Bali sememangnya menjadi satu tempat pelancongan yang masyhur di Indonesia. Bali sudah menjadi salah satu tempat idaman masyarakat kita. Tambahan lagi, ianya tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat bagi sesiapa yang ingin menjelajah.

Artikel penuh bermanfaat ini dikongsi oleh Tuan John Suraya. Beliau telah sertakan maklumat yang terperinci bagi trip kali ini. Semoga artikel ini dapat membantu anda yang inginkan info-info berkenaan.

Di sini saya sertakan bajet per pax:

Hotel

• 1st night (Bali Manik Inn): 75k
• 2nd night (Warna Kedaton Hotel) :125k
• 3rd night (Dua Dara Inn):100k
• 4th night (Dua Dara Inn) :100k

Transportation

• Motor Kutta : 100k perbike 2 days
• Motor Nusa Penida : 70k perday
• Ferry to Nusa Penida : 300k return but dapat offer from website dapat 250k.

Grab

• Airport to Kuta beach : 34k
• Kuta to Jetty Sanur : 150k return
• Kuta to Krishan ole ole : 50k
• Krihsna to airport : 15k

Makan

• Ayam lepongan : 47k
• Nasi padang : 42k
• Bakso : 50k
• Nasi tatapangan : 23k
Entrance fee
• Uluwatu temple : 30k pp
• Swing tegalalang : 100k

Parking

• Nusa Dua : 2k
• Tegalalang : 10k
• Kelingking :15k
• Angel Billabong : 10k
*Sebenarnya dekat bahagian parking ada lagi cuma lupa.
*Selebihnya habis dekat shopping dan family mart.

Total ground : 1400k MYR 410 perpax

28/3/19

-Dept from KUL lebih kurang jam 1400.
1830 : Tiba di DPS Bali.
*Setelah selesai urusan kastam, kami terus ambil Grab ke Pantai Kuta.
0900 : Kami makan nasi ayam lepongan ke lelanpang (lupa dah nama dia).
2300: Memandangkan tempat tinggal tiada lagi, kami pum cari hotel. Nak bayar online tak boleh jadi terpaksa walk in. (Harga walk in memang berbeza dengan harga di app okay)

29/3/19

0830 : Check out dan target nak tengok sunrise tapi sunrise di bilik sahaja. Haha!
• Disebabkan hotel kami ada offer sewa motor (in plan) harga pun tak jauh beza dengan info dekat Google, terus kami sewa 2 biji untuk 2 hari.
0900 : Motor dah ada, apa lagi, jalan cari sarapan. (Kami makan nasi padang dan berbincang untuk ke tempat yang first.
1200 : Terus tuju Nusa Dua.
• Kalau buka waze akan lalu jalan toll, so kalau tak nak toll boleh straight sahaja ikut jalan lama dia nanti follow signboard.
• Kat sini ada waterblow selepas itu ada pantai yang lawa tempat lebih kurang TTI.
• Masa kami pergi dia buat promo so ticket free.
1430pm : Kalau dari waterblow untuk ke Pendawa beach boleh cari Masjid Agung Ibnu Batutah sebelah kanan jalan (masjid lawa ).
1530 : Proceed to Pendawa Beach. (Just a view, agak jauh pantai ini dekat bawah sekali)
1720 : Target sunset dekat Uluwatu Temple.
• Entrance fee.
• Kena paksa pakai kain warna ungu kalau pakaian kita tidak sopan. Kalau dah bawa kain sarung tak nak pakai pun tak apa.
• Macam tempat suci mereka.
• Kalau nak join kecak dance kena beli ticket lain dekat kaunter.
• Sunset memang lawa.
1900 : Back to hotel (traffic sangat sibuk waktu 1900 tambah dengan waze buat hal).
2130 : Sampai hotel, simpan barang dan keluar cari makan dapat bakso sahaja .
2330 : Dah kenyang terus balik berenang. (Hotel sini ada swimming pool)

Hari Ketiga

0900 : Check out.
0930 : Breakfast nasi air tatapang. Hati-hati semasa cari makan, cari tempat makan muslim tapi
dah turun motor nak duduk atas meja partner terpandang signboard ada gambar sebiji khinzir. Apalagi, terus keluar. Nasib baik.
1030 : Untuk hari ini kami cover bahagian Ubud.
• Goa gajah
• Tegalalang rice teracce (kalau nak swing ada bayaran)
• Tegunanang waterfall
*Sepatutnya nak pergi Besakih tapi memandangkan jauh dan berbahaya untuk wanita bermotor terus cancel.
1700 : Disebabkkan ada masa lagi, kami terus turun ke tanah lot untuk sunset tapi apakan daya jauh.
Kami tak sempat, sampai dah nak gelap. Jadi kami bersiar dan borong sedikit ole ole.
1930 : Pergi balik ke Pantai Kuta untuk return motor dan pekena bakso lagi sekali.
2200 : Melihat nightlife di area Kuta sangat sibuk penuh bar. Di kawasan sini banyak bar actually dan sangat crowded juga rasa berdosa. Hehe.
2300 : Dah penat terus walk in cari hotel dan check in. Seterusnya berbincang untuk trip keesokan hari.

