURICH ( 40.40€ ) RM 196.12
EASY JET : BASEL – BUDAPEST ( CHF72.65 ) RM 310.38
RYANAIR : BUDAPEST – ROME ( 16408 HUF ) RM 247.59
TRENITALIA : ROME – NAPLES – POMPEI -NAPLES – ROME ( 36.6 € ) – RM 178

AIRBNB : RM 2522.43 ( RM 1261.22 EACH )

LONDON : RM 290/2 NIGHTS
AMSTERDAM : RM 560/2 NIGHTS
PARIS : RM 404/2 NIGHTS
SWISS : RM 602/2 NIGHTS
BUDAPEST : RM 151.08/NIGHT
ROME : RM 515.35/3 NIGHTS

OTHERS :
SIM CARD : RM 126.90
(Brand 3 bought from hello1010.my. Bagus sebab cover from Dubai to Europe. And laju!)
FOODS FROM MALAYSIA : RM 70

LONDON :
OYSTER CARD 30£ ( RM 158 )
LONDON – BICESTER VILLAGE = 26.40£ ( RM140 )

AMSTERDAM :
Amsterdam & Region Travel Ticket (red card)
TICKET 2 DAYS (26€) ( RM 124)

PARIS :
MOBILIS 2 DAYS 7.5€ (darab 2) = RM 73

SWISS :
SUPER SAVER PASS 104CHF + 18.40 CHF ( RM513 )

BUDAPEST :
24 HOUR BUDAPEST TRAVELCARD ( RM 25 )
BUDAPEST DOOR TO DOOR AIRPORT TRANSFER 19.5 € = RM 100
BUDAPEST CASTLE BUS = 7 € = RM34

ROME : BOUGHT SINGLE TICKET EVERYTIME FOR 1.5 €

ENTRANCE TICKET TO COLOSSEUM + ROMAN FORUM + PALATINE HILL = 12 € = RM 59

POMPEII : ENTRANCE CARD TO THE RUINS 12 € = RM 59

TOTAL : RM6491.66 +- FOR EACH PERSON


Colosseum


Eiffel Tower

SHOPPING

As for me, saya tetapkan untuk setiap negara saya spend 100 (currency masing-masing) untuk makan dan souvenir. Tapi kalau jenis bukan naga, ramping dan tak makan banyak mungkin boleh survive less than that. Souvenir murah only di London, Paris and Rome. Boleh dapat 1:1 punya harga. Kalau tempat lain, merinding bulu roma saya membayar terutama Swiss, macam nak tak nak saja saya hulur duit nak bayar. Haha.

Untuk shopping, bajet lebih-lebih untuk London, Paris dan Amsterdam sebab ada Primark, Bicester Village dan La Valle Village. Kalau rakyat marhaen macam kita confirm akan teruja di Primark. And tak perlu bawa baju banyak sangat dari Malaysia. Boleh shopping di Primark untuk pakaian anda sebab murah yang teramat. Kalau rakyat ingin bajet sikit-sikit boleh la beli sebiji dua GUCCI di Bicester Village atau La Vallee Village sebab murah sungguh!

Grinderwald



MAKAN

For makan, wajib bawa makanan from Malaysia. Tapi as for me, tak payah bawa makanan merepek like jajan-jajan semua tu. Kami bawa makanan tin, maggi, spaghetti dan macaroni. And sampai sana ada beli beras and telur. Boleh saya kenyang sipi-sipi. Alhamdulillah dapat host Airbnb yang either Islam atau vegetarian. Senang hidup. Tapi saya nasihatkan, jangan bawa terlampau banyak. Sebab nanti di sana konfirm lagi banyak nak rasa makanan sana dari masak di rumah. Makanan halal everywhere sangat banyak. So ended up ada sedikit makanan kami tak habis pun. Terpaksa derma sahaja dengan last Airbnb. So antara makanan yang saya ingat and anda wajib cuba :

London : Poppies fish and chips.
Amsterdam : Wok Inn (makanan Cina halal yang sangat sedap).
Mannekenpis – Kentang famous kenen di Ams.
Paris – Tidak makan luar sebab terlajak shopping tiba-tiba naga ni kuat pula puasa. Haha. Tak makan kalau tiada duit.
Swiss – Mostly makan di rumah sebab susah cari halal.
Budapest – Titiz Restaurant (Sedap sungguh! Restoran Istanbul tapi bukan yang biasa-biasa jual kebab semua. Segala baklava and Turkish desserts ada).
Rome – Luna Caprisse (Restoran Arab tapi Italian cuisine. Sangat sedap and menjadi).
Fresh Chicken near Vittorio Emanuelle metro station – Kari kambingnya sedap on another level. Tak boleh nak describe.
Wajib cuba gelato di mana-mana anda jumpa sebab saya bukan Romanians lah kalau tak makan gelato. Haha.


Musee de Lourve

Notes : Kebanyakan restoran Arab/India yang jual-jual kebab halal. Tapi make sure ada tulis 100% halal. Sebab ada sahaja yang bukan Islam jadi berjaga-jaga ya.

Tower Bridge


Trevi Fountain – Orang cakap kalau kita baling syiling dalam fountain ini we will come back here again.

AIRBNB

-Pastikan dekat dengan metro station. Tengok maps before book.
-Rajin baca review orang. Paling bagus kalau pilih yang SUPERHOST.
-Pilih yang boleh runding. Yang boleh flexible masa check in dan check out. Sebab kadang kala kita sampai awal. Kadang-kadang lambat pula. Make sure mereka jenis yang boleh tolak ansur untuk kita just drop luggage ke, tumpang mandi ke atau tumpang luggage ke even after check out. Sebab itu penting baca review orang dulu.
-Pastikan ada mesin cuci, dryer and iron.
-Pilih yang tak bagi extra charges untuk additional person
-Lagi best pilih airbnb dari hotel sebab anda dapat access untuk whole apartment or rumah dan boleh buat macam rumah sendiri tapi bayar harga bilik sahaja. Hebat bukan?

Zaanse Schans


Thun Lake

SOLAT

-Di tepi-tepi kedai
-Masuk restoran Arab tanya boleh tumpang solat atau tidak
-Keluar awal, balik rumah untuk solat atau keluar lepas zohor tunggu matahari naik sebab sejuk sangat


Arch De Triomphe


Budapest, Hungary


They took it out permanently petang hari gambar ini diambil

*Pengalaman trip ke Eropah oleh Puan Hunneh ini memang sangat menarik. Dan pasti anda teruja untuk jelajah bersama rakan-rakan pula selepas ini bukan? Dengan itinerari yang penuh details di atas, bolehlah anda semua rancang percutian anda selepas ini.


Penulis: Siti Khadijah

Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.