Terkejut ammboi baca sebaran info yang dikongsi menerusi laman Whatsapp lewat petang tadi. Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di Parit Buntar. Kejadian berkenaan menurut sumber berita berlaku pada jam 1 petang tadi.

Sumber polis berkata dalam laporan Berita Harian, dua anggota polis Unit Rondaan Bermotor (URB) yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran.

polis maut

polis dilanggar perompak van rokok

“Anggota yang mengejar sebuah Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain dipercayai jenis Honda Civic yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke dalam parit. Anggota polis itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan manakala rakan setugasnya parah dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan,” katanya.

polis dirempuh perompak polispolis maut dilanggar

Beliau berkata, gerakan mengesan suspek bersama kenderaan terbabit sedang dijalankan. Katanya lagi, kali terakhir kenderaan suspek dilihat menghala ke Jalan Alor Pongsu.

[UPDATE TERKINI] Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish yang digunakan untuk menyamun van rokok di Parit Buntar, Perak, tengah hari tadi ditemui dibakar di kawasan kebun pisang di antara Lunas dan Ara Kuda, sebentar tadi.

toyota wish penjenayah dibakar

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan mengenai penemuan kenderaan itu. Setakat ini, unit forensik polis serta bomba dan penyelamat masih berada tempat kejadian.

p/s: Harap pihak berkuasa lancarkan operasi besar-besaran untuk memburu penjenayah terkutuk dan amat kejam ini. Semoga mereka dikenakan hukuman setimpal atas perbuatan yang telah mereka lakukan. Takziah untuk keluarga anggota yang terkorban.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.