Hari Keempat

0730 : Book grab to jetty Sanur.
• Untuk ke Nusa Penida boleh naik bot di jetty Sanur.
• Kena check in bagai dan ticket agak lumayan.
• Perjalanan lebih kurang 40 minit kalau tak silap.
• Kalau nak view cantik, sila duduk bahagian atas tapi bersedialah untuk hitam. Haha.
0930 : Sewa moto dekat situ.
0950 : First point Broken Bay.
• Perjalanan lebih kurang 1 hour tengok kepada pemanduan.
• Untuk ke Broken Bay kena hadap Angel Billabong dulu.
• Perlu trekking lebih kurang 100m.
1320 : Kulit dah terbakar terus pergi ke Kelingking Beach.
• Mengambil masa lebih kurang 40 minit.
• Jalan memang sangat mencabar.
• Untuk pengetahuan anda, kalau dengan kereta sila sediakan plastic takut anda pening.
1540 : Gerak turun ke jetty Nusa Penida sebab bot akan berlepas pukul 5.
• Kalau nak solat jangan risau dekat kawasan jetty ada masjid, kena masuk lorong kecil masjid ada dekat belakang kedai.
1630 : Pekena bakso lagi dan boleh tengok dahi masing-masing semua dan legam. Haha!
1700 : Bertolak dari jetty.
1800 : Sampai di jetty Sanur. Ramai betul orang tengah santai dekat situ.
1830 : Book Grab to Kuta Beach. (Dekat sini banyak ole-ole cuma kena pandai cakap).
1930 : Cari hotel yang murah dan ada swimming pool untuk check in.(Kalau ikutkan bermalam di Nusa tapi sebab takut terlepas ferry keesokan hari terpaksa cancel).
2000 : Disebabkan last day night jadi habiskan duit shopping ole-ole dan berenang.

Hari Kelima

0800 : Check out
0815 : Order Grab to Krishna ole-ole (Tempat paling top di area Kuta untuk shopping ole-ole)
• Baju ada
• Scrub muka ada
• Semua ada dekat sini
1000 : Breakfast Nasi Air Ayam (tapi saya tak boleh nak masuk dengan nasi ayam mereka)
1030 : Grab to airport dan tunggu dekat sana.
• Disebabkan trip hambar sebab tak dapat banyak cover, kita balik dengan business class.
• Business ini saya payung mereka untuk ubati kelukaan.
• Dapat rasa kehebatan servis business class MAS lepas makan terus tidur.
1330 : Depart to DPS (Bye Bali)
1600 : Arrived in KLIA (Hi Malaysia)

-Kecewa sebab tak dapat cover banyak tempat, biasalah trip sendiri “erek selagi boleh erek”.

Nota Tambahan

Kalau di Nusa boleh spend banyak hari:
* Atur Beach
* Bukit Teletubies
* Diamond Beach
* Crystal Bay
* Kalau plan nak bermalam boleh di Tree House (kena book awal)

Kalau di Ubud:
* Besakih bahagian bawah
* Ubud Monkey
* Mt Batur
* Kintamoni
* Jaraknya agak jauh jadi perlu bermalam

-Kena ingat kalau ke sana mostly dekat Indonesia start sahaja moto, duit akan berterbangan untuk parking and so on walaupun di kaki lima.
-Untuk ride polis tak kacau + trafic sibuk + jarak satu tempat ke satu agak jauh.
-Semasa kami pergi mereka akan ada pilihan raya (kalau tanya mereka ramai cakap Pak Jokowi, reason mereka tegas kalau Nakoba pancung).
-For muslim make sure kedai sahih halal.

*Seronoknya travel ke Bali! Anda semua juga boleh travel bersama dan jadikan artikel ini sebagai rujukan sebelum berlepas ke destinasi. Selamat menjelajah!

Rujukan:

Post FB : https://www.facebook.com/shazapoksham94/posts/2174622679283178
Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=FkidGvsOulA&feature=youtu.be&fbclid=IwAR3P8Z7VZqC2fj4C2eSZtkNYhrJvZOtykHFn2CdwAkUWX8STHcKIXTAn3ZMCBS6S-tcJdCpG5qUmwdJuC3UEuQTTJGIAuKer90Q


Penulis: Siti Khadijah

Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.